Gagasan Kerusi Muafakat Isunya Ialah Kejujuran Pas Kata Penganalisis


malaysiakini.com
Yasmin Ramlan
Diterbitkan: Aug 16, 2022 8:00 AM
PAS boleh melupakan impiannya membentuk "kerusi muafakat" bersama Umno-BN jika mereka masih berdolak-dalik dalam pendirian politik mereka.

Felo penyelidik di Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Awang Azman Awang Pawi, berkata ketika ini isu yang melatari sikap PAS ialah kejujuran.

Bercakap kepada Malaysiakini, Awang Azman berkata, langkah awal yang perlu diambil PAS ialah menunjukkan kejujuran mereka dalam hubungan dengan Umno sebelum boleh memikirkan cadangan membentuk "kerusi muafakat" tersebut.

“PAS perlu tunjuk kejujuran mereka terlebih dahulu dengan Umno barulah MN (Muafakat Nasional) diterima oleh seluruh Umno.

“Jika PAS terus berdolak-dalik, tidak konsisten, masih mahu bersama Bersatu, maka PAS boleh lupakan sahaja MN daripada berlaku bagi PRU akan datang,” katanya.

Muafakat Nasional adalah piagam diperakukan Umno dan PAS dan ditandatangani pada 14 Sept 2019. Ia terjalin selepas Umno hilang kuasa dalam kerajaan melalui PRU ke-14.
Awang Azman Awang PawiBagaimanapun, hubungan antara Umno dan PAS menjadi renggang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila PAS membentuk PN bersama Bersatu pada 2020 dan pada masa sama cuba mengekalkan hubungan dengan Umno melalui MN.

Ketika PAS terus rapat dengan Bersatu - yang dimusuhi Umno - beberapa pemimpin parti itu cuba menjernihkan kembali hubungan tersebut dan mendesak kerjasama sebelum kedua-dua parti menjadi kerajaan diteruskan.

Pada minggu lalu, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohd Zuhdi Marsuki mengemukakan cadangan pembentukan “kerusi muafakat” antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Tanah Air (GTA) sebagai langkah mengekang kemenangan besar Pakatan Harapan (PH).

Perlu akur kepada Umno

Kata setiausaha politik Menteri Alam Sekitar dan Air itu, ketika ini PH dipercayai mempunyai potensi besar untuk memenangi PRU akan datang.

Awang Azman berkata cadangan Mohd Zuhdi itu sebenarnya akan memberi kesan yang signifikan dalam keputusan PRU nanti jika ia memberi kelebihan kepada Umno.

“Berdasarkan keadaan sebelum ini, kerjasama MN mampu diwujudkan semula sekiranya ia tidak melibatkan parti Bersatu.

“Selain itu, kerjasama itu pula harus melibatkan pengagihan kerusi berdasarkan kekuatan yang Umno ada, bukan menyerahkan kerusi strategik Umno kepada PAS.

"PAS pula perlu akur dengan ketetapan Umno," katanya.

Memberi satu contoh berdasarkan cadangan Mohd Zuhdi itu, Awang Azman berkata, masa depan MN cerah jika PAS sanggup bertolak-ansur dengan memberikan 27 kerusi parlimen yang mungkin dikuasai PH kepada Umno.

Pada masa sama, katanya, PAS pula perlu berpuas hati dengan menumpukan semua kerusi yang mereka menangi pada 2018 saja

“Jika ini berlaku, masa depan untuk MN kembali seperti waktu awal dulu adalah cerah.

"Tambahan pula dengan keterbukaan begitu, maka ia akan membuktikan PAS benar-benar jujur mahu PH dikalahkan dan sanggup akur dengan ketetapan Umno,” katanya.

Sementara itu, bekas pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berpendapat kerjasama MN masih relevan kerana didakwa merupakan "harapan bagi pengundi Melayu".

Bagaimanapun, katanya ia sukar untuk direalisasikan selepas isu yang timbul antara Umno dan PAS sebelum ini.

“MN masih relevan sebenarnya kerana itu adalah harapan pengundi-pengundi Melayu tetapi oleh kerana sejarah lampau, ia sukar untuk dilaksanakan ketika ini.

"Kalau ditanya sama ada MN masih relevan atau tidak, jawabnya, MN masih relevan,” katanya kepada Malaysiakini.
Azmi HassanMelihat senario politik dan penerimaan rakyat ketika ini, tambah Azmi, politik berdasarkan kaum dan agama masih kuat dalam negara ini.

“Jika MN itu terjalin sebelum PRU ke-15, sudah pasti undi Melayu itu akan menjurus kepada MN.

"Ini terbukti ketika dua, tiga pilihan raya kecil sebelum ini kerana itu yang dimahukan oleh pengundi Melayu dan beragama Islam,” katanya.

Azmi turut menjangkakan di negeri seperti Pahang, Perlis, Melaka dan Johor, kerjasama MN jika dipulihkan mampu memberi kesan positif kepada kedua-dua parti.

“Begitu juga dengan negeri yang PAS kuat iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, ia dapat dikekalkan kepada PAS,” katanya.

Untuk rekod, BN dan PN - yang termasuk PAS di dalamnya - bertembung semasa pilihan raya negeri (PRN) di Melaka pada Okt tahun lalu, dan di Johor pada Feb tahun ini.

Dalam kedua-dua PRN itu, BN mencapai kemenangan besar-besaran.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/gagasan-kerusi-muafakat-isunya-ialah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muafakat Nasional Perintah Dari Tuhan Mursyidul Am Pas Kata

Muafakat Nasional Perintah Dari Tuhan Mursyidul Am Pas Kata

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 171 hits
PETALING JAYA Umno diminta mempertimbangkan semula kerjasama dalam Muafakat Nasional kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang menggunakan frasa perintah Tuhan untuk menegaskan keperluan penyatuan tiga parti Islam untuk berdepan pilihan raya ...
Kerusi Muafakat Nasional Cadangan Baik Kata Tok Mat

Kerusi Muafakat Nasional Cadangan Baik Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 138 hits
freemalaysiatoday com August 13 2022Mohamad Hasan berkata Kerusi Muafakat Nasional akan dibincangkan di peringkat dalaman parti PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan menyambut baik syor supaya tidak berlaku pertembungan calon ...
Tiada Usul Tamat Kerjasama Dengan Umno Dibawa Ke Muktamar Pas Kata Takiyuddin

Tiada Usul Tamat Kerjasama Dengan Umno Dibawa Ke Muktamar Pas Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 108 hits
freemalaysiatoday com August 20 2022 10 25 AMTakiyuddin Hassan berkata pendirian PAS berkaitan penyatuan ummah amat jelas yang bukan sahaja terhad dengan Umno tetapi juga parti lain ALOR SETAR PAS tidak menerima sebarang usul berkaitan mena...
Takiri Bidas Pas Kesilapan Terbesar Pas Tidak Pertahankan Muafakat Nasional

Takiri Bidas Pas Kesilapan Terbesar Pas Tidak Pertahankan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 217 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan Umno bukan Bersatu yang disifatkan sebagai parti kecil dan hanya bergantung kekuatan orang lain kata seorang bekas pemimpin parti itu Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin...
Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 173 hits
Takiyuddin Hassan berkata PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional PETALING JAYA Kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih diteruskan walaupun pemimpin Umno menganggap hubungan kedua dua...
Sukar Umno Dap Bekerjasama Kata Penganalisis

Sukar Umno Dap Bekerjasama Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 147 hits
freemalaysiatoday com August 13 2022 10 00 AMPenganalisis berpendapat walaupun kerjasama DAP dan Umno mampu dibentuk namun sukar ia bertahan lama PETALING JAYA Penganalisis politik berpendapat kemungkinan kerjasama antara Umno dan DAP selep...
Makna Kata Pas Dan Bersatu Lah Yang Kencing Umno Gitu Lah Ya Pas Kan Bersama Bersatu Dalam Pn Oooo Kencing Lagi Yak

Makna Kata Pas Dan Bersatu Lah Yang Kencing Umno Gitu Lah Ya Pas Kan Bersama Bersatu Dalam Pn Oooo Kencing Lagi Yak

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 99 hits
Muafakat Nasional Jangan salahkan UMNO Bersatu tidak ikhlas Shahril HamdanMadiha AbdullahOgos 4 2022 Shahril berkata UMNO tidak melengahkan penubuhan gabungan tersebut namun proses berkenaan tergendala disebabkan penubuhan Perikatan Nasiona...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show