Game Dah Over La Muhyiddin Sudah Sudahlah Tu



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan perdana menteri.
Muhyiddin berkata, beliau yakin telah mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi perdana menteri dengan mendapat sokongan 115 ahli parlimen.
"Pada jam 10.30 pagi 22 Nov 2022, setiausaha agung PN menghantar satu lagi surat akuan ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai perdana menteri menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.
"Iaitu melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik sebagai perdana menteri.
"Hari ini, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai perdana menteri.
"Demi keyakinan rakyat akan keabsahsan Anwar sebagai perdana menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya dalam sidang media petang ini.
Muhyiddin mendakwa dia mendapat sokongan 73 ahli Parlimen PN; GPS (22); BN (10); GRS (6); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat ataupun (KDN) (1) dan Bebas (2).
Sokongan itu katanya dikemukakan secara akuan bersumpah (SD) dan diserahkan kepada Istana Negara sebanyak dua kali iaitu pada 21 dan 22 Nov.
Ditanya sama ada dia mengenai dakwaan 10 ahli Parlimen BN menarik sokongan, Muhyiddin kata dia tidak mengetahui mengenai perkara itu, tetapi yakin telah mengemukakan jumlah mencukupi untuk menjadi perdana menteri.
Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," 
Dalam pada itu Muhyiddin ketika ditanya apa tindakannya selepas ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat selain memberi peluang kepada Anwar mengemukakan bukti.
"Kalau (ahli Parlimen) nak sokong kena dengan SD bukan surat dari langit. Kalau hari itu saya kata 115 (ahli Parlimen sokong) tapi orang berkaitan tak hantar SD itu boleh dipertikaikan," katanya.
Ditanya mengenai kerajaan perpaduan yang disarankan Yang di-Pertuan Agong susualan pelantikan presiden PKR sebagai perdana menteri.
Muhyiddin berkata kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara tidak menyentuh tentang kerajaan perpaduan sebaliknya hanya mengenai pelantikan Anwar sebagai perdana menteri.
"Kenyataan Istana Negara saya baca berkali-kali (ia) tiada kaitan dengan kerajaan perpaduan, hanya mengenai pelantikan Anwar sebagai perdana menteri," katanya lapor Malaysiakini.

hmm.. 10 Ahli Parlimen BN yang menrik balik sokongan tu bacalah kat SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/game-dah-over-la-muhyiddin-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Muhyiddin S Assets Must Be Probed Over Rm500b Govt Contracts

Anwar Muhyiddin S Assets Must Be Probed Over Rm500b Govt Contracts

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 250 hits
The assets of Muhyiddin Yassin must be probed even though he is preparing to swear he never amassed public funds during his tenure as prime minister Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim said Speaking to a 500 strong crowd at an event i...
Ph Lodges Report Against Muhyiddin Over Christianisation Claim

Ph Lodges Report Against Muhyiddin Over Christianisation Claim

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 191 hits
Pakatan Harapan has lodged a police report against Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin over his claim that PH was involved in an agenda to Christianise the country The report was lodged by PH strategic director Bryan Ng and PKR You...
Tidak Dengan Pakatan Kata Muhyiddin

Tidak Dengan Pakatan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 155 hits
MUHYIDDIN Yassin menegaskan Perikatan Nasional tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 menunjukkan tiada mana mana gabungan mempunyai majoriti mudah 112 kerusi di Dewan ...
Political Rivals Twisted My Speech Says Muhyiddin

Political Rivals Twisted My Speech Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 239 hits
Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin said there was a video clip about a foreign religious group who appeared to be praying for an opposition victory PPETALING JAYA Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin caught in a row over p...
Muhyiddin Hadi Awang Abang Jo Bincang Pembentukan Kerajaan Persekutuan

Muhyiddin Hadi Awang Abang Jo Bincang Pembentukan Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 289 hits
hmetro com myNovember 20 2022 12 14pmMuhyiddin berbincang dengan Abang Johari dan Abdul Hadi FB MUHYIDDIN YASSINKUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak ...
Muhyiddin Hadi Jumpa Abang Jo

Muhyiddin Hadi Jumpa Abang Jo

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 313 hits
FMT ReportersMuhyiddin Yassin mengepilkan gambar pertemuannya dengan Abdul Hadi Awang dan Abang Johari Openg dalam ciapannya di Twitter hari ini PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang t...
Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 236 hits
agendaily com20 11 2022Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menang kerusi Parlimen Jelebu hari ini memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh dan pentadbiran Pe...
Muhyiddin Ulangi Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

Muhyiddin Ulangi Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 180 hits
bharian com myOleh November 21 2022 12 11amMuhyiddin selepas mempengerusi mesyuarat BERSATU malam ini Foto NSTP Mohamad Shahril Badri SaaliSHAH ALAM Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi beliau sudah mendapat bila...
Dapat Sokongan Padu Muhyiddin Yakin Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Dapat Sokongan Padu Muhyiddin Yakin Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 209 hits
Pengerusi parti Perikatan Nasional iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 Katanya beliay yakin memaklumkan khabar berkenaan berikutan mempunyai sokogan yang mencukupi daripada parti dan beb...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee

Shandy Jangan Sampai Berpisah Chord

Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi