Pengguna Touch N Go Ewallet Kini Boleh Menikmati Ghantaran Makanan Daripada Lebih 2 000 Restoran Menerusi Delivereat


Perkhidmatan penghantaran makanan oleh syarikat anak jati tempatan ini menawarkan pilihan pembayaran eWallet yang pertama, memberikan rakyat Malaysia pilihan transaksi yang serba lancar dengan promosi penghantaran percuma sepanjang tahun
Kuala Lumpur, 10 Januari 2020 – Perhatian kepada pencinta makanan! Touch ‘n Go eWallet telah menjalinkan kerjasama dengan DeliverEat, sebuah syarikat penghantaran makanan dalam talian oleh anak jati tempatan yang sedia membawakan beraneka hidangan enak terus ke rumah anda. Kerjasama ini membolehkan 7 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet mendapat akses dengan lebih mudah kepada beraneka pilihan hidangan enak daripada 2,000 restoran dan gerai makanan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Dengan memilih pembayaran eWallet yang baru melalui aplikasi DeliverEat, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melakukan transaksi dengan yakin dan selamat, sambil menikmati pengalaman yang tidak merumitkan dan lebih menguntungkan di dalam aplikasi atau laman sesawang berkenaan. 
Memiliki lebih 120,000 rakan niaga, Touch ‘n Go eWallet sentiasa berinovasi untuk mengembangkan dan mempelbagaikan lagi penawarannya, yang meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian rakyat Malaysia. 
“Kami dengan berbesar hatinya ingin memperkenalkan DeliverEat, perkhidmatan penghantaran makanan dari Pulau Pinang yang kini telah melebarkan sayapnya ke Lembah Klang, sebagai rakan penghantaran makanan kami yang pertama. Memandangkan makanan dan teknologi memainkan peranan penting dalam gaya hidup pengguna hari ini, adalah relevan dan penting bagi kami untuk menceburkan diri dalam sektor penghantaran makanan bagi memenuhi evolusi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia.
Selain daripada itu, kolaborasi dengan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan tempatan ini sejajar dengan misi syarikat kami untuk menggalakkan lebih banyak perniagaan tempatan agar berurus niaga tanpa tunai, dikuasakan oleh Touch ‘n Go eWallet. Berpegang teguh kepada prinsip inklusif, kami mahu memastikan bahawa tumpuan sama rata diberikan terhadap perniagaan tempatan untuk mereka berintegrasi ke ekonomi digital. Sama-samalah kita melangkah ke arah negara tanpa tunai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong. 
Ketua Pegawai Eksekutif DeliverEat, Tan Suan Sear berkata, “Di DeliverEat, kami sentiasa menganggap syarikat kami sebagai penyedia perkhidmatan untuk rakyat tempatan yang dikendalikan oleh anak jati tempatan. DeliverEat mengutamakan konsep membolehkan pengguna menikmati kehidupan serta makanan yang lebih baik menerusi teknologi. Oleh kerana itulah kami berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang disukai oleh rakyat di negara ini dan telah mengubah cara kami berurus niaga pada hari ini.
Menerusi kerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet, kami yakin bahawa pengguna kami di Pulau Pinang dan Lembah Klang akan berasa tenang dan dilindungi, mengetahui bahawa transaksi mereka menerusi Touch ‘n Go eWallet adalah selamat. Dengan lebih daripada 2,000 restoran di dalam rangkaian DeliverEat, kami berharap pengguna akan menikmati promosi ini sementara kami berusaha memperhebatkan lagi kolaborasi dengan Touch ‘n Go eWallet. Ini hanya sekadar permulaan.”
Baru-baru ini, Touch ‘n Go eWallet telah menerajui inisiatif transformasi tanpa tunai di Pulai Pinang. Ia merupakan perkhidmatan e-dompet pertama dan satu-satunya secara rasmi membolehkan warga Pulau Pinang merasai dan menikmati transaksi tanpa tunai di negeri itu. Touch ‘n Go eWallet menyasarkan untuk memudahkan transaksi digital untuk semua rakyat Malaysia dengan memanfaatkan kepelbagaian komuniti di Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.
Sempena meraikan kerjasama ini, para pengguna boleh menikmati penghantaran harian percuma bernilai RM5 selama 366 hari apabila mereka melakukan transaksi menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Promosi* ini terhad kepada 1 penebusan bagi seorang pengguna, sehari di sepanjang tempoh kempen dan boleh didapati untuk 100,000 transaksi pertama.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari www.facebook.com/touchngoewallet/ dan https://jom.delivereat.my/.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.khatyaiman.com/2020/01/pengguna-touch-n-go-ewallet-kini-boleh-menikmati-penghantaran-makanan-daripada-lebih-2000-restoran-melalui-delivereat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Boleh Claim Rm30 Etunai Bagi Pengguna Tng Ewallet Boost Atau Grabpay Bermula Esok

Rakyat Boleh Claim Rm30 Etunai Bagi Pengguna Tng Ewallet Boost Atau Grabpay Bermula Esok

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 651 hits
Penebusan boleh dibuat bermula jam 8 pagi esok 15 Januari 2020 Cover image via Google The Coverage Seperti yang sedia maklum kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta untuk pelaksanaan insentif eTunai Rakyat Program ini juga telah diumumkan ...
Kerajaan Akan Memulakan Agihan Rm30 Etunai Rakyat Menerusi Grabpay Boost Dan Touch N Go Ewallet Esok

Kerajaan Akan Memulakan Agihan Rm30 Etunai Rakyat Menerusi Grabpay Boost Dan Touch N Go Ewallet Esok

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 394 hits
Bagi menggalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi nirtunai di Malaysia kerajaan mengumumkan akan menawarkan kredit sebanyak RM30 untuk digunakan dalam dompet digital di bawah inisiatif eTunai Rakyat Agihan kredit ini akan bermula ...
Pengguna Kini Boleh Mengukir Emoji Pada Airpods

Pengguna Kini Boleh Mengukir Emoji Pada Airpods

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 285 hits
Apple sekian lama sudah membenarkan pengguna mengukir nama atau apa jua teks pada beberapa produk mereka Di Malaysia pengguna perlu membuat tempahan secara atas talian dari laman web rasmi Apple untuk ukir teks yang diinginkan Terkini untuk...
Gaji Rm1 000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan Sjkp 2020

Gaji Rm1 000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan Sjkp 2020

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 655 hits
Gaji RM1 000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP 2020 Tahukah anda walaupun anda bergaji bersih RM1 000 sebulan anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP Menarik ka...
Perkhidmatan Grabbike Kini Boleh Diuji Di Sekitar Klcc Teksi Motosikal Daripada Grab

Perkhidmatan Grabbike Kini Boleh Diuji Di Sekitar Klcc Teksi Motosikal Daripada Grab

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 359 hits
Grab sebelum ini telah pun mula mencari beberapa penunggang motosikal yang ingin menyertai perkhidmatan seru motosikal atau teksi motosikal Kini selari dengan penawaran beberapa perkhidmatan lain pihak Grab turut telah memulakan ujian untuk...
Redmi K30 5g Boleh Disambungkan Kepada 3 Rangkaian Serentak Untuk Muat Turun Lebih Pantas

Redmi K30 5g Boleh Disambungkan Kepada 3 Rangkaian Serentak Untuk Muat Turun Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 281 hits
https ift tt 2QLFTGk Redmi K30 5G adalah peranti terbaru dari Redmi dengan cip pemproses terkini Snapdragon 765G Ia akan mula dijual di China pada 7 Januari ini dan harga adalah sekitar RM1200 sahaja Laporan terkini memperlihatkan yang Redm...
Makanan Tinggi Gula Boleh Jadi Pencetus Ekzema Gula Sebabkan Tahap Insulin Anak Melonjak

Makanan Tinggi Gula Boleh Jadi Pencetus Ekzema Gula Sebabkan Tahap Insulin Anak Melonjak

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 465 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka Selain faktor keturunan dan juga persekitaran kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan Kajian menunjuk...
Kini Sering Tweet Dalam Tulisan Jawi Raja Permaisuri Agong Seru Lebih Ramai Martabatkan Buat Perkara Sama

Kini Sering Tweet Dalam Tulisan Jawi Raja Permaisuri Agong Seru Lebih Ramai Martabatkan Buat Perkara Sama

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 1439 hits
Kebijaksanaan Tuanku Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah dalam berbicara mengenai isu isu semasa sentiasa dikagumi rakyat jelata khususnya bagi mereka yang mengikuti perkongsian aktif Baginda di Twitt...
Betul Ke Ada Makanan Boleh Sebabkan Angin Dalam Badan

Betul Ke Ada Makanan Boleh Sebabkan Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 1448 hits
Betul ke ada makanan boleh sebabkan angin dalam badan Pernah tak kita dengar orang tua tua kata Jangan makan ni nanti berangin badan Betul ke ada makanan boleh sebabkan angin Macam mana angin tu masuk dalam badan Ini penjelasan Dr Zubaidi A...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord