Dua pemimpin muda DAP membantah tindakan polis menyiasat forum akademik berkaitan Statut Rom yang diadakan pada Sabtu lalu di Universiti Malaya mengikut Akta Hasutan.Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan dantindakan itu bertentangan hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk membenarkan kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi tempatan.“Kami mengambil pendirian bahawa forum tersebut adalah suatu forum ilmiah untuk membincang isu berkaitan Statut Rom secara akademik, sejajar dengan usaha Kerajaan yang mahu membenarkan kebebasan akademik di institusi-institusi pengajian tinggi.“Atas dasar ini, kami membantah tindakan PDRM untuk memulakan siasatan ini dan berpandangan forum ilmiah sebegini tidak wajar dibungkamkan melalui tindakan undang-undang kerana dilihat sebagai suatu usaha menghalang wacana rakyat mengenai isu Statut Rom,” katanya dalam kenyataan.Mereka berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bahawa polis telah memulakan siasatan ke atas forum bertajuk “Malaysia and the Rome Statute” mengikut Akta Hasutan. Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.Malaysia menyertai Statut Rom pada 4 Mac lalu, namun menarik sebulan kemudian susulan daripada tentangan pelbagai pihak.
Ketua DAPSY Subang, Farhan Haziq Mohamed|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |