Fuziah Dakwaan Kategori Bersih Jas Perlu Tambah Parameter Ukuran Air Tasik Chini




KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) digesa menambah parameter ukuran yang digunakan untuk mengukur bacaan kualiti air di Tasik Chini.
Jurucakap Alam Sekitar Ahli Parlimen Keadilan, Fuziah Salleh berkata, selain empat parameter utama bagi mengukur Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Pepejal Terampai (SS), Nitrogen Amonia (AN) dan Besi (Fe), ukuran kehadiran logam berat juga perlu sebelum rumusan kualiti air Tasik Chini dibuat sama ada bersih atau sebaliknya.
Menurutnya, selagi bacaan logam berat tidak didedahkan maka tidak wajar bagi pihak JAS untuk mendakwa bahawa kualiti air di Tasik Chini adalah bersih.
"Berdasarkan bacaan kualiti air yang dikeluarkan JAS Pahang pada Khamis, kita dapati hanya hanya empat parameter digunakan sebagai ukuran bacaan kualiti air di tasik semula jadi kedua terbesar itu.
"Kekhuatiran kini apabila melibatkan aktiviti perlombongan adalah kehadiran logam berat di dalam air yang berkemungkinan mengalir masuk ke Tasik Chini dari lombong berhampiran namun bacaan kandungannya tidak terkandung dalam laporan JAS tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, berdasarkan pengalaman aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Bukit Goh di sini sebelum ini, terdapat kehadiran logam berat seperti merkuri dan kadmium yang amat tinggi di dalam air sungai di kawasan hiliran aktiviti perlombongan tersebut.
"Justeru saya menggesa JAS menambah parameter ukuran yang digunakan untuk bacaan kualiti air di Tasik Chini dan mendedahkannya kepada pihak orang ramai," katanya.
Tambah beliau, rakyat berhak memantau kualiti air di tasik itu, justeru kerajaan negeri dan pihak JAS perlu telus mempamerkan bacaan kualiti airnya kepada awam.
Katanya, data bacaan kualiti air dari kesemua 15 stesen pemantau perlu diumumkan setiap bulan supaya rakyat dapat sama-sama memantau impak daripada aktiviti perlombongan yang diluluskan tersebut serta pencemaran dari lombong-lombong yang lain di sekitarnya.
"Komitmen ini turut dituntut dari kerajaan negeri Pahang bagi membuktikan mereka komited dalam usaha menjamin kelestarian alam semula jadi serta pemuliharaan kawasan Tasik Chini yang diiktiraf sebagai Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)," katanya.
Isu kemusnahan Tasik Chini kembali timbul susulan keputusan kerajaan negeri Pahang meluluskan projek perlombongan kepada sebuah syarikat di kawasan tasik itu sebelum ini.
Tindakan itu dipersoalkan memandangkan kerajaan negeri telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di tasik itu sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) pada 13 Mac 2019. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/fuziah-dakwa-kategori-bersih-jas-perlu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Alam Sekitar Pahang Mendakwa Kualiti Air Di Tasik Chini Di Kategorikan Bersih

Jabatan Alam Sekitar Pahang Mendakwa Kualiti Air Di Tasik Chini Di Kategorikan Bersih

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 281 hits
KUANTAN Jabatan Alam Sekitar Pahang mengesahkan kualiti air Tasik Chini Pekan sehingga kini dikategorikan bersih berdasarkan pemantauan yang dilakukan jabatan itu JAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berdasarkan pemantauan bermula pa...
Audit Oleh Unesco Status Tasik Chini Sebagai Rizab Biosfera Kekal Atau Pun Di Tarik Balik

Audit Oleh Unesco Status Tasik Chini Sebagai Rizab Biosfera Kekal Atau Pun Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 327 hits
KUANTAN Ditarik balik atau kekal Demikian persoalan tentang status Tasik Chini yang diisytiharkan sebagai Rezab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa bangsa Bersatu pada 2009 Difahamkan proses audit berhubung s...
Kerajaan Pahang Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

Kerajaan Pahang Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 256 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini Pekan Berdasarkan laporan PPTC dikeluarkan hari ini Tasik Chini Rizab Biosfera di bawah Program M...
Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 277 hits
KUANTAN Tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 menurut Pejabat Tanah dan Galian Pahang Menurut kenyataan PTG Pahang hari...
Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 263 hits
TEMERLOH Kemusnahan hutan simpan di Tasik Chini sudah tidak perlu dinafikan lagi Ini kini menjadi buah mulut ramai pihak dari dalam dan luar negara Tasik Chini adalah merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera ...
Sahabat Alam Gesa Kerajaan Pahang Henti Aktiviti Perlombongan Di Tasik Chini

Sahabat Alam Gesa Kerajaan Pahang Henti Aktiviti Perlombongan Di Tasik Chini

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 302 hits
SAM menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia merupakan satu daripada kawasan sensitif alam sekitar KUALA LUMPUR Sahabat Alam Malaysia menggesa kerajaan negeri ...
Kalau Betul Ada Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah

Kalau Betul Ada Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 569 hits
Kalau betul dalam Tasik Chini ada naga saya harap naga itu bangun dan melihat sendiri kemusnahan yang berlaku kepada Tasik Chini Itulah luahan kesedihan pelakon Sara Ali akibat terkejut melihat melihat kemusnahan alam yang berlaku terhadap ...
Kalau Betul Ada Sara Ali Harap Naga Tasik Chini Bangun Untuk Melihat Kemusnahan

Kalau Betul Ada Sara Ali Harap Naga Tasik Chini Bangun Untuk Melihat Kemusnahan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 599 hits
PETALING JAYA Kalau betul dalam Tasik Chini ada naga saya harap naga itu bangun dan melihat sendiri kemusnahan yang berlaku kepada Tasik Chini Itulah luahan kesedihan pelakon Sara Ali akibat terkejut melihat melihat kemusnahan alam yang ber...
Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong kenyataan kerajaan Pahang yang komited untuk tidak meluluskan mana mana permohonan baharu aktiviti perlombongan di dalam kawasan Tasik Chini Tuan Ibrahim m...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry