Gambar Terkini Isteri Dan Anak Anak Achik Spin Ada Iras Bapanya


Siapa tidak kenal dengan Abdillah Murad bin Md. Shari atau nama pentasnya, Achik Spin yang pernah popular sekitar tahun 1998 hingga 2010.

Sebagaimana yang kita maklum, Achik telah meninggal dunia pada 17 April 2010 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya.

Achik yang sinonim dengan rakan duet, Siti Nordiana, pernah muncul dengan empat album studio bersama kumpulan Spin iaitu Roda Roda Rindu (1999), Spin 2 Litar Asmara (2001), Spin 3 Demi (2003) dan Keranamu (2005), termasuk dua album duet bersama Siti Nordiana berjudul Istimewa Untukmu (2003) dan Benang Emas (2005).

Dalam bidang lakonan pula, beliau pernah membintangi telefilem Demi (2002), Helah (2003), Prahara (2003), Pelakon Popular (2003) dan Wad 04 (2004), juga drama Sifu pada tahun 2005. Tidak ketinggalan muncul sebagai teraju utama filem di bawah arahan Zulkifli M. Osman, Diari Romeo.

Pada tahun 2005, Achik mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Puteri Sumayya, Puteri Saffiya dan anak sulungnya, Puteri Rania yang meninggal dunia pada tahun 2007.

Kini sudah tujuh tahun pemergian Achik. Inilah wajah terkini isteri dan anak-anak arwah yang jarang didedahkan kepada media. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

Selepas 8 tahun, Tasha masih rindu
Lagu Memori Berkasih sinonim dengan penyanyi dan pelakon terkenal Siti Nordiana atau Nana. Jangan kita lupa yang lagu ini juga menggandingkan Nana dengan arwah Achik Spin. Tatkala semakin galak lagu ini dimainkan di radio sebenarnya membawa kita kembali kepada dua penyanyi asal lagu ini.

Bercakap mengenai Achik Spin yang sudah hampir tujuh tahun meninggalkan kita, pastinya ada yang tertanya keadaan terkini keluarga arwah. Meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang kala itu masih terlalu kecil, apa agaknya kisah terbaru mengenai keluarga bekas vokalis utama kumpulan Spin ini.
Berkesempatan menemubual isterinya HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof (Tasha), 32, ternyata wanita yang cekal menjaga dua waris Achik ini tidak pernah berada jauh dari kenangan yang diciptakan arwah suaminya.

“Hampir dua tahun saya mencari kekuatan selepas pemergian suami. Ketika dia meninggal dua anak saya baru berumur dua dan 11 bulan. Setiap hari saya harapkan ketika itu adalah kemalangan itu sekadar lakonan dan bukan benar berlaku.
“Berlalu tahun saya mula mendapat kekuatan. Mujur juga anak terlalu kecil dan tidak terlalu bertanyakan soal ayahnya. Fokus utama ketika ini hanyalah untuk membesarkan anak-anak Nursafiyya, 8, dan Putri Nursumayya 7,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengimbau kembali kenangan terindah dengan arwah suami, Tasha tidak mungkin dapat melupakan bagaimana Achik yang dikenali sebagai penyanyi oleh peminatnya tidak sekadar mempunyai suara yang lunak. Tentunya sikap penyabar suaminya itu menjadi jambatan utama hubungan mereka.
“Bercinta selama tiga tahun, dan kami berkahwin selama lima tahun. Dalam tempoh itu dia cukup membahagiakan saya. Banyak sifatnya yang saya ingat, antaranya seorang yang cukup penyabar dan tidak mudah melenting,” katanya.

Masih senang bergelar ibu tunggal sehingga kini, Tasha tidak pernah menidakkan jodoh sendiri. Jika ada yang hadir, dia bersedia. Pun begitu, untuk mencari yang mampu menggantikan cinta pertamanya, Tasha yakin itu tidak mungkin.
“Terlalu indah kenangan yang ditinggalkan suami, malah sehingga kini juga saya tidak yakin sama ada akan bertemu dengan seseorang sepertinya lagi.
“Mengapa saya tidak berkahwin sehingga kini bukanlah kerana saya menolak jodoh. Bagi saya masih belum bertemu yang sesuai. Soal ini sebenarnya saya berserah kepada Allah sahaja,” katanya yang turut tidak mendapat tentangan anak-anak jika mahu berkahwin lagi.

Bercerita kehidupannya selepas kehilangan suami, Tasha sama seperti ibu tunggal lain. Tiada yang berbeza memandangkan secara total mendapat tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu.
“Saya bekerja untuk menampung kehidupan dan anak- anak, selama beberapa tahun ini. Mujur dalam keadaan ini keluarga saya sangat menyokong saya.
“Mahu kata sukar, tidaklah sangat. Bagi saya ini adalah tanggungjawab yang harus digalas diri saya sebagai seorang ibu dan ayah kepada anak-anak saya,” katanya.

Mendengar lagu-lagu arwah suaminya dimainkan, tiada rasa lain yang mendakap jiwa Tasha selain rindu. Bagaimanapun dalam waktu yang sama tidak mahu dia lupa anak-anaknya juga layak untuk menerima wang royalti dari lagu-lagu tersebut.
“Saya tidak pernah mendapat apa-apa duit royalti dari lagu nyanyian arwah suami untuk membesarkan dua anak saya. Memang ada yang mengajar saya untuk menuntut hak ini, tetapi sebelum ini saya terlalu sibuk bekerja.

“Namun saya sudah merancang untuk bertemu mereka yang berkenaan untuk bertanyakan hal ini,” katanya.
Bercakap mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, rutinnya masih sama. Memandangkan anak-anaknya sudah besar, tentunya ingatan kepada ayah mereka menjadi agenda utama setiap tahun.
“Rutin di pagi raya itu sama, selepas sembahyang raya saya dan selepas itu anak-anak bertemu dengan sanak saudara. Melawat kubur arwah suami pula selalunya pada hari sebelum sambutan hari raya.
“Tahun kebelakangan ini saya sudah masak makanan kegemaran arwah setiap pagi raya iaitu ketupat dengan sambal taucu. Setiap kali mereka makan, saya akan ingatkan yang makanan tersebut adalah makanan kegemaran ayah mereka,” katanya.
Ketika ini Tasha masih tinggal di Seremban dengan anak-anaknya dan an bekerja di sebuah syarikat 
perisian.

Sebelum ini bekerja di sebuah hospital swasta di bahagian akaun.
Selepas suami meninggal dunia, tiada bantuan kewangan yang diterima untuk membesarkan anak-anak, termasuk dari rakan-rakan seperjuangan suaminya.
Tasha juga menjadi duta untuk sebuah produk kecantikan sendiri bernama Legasi GM3.
Sumber – iluminasi
The post Gambar Terkini Isteri Dan Anak-Anak Achik Spin. Ada Iras Bapanya appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/10/gambar-terkini-isteri-dan-anak-anak-achik-spin-ada-iras-bapanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Terkini Izyan Isteri Ke 3 Ustaz Azhar Idrus Yang Semakin Jelita Dan Menawan

Gambar Terkini Izyan Isteri Ke 3 Ustaz Azhar Idrus Yang Semakin Jelita Dan Menawan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 4561 hits
Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal dengan jenaka spontannya dan melucukan dalam ceramah di kaca TV dan juga video yang dimuat naik di Youtube Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal...
Anak Hidap Asma Kronik Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

Anak Hidap Asma Kronik Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 355 hits
Anak ketiga penyanyi Lan Solo iaitu Muhammad Akid Qassyaff telah disahkan doktor menghidap penyakit kronik asma Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang kurangnya dua kali sehari isteri Lan iaitu Nur Sheila Has...
Walaupun Sudah Ada Isteri 5 Artis Popular Ini Pilih Wanita Lain Untuk Mengandung Anak Mereka

Walaupun Sudah Ada Isteri 5 Artis Popular Ini Pilih Wanita Lain Untuk Mengandung Anak Mereka

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 454 hits
Artis yang mempunyai anak dari ibu tumpang bukanlah perkara aneh Sebenarnya ada banyak artis terkenal yang menggunakan kaedah penyewaan ini Ada pelbagai alasan kenapa mereka menggunakan khidmat ibu tumpang Salah satu sebabnya adalah kerana ...
Tak Salah Pun Suami Bantu Jaga Anak Ringankan Beban Isteri Papa Take Note

Tak Salah Pun Suami Bantu Jaga Anak Ringankan Beban Isteri Papa Take Note

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 551 hits
Seharian menguruskan kerja rumah menyiapkan makanan memasak dan mengemas sememangnya memenatkan Ditambah pula dengan karenah anak anak yang menambahkan kepenatan Namun itu semua tidak menjadi rungutan buat ibu kerana merasakan ianya satu ta...
Kalah Ayah Dia Pose Dia Lagi Daring Muat Naik Gambar Dengan Anaqi Ramai Puji Ketampanan Anak Zahiril Adzim

Kalah Ayah Dia Pose Dia Lagi Daring Muat Naik Gambar Dengan Anaqi Ramai Puji Ketampanan Anak Zahiril Adzim

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 388 hits
Ayah dan anak ibaratnya sama dengan peribahasa mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Ketampanan si ayah mesti akan turun ke anak lelaki Zahiril Adzim dan anak lelakinya Nadi Anaqi menjadi tumpuan netizen Anaqi yang kini berusia 4 tahu...
Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 555 hits
Mahu anak kembar Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami ister...
Cantik Seyh Awek Tu Anak Teruna Sheila Rusly Payung Gambar Throwback Teman Wanita

Cantik Seyh Awek Tu Anak Teruna Sheila Rusly Payung Gambar Throwback Teman Wanita

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 667 hits
Semalam salah seorang anak teruna kepada pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly Luth Mikhail ada memuat naik foto bersama teman wanitanya menerusi Instagram Menerusi foto throwback itu ramai yang kagum dengan hubungan akrab keduanya dari d...
Ciri Ini Patut Ada Untuk Jadi Ayah Hebat Di Mata Anak Dan Isteri Ada Semua Ni Kira Terbaik

Ciri Ini Patut Ada Untuk Jadi Ayah Hebat Di Mata Anak Dan Isteri Ada Semua Ni Kira Terbaik

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 681 hits
Membesarkan anak anak kebanyakan difokuskan kepada cara didikan ibu sahaja Sama ada anak itu jadi orang atau tuan Namun dalam hal ini peranan ayah juga sama pentingnya Sebab itu didikan ibu bapa penting Bapa tak boleh serahkan bulat bulat p...
10 Gambar Anak Gadis Noniswara Erysha Emyra Yang Cantik Menawan Menggoda

10 Gambar Anak Gadis Noniswara Erysha Emyra Yang Cantik Menawan Menggoda

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 2519 hits
Nama Noniswara bukanlah asing dalam dunia lakonan Mesra disapa dengan panggilan Nonis dia juga sehingga kini masih aktif berlakon Selain drama Cinta Bukan Kristal Noniswara turut membintangi drama Cintaku Di Bumi Izmir Menerusi perkahwinan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization