Kongsi Pinggan Dan Berus Gigi Jadikan Pasangan Lebih Akrab Dan Jarang Bergaduh
Ini 9 cara untuk membahagiakan hubungan anda suami isteri
1. Tiada rahsia
Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang
Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan
Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut, “abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..” Kan cari nahas tu..
2. Hargai pasangan, terima kekurangan
Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas
Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalama suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika
Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan! Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah
Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa. Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta
3. Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua
Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua
Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka
Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri
4. Berkongsi pinggan & berus gigi
Ini petua kebahagiaan yang paling mudah, murah dan menjimatkan untuk dilaksanakan. Bagi penggeli atau yang terlalu pembersih, anda mungkin perlukan sedikit masa. Yang penting anda ada usaha ke arah pelaksanaan amalan ini
Jika anda tanya doktor di manakah logiknya, mungkin mereka akan jawab pemindahan enzim yang berlaku akan membentuk keserasian dalam hubungan suami isteri
Jika anda tanya doktor falsafah, mungkin mereka akan jawab suatu usaha ke arah keserasian akan membuka keserasian lain. Jika anda tanya saya, pengalaman memaksa saya untuk bersetuju dengan petua ini! ^_^
5. Kenal Pencipta 5 kali sehari, bersama
Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus
“Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…”
Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu. Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga
6. Tekankan dhuha setiap hari
Dhuha itu bersifat melapangkan. Amalkan solat sunat dhuha setiap hari dan lihat kelapangan yang anda rasai. Bukan sekali atau dua kali, tapi buatlah banyak kali, sehingga anda rasa ia adalah suatu kemestian. Jika tak buat, anda akan rasa gelisah dan tak senang duduk
7. Wajibkan baca Quran setiap hari
Seorang huffaz kena baca sekurang-kurangnya 2 juzu’ Al-Quran sehari. Jika bukan huffaz, usahakanlah baca sekurang-kurangnya sehelai (2 muka) sehari atau sebanyak mana yang termampu untuk kita konsisten
Sekiranya ada impian untuk anak-anak menjadi huffaz, usahakan juga hafal bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk menghafal. Dorongan ibu bapa sangat penting dalam kejayaan anak-anak
8. Mohon doa ibu bapa & mertua
Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga. Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga
9. Sentiasa sihat & bertenaga
Pastikan pasangan dan anak-anak mendapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang seimbang dan elakkan makan makanan segera, dalam tin, pes, makanan ringan dan sebagainya
Selain itu, amalkan juga makan vitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi keluarga anda. Sekurang-kurangnya makan vitamin asas seperti multivitamin, Vita C dan folik asid
Aktiviti seperti senaman dan riadah juga bagus untuk kesihatan anda. Apabila tubuh badan sihat, maka kita pun akan lebih bertenaga untuk melakukan apa jua aktiviti bersama keluarga
Sumber: https://soleh.net
from Sehinggit Media News https://ift.tt/39wIjRH
via IFTTT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/01/kongsi-pinggan-dan-berus-gigi-jadikan.html