Sukar Umno Dap Bekerjasama Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-August 13, 2022 10:00 AM
Penganalisis berpendapat, walaupun kerjasama DAP dan Umno mampu dibentuk, namun sukar ia bertahan lama.
PETALING JAYA: Penganalisis politik berpendapat kemungkinan kerjasama antara Umno dan DAP selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sukar direalisasikan kerana hala tuju dan ideologi parti itu jauh tersasar.

Mujibu Muis dari Universiti Teknologi Mara berkata, usaha meyakinkan akar umbi kedua-dua parti pasti menjadi masalah besar kerana pendekatan Umno yang konservatif, manakala DAP selesa dengan corak politik agresif serta liberal.

“Ideologi DAP yang lebih liberal tidak sesuai dengan Umno dan sebaliknya. Jika bekerjasama, selesakah mereka? Ini masalah paling berat buat Umno.

“Sukar untuk melihat bagaimana Umno mampu meyakinkan akar umbinya menerima kerjasama dengan DAP, sedangkan ideologi politik Umno yang bertentangan sering menjadikan DAP sebagai musuh abadi,” katanya kepada FMT.
Mujibu Abd Muis.Beliau juga menjangkakan DAP turut berdepan risiko besar kehilangan undi atas pagar kerana kerjasama dengan parti “kleptokrat” – sesuatu yang sering dilabel terhadap Umno sepanjang pertembungan mereka.

“Alasan kestabilan semata-mata tidak cukup kuat untuk meyakinkan mereka untuk menerima kerjasama politik tersebut.

“DAP sudah tentu berisiko hilang undi atas pagar, terutama kelompok pengundi yang progresif dan rasional. Kalau ini berlaku, ada kebarangkalian undi itu lari kepada parti lain,” katanya.

Mujibu berpandangan kerjasama itu jika mampu dijayakan sekali pun, gabungan itu mungkin tidak bertahan lama.

“Tidak mustahil boleh bekerjasama, tapi mungkin akan rasa janggal dan tak kekal lama.

“DAP mungkin lebih sesuai dengan PKR berbanding Umno kerana kekuatan mereka lebih seimbang berbanding Umno yang sentiasa maju menjadi ‘abang besar’ dalam Barisan Nasional (BN).”Azmi Hassan.Turut senada, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara yang berpendapat, walaupun secara teori kerjasama itu mampu mewujudkan kerajaan stabil bersandarkan pengaruh besar dua parti itu, sentimen syak wasangka “di bawah” akan menyukarkan usaha itu.

“Sukar direalisasikan kerana sejarah lampau itu tidak akan memungkinkannya…bakal timbul masalah di akar umbi kerana sejarah antara Umno dan DAP terlampau lama.

“Sejarah hitam yang pahit akan sukarkan akar umbi Umno. Jika (Umno) sukar menerima Bersatu dan (Presiden PKR) Anwar Ibrahim kerana sejarah lampaunya, maka lebih sukar lagi terima DAP kerana sejarahnya lebih hitam, lebih berat berbanding sejarah hitam dengan Bersatu dan Anwar,” katanya.

Pada 7 Ogos lalu, FMT melaporkan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook “membayangkan” sebarang kerjasama dengan Umno hanya akan berlaku selepas PRU15, mengambil kira perubahan drastik politik negara sejak PRU 2018, dengan ketiadaan parti dominan tunggal.

Katanya, kemungkinan kerjasama antara parti berbeza menjadi lebih tinggi.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan pula berkata, parti itu mengambil sikap neutral untuk tidak menolak atau mengiyakan kerjasama boleh dibentuk bersama DAP selepas PRU15.

Beliau berkata, kenyataan Loke itu dilihat sebagai “pengiktirafan” DAP terhadap kekuatan Umno.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/sukar-umno-dap-bekerjasama-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 329 hits
It is a serious accusation to say Umno is led by corrupt leaders said Umno supreme council member Razlan Rafii Taking the former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad as an example he claimed during Mahathir s administration cases linked t...
Kerjasama Dengan Umno Tiada Yang Mustahil Kata Pemimpin Dap

Kerjasama Dengan Umno Tiada Yang Mustahil Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 299 hits
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tidak menolak kemungkinan partinya menjalin kerjasama dengan Umno kerana segalanya mungkin dalam politik katanya Bagaimanapun sebarang kerjasama hanya akan berlaku selepas pilihan raya umum seterusnya Lok...
Kerjasama Dengan Dap Selepas Pru15 Loke Akui Kekuatan Umno Kata Ahmad Maslan

Kerjasama Dengan Dap Selepas Pru15 Loke Akui Kekuatan Umno Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 222 hits
freemalaysiatoday com August 10 2022 11 35 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memberi bayangan kesediaan bekerjasama dengan Umno selepas pilihan raya umum menunjukkan parti seteru itu ...
Dap Working With Umno Anything Is Possible Says Loke

Dap Working With Umno Anything Is Possible Says Loke

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 260 hits
DAP secretary general Loke Siew Fook says what is important is that all parties must be agenda based PETALING JAYA DAP secretary general Loke Siew Fook says he will not rule out a collaboration with Umno as anything is possible in politics ...
Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 226 hits
Takiyuddin Hassan berkata PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional PETALING JAYA Kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih diteruskan walaupun pemimpin Umno menganggap hubungan kedua dua...
Rehatkan Kuda Lama Atau Umno Mati Dalam 10 Tahun Kata Nur Jazlan

Rehatkan Kuda Lama Atau Umno Mati Dalam 10 Tahun Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 175 hits
freemalaysiatoday com August 10 2022 1 59 PMNur Jazlan Mohamed berkata Umno tidak boleh terlalu bergantung harap kepada pengundi matang sedia ada sedangkan peluang untuk meraih sokongan pengundi muda terbuka luas PETALING JAYA Seorang pemim...
Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 406 hits
agendaily com11 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Walaupun nama beberapa pemimpin utama UMNO sekali lagi terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir Datuk Seri Ahmad Maslan tidak merasakan ia akan dapat menumbangkan UMNO ...
Tak Mustahil Pas Kembali Kepada Pkr Dap Pemuda Umno

Tak Mustahil Pas Kembali Kepada Pkr Dap Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 262 hits
Malaysiakini Sejurus selepas Pemuda PAS mengajak penyokong pembangkang menjatuhkan kerajaan Pahang yang dipimpin Umno bersama BN Asyraf Wajdi Dusuki tampil memberikan reaksi segera Kata Ketua Pemuda Umno itu melihat kepada tindakan Pemuda P...
Can Dap Ever Work With Umno

Can Dap Ever Work With Umno

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 193 hits
Now they are finally aware that Umno is the strongest grassroots party in the country Embarrassed or not like it or not dare to admit it or not they are forced to acknowledge this situation Umno secretary general Ahmad MaslanDAP Secretary g...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti