Muhyiddin Hadi Awang Abang Jo Bincang Pembentukan Kerajaan Persekutuan


hmetro.com.my
November 20, 2022 @ 12:14pm
Muhyiddin (dua dari kanan) berbincang dengan Abang Johari (kanan) dan Abdul Hadi (dua dari kiri). - FB MUHYIDDIN YASSIN
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU itu melalui hantaran di Facebook, memuat naik gambar pertemuan mereka yang turut disertai Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan seorang lagi individu tidak dikenali.

Bagaimanapun, lokasi pertemuan berkenaan tidak dinyatakan, namun dipercayai ia diadakan di kediaman Muhyiddin di ibu negara.

"Pagi ini saya menerima kunjungan YAB Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

"Untuk membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan. Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas. Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat," tulisnya.

PRU15 semalam menjadi saingan paling sengit pernah dihadapi negara, berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi dan PN dengan 73 kerusi, setakat 4.30 pagi tadi, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan keputusan bagi 219 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

PN membuka gelanggang buat kali pertama dalam pilihan raya umum dengan mempamerkan prestasi mengagumkan apabila menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan di Terengganu menggunakan logo PAS.

PN juga membentuk kerajaan negeri di Perlis setelah memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Barisan Nasional (BN) pula mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah politiknya apabila hanya menang 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi.

GPS menang 22 kerusi, berbanding 18 kerusi disandangnya pada Parlimen lalu; Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan enam kerusi; Warisan (3); Bebas (2) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) meraih satu kerusi. Gerakan Tanah Air (GTA) gagal memenangi sebarang kerusi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media pada jam 5 pagi, berkata tiada pihak yang memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi yang diisytiharkan.

Pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah ditangguhkan kepada 7 Disember selepas calon PH, yang juga penyandang kerusi, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November.

Pengundian di 11 pusat pengundian di kawasan Parlimen Baram di Sarawak digantung berikutan cuaca buruk menyebabkan petugasnya tidak dapat ke pusat berkenaan, manakala SPR tidak dapat mengumumkan keputusan kerusi Parlimen Kota Marudu, juga disebabkan cuaca.

Situasi ini menepati ramalan penganalisis politik bahawa tiada parti memperoleh majoriti mudah selain menjangkakan kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan campuran.

Bagi pilihan raya umum kali ini, penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti berkuat kuasa 5 Oktober lalu, menghalang Ahli Parlimen yang menang untuk bertukar parti bagi memperoleh majoriti.

Menerusi pindaan Perlembagaan berkenaan, seorang ahli Dewan Rakyat akan hilang kerusi dimenanginya jika bertukar parti, namun tidak melarang mana-mana gabungan daripada bekerjasama dengan gabungan atau parti lain untuk membentuk kerajaan campuran.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/muhyiddin-hadi-awang-abang-jo-bincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Ibrahim Wan Rosdy Mula Bincang Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang

Tuan Ibrahim Wan Rosdy Mula Bincang Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 296 hits
KUANTAN Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Pahang Perkara itu disahkan oleh Pengerusi...
Muhyiddin Hadi Jumpa Abang Jo

Muhyiddin Hadi Jumpa Abang Jo

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersMuhyiddin Yassin mengepilkan gambar pertemuannya dengan Abdul Hadi Awang dan Abang Johari Openg dalam ciapannya di Twitter hari ini PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang t...
Gps Hanya Mahu Kerajaan Persekutuan Yang Stabil Selepas Pru15 Kata Abang Johari

Gps Hanya Mahu Kerajaan Persekutuan Yang Stabil Selepas Pru15 Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 180 hits
GABUNGAN Parti Sarawak hanya mahukan kerajaan pusat yang stabil selepas Pilihan Raya Umum ke 15 untuk memainkan peranannya sebagai pemerintah cekap dalam menjalankan tugas demi rakyat Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata kerajaan pusa...
Hadi Awang Corroborates Muhyiddin Yassin S Story

Hadi Awang Corroborates Muhyiddin Yassin S Story

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 194 hits
Tok Guru Abdul Hadi Awang has corroborated previous Prime Minister Muhyiddin Yassin s story that Umno President Ahmad Zahid Hamidi went to see him in March 2020 to ask for help in setting aside the criminal cases he is facing Abdul Hadi Awa...
Kita Juga Tidak Suka Biar Jadi Pembangkang Namun Mampukah Mahiaddin Hadi Awang Mengendalikan Ekonomi Negara

Kita Juga Tidak Suka Biar Jadi Pembangkang Namun Mampukah Mahiaddin Hadi Awang Mengendalikan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 113 hits
Pada ketika ini saat ini apa yg berlaku kami pun tak suka Paling bagus terbaik PH tidak masuk dlm mana2 gabungan walaupun bersama umno Bn Sekali lg kami tak suka keadaan ini Mungkin YDPA perlukan masa utk menimbal semua perkara PH 82 PN 73 ...
Bahlul Petugas Spr Boleh Senyum Hadi Awang Pakai Vest Logo Parti Ketika Mengundi

Bahlul Petugas Spr Boleh Senyum Hadi Awang Pakai Vest Logo Parti Ketika Mengundi

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 178 hits
NASUHA RAHMANTular gambar memamparkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya boleh tersenyum apabila Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang memakai vest logo parti Pas ketika membuang undi hari ini Gambar yang seolah olah tiada apa apa kesalahan i...
Anwar Menegaskan Ph Mempunyai Majoriti Tubuh Kerajaan Persekutuan

Anwar Menegaskan Ph Mempunyai Majoriti Tubuh Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 131 hits
Anwar menegaskan PH mempunyai majoriti tubuh kerajaan Persekutuan PRU ke 15 baru sahaja melabuhkan tirai semalam dengan menyaksikan PH yang mendapat 82 kerusi merupakan parti paling terbanyak yang mendapat kerusi berbanding parti parti lain...
Don T Be Desperadoes And Resort To Lies Kit Siang Tells Muhyiddin Hadi

Don T Be Desperadoes And Resort To Lies Kit Siang Tells Muhyiddin Hadi

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 125 hits
DAP veteran Lim Kit Siang urged Bersatu and PAS presidents Muhyiddin Yassin and Abdul Hadi Awang respectively not to be desperadoes and resort to lies in their campaigning for the 15th general election This comes after Muhyiddin reportedly ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday

Building Trust In The Digital Age The Rise Of Fraud Verification Services