Muhyiddin Ulangi Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen


bharian.com.my
Oleh Rohaniza Idris 
[email protected]
- November 21, 2022 @ 12:11am
Muhyiddin selepas mempengerusi mesyuarat BERSATU malam ini. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi beliau sudah mendapat bilangan yang cukup untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, berdasarkan sokongan Ahli Parlimen secara individu.

Beliau menegaskan dalam Perlembagaan, tidak dinyatakan seseorang yang mahu dilantik sebagai Perdana Menteri perlu mendapatkan sokongan parti saja tetapi perlu memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen.

"Insya-Allah, esok kita dapat mengemuka akuan bersumpah daripada mereka ini bahawa kita memiliki sejumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Kalau mengikut Perlembangaan, (sokongan) Ahli-Ahli Parlimen. Tak kata daripada parti mana. (Sokongan) individu boleh, secara kumpulan dan parti mereka pun boleh," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di sini, malam ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama PN.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata tiada perundingan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

Muhyiddin berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu hanya pandangannya selaku Pengerusi BN.

"Kalau ikut Perlembagaan, seseorang nak jadi Perdana Menteri mesti mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli Parlimen

"Kalau ikut istilahnya, perlu mendapatkan sokongan 112 kerusi. Tak kata daripada parti A,B atau C. Itu hanya mengikut tafsiran Zahid saja (sokongan parti)," katanya.

Ditanya mengenai sejauh mana Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti menyekat individu menyokongnya sebagai Perdana Menteri, katanya, akta itu tidak menghalang sokongan individu kepada beliau.

"Hatta macam tadi bukan semua datang (sokongan) dari PN, GPS, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ahli Parlimen bebas.

"Memang tidak melanggar peruntukan akta itu. Mereka tak keluar daripada parti tapi mereka secara individu sebagai Ahli Parlimen memberikan sokongan kepada saya," katanya.
Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU. - Foto BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/muhyiddin-ulangi-dapat-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gps Kekal Sokong Pn Muhyiddin Terima Sokongan Tertinggi 102 Ahli Parlimen Setakat Ini

Gps Kekal Sokong Pn Muhyiddin Terima Sokongan Tertinggi 102 Ahli Parlimen Setakat Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 308 hits
The ReporterHari keempat selepas tamatnya PRU15 Malaysia sehingga ke hari ini masih belum mengumumkan Kerajaan Persekutuan baharu ekoran kedua dua gabungan politik Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional gagal mencapai kemenangan majoriti Pa...
Nama Besar Umno Komponen Bn Antara 10 Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin

Nama Besar Umno Komponen Bn Antara 10 Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 365 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Beberapa pemimpin komponen Umno dan Barisan Nasional antara 10 Ahli Parlimen gabungan itu yang menandatangani akuan berkanun menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri menurut sumber Sepuluh Ahli Parlimen ...
Muhyiddin Bertegas Ada Sokongan Majoriti

Muhyiddin Bertegas Ada Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 267 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bertegas beliau ada sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk memimpin kerajaan Beliau menyeru Anwar Ibrahim buktikan beliau disokong majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi...
Muhyiddin Kemuka Sd Ahli Parlimen Sokongnya Sebagai Pm

Muhyiddin Kemuka Sd Ahli Parlimen Sokongnya Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 304 hits
malaysiakini comPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen esok bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Mu...
Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 341 hits
agendaily com20 11 2022Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menang kerusi Parlimen Jelebu hari ini memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh dan pentadbiran Pe...
Muhyiddin Besar Kemungkinan Tak Dapat Sokongan Majoriti Istana Perlu Lantik Anwar Jadi Pm Ke 10

Muhyiddin Besar Kemungkinan Tak Dapat Sokongan Majoriti Istana Perlu Lantik Anwar Jadi Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 230 hits
Dengan majoriti ahli Parlimen BN mencapai keputusan untuk menjadi sebuah blok Muhyiddin Yassin dari PN mungkin tidak mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri Hanya tiga ahli parlimen BN tidak hadir dalam sidang media Zahid hati ini t...
Keputusan Telah Dibuat Ahli Parlimen Bn Sedang Bermesyuarat

Keputusan Telah Dibuat Ahli Parlimen Bn Sedang Bermesyuarat

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 241 hits
Tsubasa NairKUALA LUMPUR Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah membuat keputusan untuk membentuk kerajaan dengan Ahli Parlimen gabungan itu kini sedang bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung MCA...
Muhyiddin Yakin Peroleh Bilangan Sokongan Mencukupi Sebagai Pm Ke 10

Muhyiddin Yakin Peroleh Bilangan Sokongan Mencukupi Sebagai Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 214 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkeyakinan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli ahli Dewan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan baharu Dalam pada itu Muhyiddin menerusi kenyataan rasmi berkata ...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Security Alert Unusual Login Notification

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya