Gadis Norway Kenang Sejarah Hitam Di Malaysia Jadi Mangsa Scam Datuk Rolls Royce


MalaysiaNow Lisa Lopez beberapa kali menemani ahli perniagaan Malaysia itu ke luar negara untuk menemui beberapa ahli politik berpengaruh namun kemudian menyedari simpanannya ditipu oleh ahli perniagaan tersebut.

Lisa Lopez (dua dari kiri) dalam gambar yang diambil ketika lawatan ke AS bersama ahli perniagaan yang disifatkan sebagai kaki penipu (hujung kiri, dipotong). Di tengah adalah gabenor Virginia Terry McAuliffe sementara berdiri di kanan hujung adalah pelobi Amerika Matthew Benka. Seorang gadis Norway yang pernah menuntut di sebuah universiti swasta di Malaysia tampil menceritakan pengalaman buruknya menjadi mangsa penipuan seorang lelaki bergelar Datuk yang jauh lebih tua darinya yang memujuknya menyerahkan duit simpanan untuk dijadikan “pelaburan”.
Lisa Lopez yang kini berusia 25 tahun berkata dia mendaftar sebagai pelajar di sebuah universiti swasta terkemuka di Kuala Lumpur sekitar lima tahun lalu dengan harapan dapat menyelesaikan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan dalam tempoh tiga tahun.
Lopez berusia 21 tahun ketika bertemu dengan ahli perniagaan yang rapat dengan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Malaysia itu.
MalaysiaNow tidak akan mendedahkan identiti identiti tersebut bagi menunggu pengesahan selanjutnya berhubung beberapa dokumen yang diperolehinya.
Lopez berkata dia terpengaruh dengan ahli perniagaan yang memujinya sebagai seorang memiliki “potensi dan kebijakan” sambil menambah ia adalah satu perkara yang bermakna buatnya kerana kemampuan intelektualnya jarang dihargai.
Dia berkata ketika itu, dirinya naif selain terpujuk ketika lelaki tersebut menaiki kereta Rolls Royce sekali gus membuatnya percaya “Datuk” itu adalah seorang usahawan berjaya walaupun beberapa bulan kemudian mendapati kereta itu sebenarnya disewa.
Dia turut berkata lelaki itu menawarkan latihan amali bersama syarikatnya yang kemudian diterima dengan gembira, membayangkan akan mendapat peluang untuk bekerja dalam beberapa projek melibatkan ahli-ahli politik dan syarikat besar.
“Saya begitu naif ketika itu, saya tengok yang baik sahaja dalam diri seseorang dan memang saya mahu tengok apa yang terbaik daripada seseorang dan kadang-kadang saya tak pedulikan rasa hati saya,” kata Lisa dalam temu bual baru-baru ini bagi sebuah video motivasi mengenai pemberdayaan diri di media sosial.
Lopez berkata dia kemudian mula melakukan lawatan dengan ahli perniagaan tersebut termasuk ke Amerika Syarikat di mana dia bertemu dengan beberapa ahli politik berpengaruh dan ahli perniagaan.
“Mereka itu termasuk gabenor Virginia Terry McAuliffe dan beberapa syarikat yang sepatutnya kami adakan kerjasama di North Carolina,” katanya kepada MalaysiaNow.
Dia berkata selain beberapa projek “kitar semula” dan “hartanah”, dia juga bahkan diyakinkan bahawa ahli perniagaan itu sedang mengusahakan sebuah projek pembikinan filem melibatkan Netflix.
“Itulah apa yang dia pernah beritahu. Dia kata anak perempuannya dan saya akan dapat peranan untuk jayakan filem itu dengan kerjasama seorang penerbit besar Australia dan Netflix,” kata Lopez.
RM70,000 ‘lesap’
Ketika itulah, lelaki itu mencadangkan Lopez melabur dalam syarikatnya.
Dalam sebuah pertemuan, lelaki itu memetik beberapa nama selebriti Hollywood yang turut melabur dan malahan menghubungi pelakon itu di hadapan Lopez untuk membuktikan dia bercakap benar.
Lopez berkata, untuk tujuan melabur, RM70,000 dikeluarkan daripada simpanannya.
Sebuah gambar oleh Lisa Lopez menunjukkan wang tunai yang dikeluarkan daripada simpanannya sebagai sebahagian 'pelaburan’ bersama seorang ahli perniagaan.Namun apa yang menimbulkan keraguan ialah ahli perniagaan itu mengarahkannya menyerahkan wang tersebut secara tunai.
“Namun kemudian saya dapat tahu dia guna ‘duit pelaburan’ saya itu untuk sewa pesawat persendirian,” kata Lopez sambil menambah ahli perniagaan itu menjanjikan 40% keuntungan pelaburan tersebut.
Katanya, selepas menyerahkan wang tersebut, dia menerima e-mel dari seorang bernama “Tom” daripada syarikat sama yang memberikan jaminan wang tersebut telah dimasukkan ke dalam “akaun pelaburan kami”.
“Saya tak tahu Tom ini wujud atau tidak, atau sama ada dia lelaki sama yang memalsukan e-mel kepada saya,” katanya.
Lopez berkata dia mendapat berita mengejutkan dari seorang individu sehari selepas itu yang turut melabur wang dengan ahli perniagaan tersebut, mengatakan semua wang yang dilaburkan “lesap”.
Bimbang keselamatan
Kemudian, individu tersebut menasihatkan supaya keluar dari negara ini kerana nyawanya mungkin berdepan bahaya daripada orang-orang yang terlibat dengan ahli perniagaan tersebut.
Individu itu berkata dia mungkin akan menjadi mangsa seterusnya kerana “tahu terlalu banyak” perkara berhubung aktiviti-aktiviti yang dijalankan lelaki itu.
Lopez berkata merasakan malang kerana kerugian wang, selain rasa malu dan marah, dia mengambil jalan keluar dengan melakukan aktiviti tidak sihat termasuk mengambil dadah dan mengambil masa yang lama untuk dapat menjalani kehidupan stabil semula.
“Ketika itu, saya adalah mahasiswa, tapi saya sudah laburkan semua simpanan yang saya kumpul dari umur 15 tahun. Amaun itu mungkin kecil dari orang lain yang ditipunya berbanding puluhan ribu ringgit miliknya,” katanya kepada MalaysiaNow.
Lopez berkata dia mendapat semula wangnya selepas beberapa kali menghubungi ahli perniagaan tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata walaupun meninggalkan Malaysia, lelaki itu masih cuba untuk memujuknya kembali, namun kali ini menjanjikan biasiswa penuh di Univerisiti Nottingham Malaysia dengan memindahkan kredit dari kolejnya sebelum ini.
“Saya rasa tak selamat pergi ke sana semula, jadi saya tak akan kembali ke Malaysia,” kata Lopez.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/gadis-norway-kenang-sejarah-hitam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laman Memorial Covid 19 Malaysia Dibangunkan Kenang Mangsa Terkorban

