Garmin F Nix 6 Menjadikan Hidup Pengguna Lebih Seimbang
https://ift.tt/2SWapjj Siapa sahaja yang tidak pernah dengar nama Garmin? Zaman dulu, Garmin terkenal dengan produk navigasi kerana kepakaran mereka dalam sistem GPS. Kini dengan era peranti boleh pakai sedang menjadi-jadi, Garmin juga menyertai arena ini dengan memperkenalkan siri fēnix. Ya, Garmin fēnix adalah produk yang premium, malah harga jualannya ramai yang tidak boleh terima – tapi tahukah anda yang ia amat berbaloi untuk dimiliki?
Saya telah menggunakan Garmin fēnix 6 untuk beberapa minggu dan dalam artikel ini akan saya ceritakan pengalaman hebat sepanjang menggunakannya. Sebelum itu, saya akan jelaskan sedikit apa itu Garmin fēnix 6? Ia adalah jam tangan pintar dengan fungsi multi-sukan yang mempunyai GPS sebenar terbina. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai aplikasi peta tersendiri yang terbina, perancang kelajuan berjalan/berlari dan banyak lagi fungsi menarik untuk bersenam.
Apa Ada Pada fēnix 6?Skrin jam ini bersaiz 1.3-inci dan paparannya adalah dari panel yang sangat unik. Tidak kira di mana anda berada, paparannya sentiasa boleh dilihat dengan jelas. Kenapa? Ini kerana ia menggunakan panel transflektif memori-dalam-pixel. Yang mana paparannya memang dicipta untuk boleh dilihat secara terus di bawah cahaya matahari yang terik. Untuk perlindungan pada skrin, ia menggunakan kaca nilam yang tahan lasak dan calar. Lebih mengejutkan, paparannya bukan jenis monokrom tetapi adalah berwarna-warni.
Memori di dalam pula adalah 32GB dan mempunyai kapasiti bateri yang mampu bertahan selama 38 hari mengikut tetapan kuasa yang dipilih pengguna. Untuk sensor pula, fēnix 6 memadatkan pelbagai sensor di dalamnya. Antaranya adalah GPS yang jitu, pengimbas nadi yang turut boleh mengesan stres, terdapat termometer terbina, paling menarik adalah Pulse Ox dan banyak lagi sensor-sensor menarik. Perkara pintar pada jam tangan ini pula adalah sistem notifikasi yang pintar. Kemudian, SMS juga boleh dibalas dengan mudah dan pengguna boleh menolak panggilan telefon. Secara keseluruhan, fēnix 6 mengekalkan fungsi-fungsi jam tangan pintar seperti mana pesaing tawarkan.
Rekaan fēnix 6 Yang Padu!
Kerangka pada jam tangan ini dibina dari titanium yang disaluti DLC (Diamond-like Carbon). Warna pula adalah hitam dan ia kelihatan sangat cantik, kemas, tampak premium dan ranggi. Ia juga sedap dipegang, dan saiznya juga tidak tebal seakan jam tangan pintar lain. Saiznya lebih kepada boleh diterima untuk sepasang jam tangan pintar. Rekaan ranggi pada jam ini sangat kemas, walaupun banyak bahagian bersegi dan skru di permukaan jam – ia tidak serabut dan amat tampan. Tali jam pula adalah silikon yang berkualiti tinggi. Sungguh lembut dan selesa di pergelangan tangan.
Bateri Yang Sangat Tahan Lama!
Seperti yang saya katakan tadi, bateri bertahan sehingga 38 hari. Itu adalah untuk mod penjimatan bateri. Akan tetapi apabila menggunakan mod jam tangan pintar, ia mampu bertahan sehingga 13 hari dan jika menggunakan mod ekspedisi sahaja – tiada masalah untuk digunakan selama 22 hari. Untuk pengecas pula, ia menggunakan pengecas yang tersendiri yang mudah untuk digunakan.
Garmin fēnix 6 Menjadikan Hidup Lebih Seimbang
Saya sudah menggunakan Garmin fēnix 6 ini hampir minggu ketiga. Sepanjang penggunaan saya, ia memberikan satu impak yang sangat berbeza. Ia menjadikan hidup saya lebih seimbang antara dunia digital dan dunia realiti. Diri saya juga terasa lebih sihat. Dengan notifikasi pintar yang boleh memberi peringatan untuk mula bergerak kerana sudah lama duduk diam – ia terus membuatkan saya melakukan senaman ringkas.
Apa yang menjadikan Garmin fēnix 6 ini boleh membantu menjadikan hidup saya seimbang adalah sensor-sensor yang terbina dan fungsi kesihatan. Bayangkanlah, untuk pengimbas nadi sahaja ada banyak profil berbeza yang boleh diimbas. Kemudian, jika membuat senaman atau aktiviti – yoga, HIIT Boxing atau mendaki ia akan memberi data yang jitu. Pengguna boleh lihat berapa BPM, stres di tahap apa, berapa banyak kalori dan sebagainya.
Tidur juga akan boleh menjadi lebih nyenyak! Kejap, macam manakah? Dalam jam tangan pintar Garmin ini, terbinanya pemantauan tidur yang boleh pantau kitaran tidur pengguna. Setiap kali bangun sahaja dari tidur, pengguna boleh lihat data yang memaparkan pengguna nyenyak, lasak, terjaga di pagi buta atau pun tidak. Melaluinya, pengguna boleh tentukan masa tidur yang lebih baik.
Tidak lupa juga yang ada fungsi Pace Pro. Ia adalah fungsi yang boleh memberi bimbingan terhadap kadar gred aktiviti pengguna. Ia akan menggunakan data ketinggian dan tetapan profil dan satu pelan untuk bersenam akan dijana. Jadi pengguna tidak terhad dengan profil senaman asas atau default. Sebaliknya, profil senaman itu sudah ditetapkan bersesuaian dengan pengguna.
Kesemua data ini boleh dilihat dari kedua-dua jam tangan atau aplikasi Garmin Connect dan laman web Garmin Connect. Setiap data ini juga boleh dikongsi antara satu sama lain tanpa sebarang masalah.
Konklusi
Harga jualan Garmin siri fēnix 6 di Malaysia adalah dari RM2,999 dan boleh mencapai sehingga RM5,699 untuk variasi yang lebih premium. Percaya atau tidak, yang sebenarnya harga ini tidak mahal? Ini kerana dari apa yang Garmin tawarkan, ia adalah sangat berbaloi. Tidak kira untuk sukan, penggunaan kasual dan sebagainya – ia sesuai untuk pelbagai situasi. Jika anda sedang keluar untuk bertemu dengan cinta hati buat kali pertama, anda boleh semak tahap stres di dalam jam anda. Dengan notifikasi yang pintar anda boleh tahu bila untuk tenang. Jadi, jangan tunggu lagi – beli jam tangan Garmin siri fēnix 6 ini.
Layari : Laman Rasmi Garmin Untuk Maklumat Lanjut
Penafian: Advertorial dari Garmin Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsibro.blogspot.com/2020/01/garmin-fenix-6-menjadikan-hidup.html