Laman Memorial Covid 19 Malaysia Dibangunkan Kenang Mangsa Terkorban

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 241 hits
BERNAMA Ia menyiarkan gambar dan info mengenai arwah atau mendiang yang diperoleh daripada perkongsian waris atau keluarga Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid 19 Gambar Bernama Sebuah laman sesa...
Hari Malaysia Tv Tak Siar Sejarah Malaysia

Hari Malaysia Tv Tak Siar Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 366 hits
Hari ini Hari Malaysia Aku hanya hendak peringatkan Negara yang tidak menyedarkan rakyat soal sejarah akan di hukum oleh sejarah Ada ko buat program sejarah di Tv dan Radio milik kerajaan Ada ko peringatkan nama nama besar penubuhan Malaysi...
Hiburan Hasilkan Donut Dengan 3 Perisa Unik Datuk Fazley Cipta Sejarah

Hiburan Hasilkan Donut Dengan 3 Perisa Unik Datuk Fazley Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 359 hits
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob baru baru ini mencipta sejarah apabila dia menghasilkan donat dengan suntikan cita rasa Malaysia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementFazley dilaporkan telah menyediakan donat berperisa mawar bandung bat...
Buku Teks Sejarah Uec Berkiblatkan China Tak Ajar Kehebatan Malaysia

Buku Teks Sejarah Uec Berkiblatkan China Tak Ajar Kehebatan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 310 hits
Dinasti Ming diagungkan kesultanan Melayu Melaka dilindungi BANGI Fungsi utama buku teks Sejarah untuk membina negara bangsa mengagungkan Perlembagaan serta kesultanan namun malang sekali apabila semua itu langsung tidak dimasukkan dalam si...
4 Tempat Bersejarah Di Malaysia Yang Wajib Dilawati Oleh Setiap Pencinta Sejarah

4 Tempat Bersejarah Di Malaysia Yang Wajib Dilawati Oleh Setiap Pencinta Sejarah

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 835 hits
4 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Wajib dilawati oleh Setiap Pencinta Sejarah Malaysia adalah destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong dari seluruh dunia kerana mempunyai pelbagai pemandangan indah serta pantai pantai yang cuk...
Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 302 hits
AMSTERDAM Keluarga 298 mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 menuduh Rusia berbohong mengenai peranannya dalam kejadian itu pada hari pertama perbicaraan tuduhan bunuh terhadap empat suspek kejadian berkenaan di Belanda Mereka berbohong ka...
Garasi Jusuf Hamka Isinya Mobil Mewah Ada Rolls Royce Satu Satunya Di Indonesia

Garasi Jusuf Hamka Isinya Mobil Mewah Ada Rolls Royce Satu Satunya Di Indonesia

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 473 hits
Potret garasi mobil milik bos jalan tol Jusuf Hamka Dilengkapi dengan beragam koleksi mobil mewah termasuk salah satu jenis mobil Rolls Royce yang disebut hanya ada satu di Indonesia Berikut ulasannya
Dua Produk Terbaharu Dari Kitsui Malaysia Iaitu Kitsui Rilax Nite Dan Kitsui Kurma Rose

Dua Produk Terbaharu Dari Kitsui Malaysia Iaitu Kitsui Rilax Nite Dan Kitsui Kurma Rose

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 458 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai pembaca semua Bonde ingin kongsikan tentang dua produk kesihatan dari Kitsui Malaysia iaitu Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose Dua Produk Terbaharu This is a content summary only Visit my website ...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Honda New Hr V Is Giving Hybrid Cool With A Stylish Upgrade

Galaxy Z Fold 7 Flip 7 Take Over Kl Here S What You Missed

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Video Of Playful Elephant Calf Mounting Its Caretaker Steals Netizens Hearts

Cancel Culture Is Just Public Shaming With Wi Fi

Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya