Filem P Ramlee Bukannya Agenda Politik Parti Politik Anda


Tidak lama dahulu, seorang pengarah strategik daripada PPBM membuat beberapa ulasan tentang isu politik arus perdana yang melanda negara hari ini. Dan bagi menjustifikasi ulasannya itu, beliau cuba mengaitkan ulasannya dengan beberapa filem menarik lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Berikut beberapa bantahan terhadap isi ulasannya:
1. Si pengarah strategik ini tidak segan-silu mempergunakan sifat tamak dalam watak Ali Baba Bujang Lapok bernama Kassim Baba (S. Shamsuddin) bagi menghentam parti lawan yang disifatkan tamak berikutan kerjasama strategik yang dijalin kedua-dua parti itu. Tetapi si pengarah mungkin sudah lupa akan perihal Sarjan (Ibrahim Pendek) dan Tarosan yang terlalu yakin kumpulan penyamun dapat merompak rumah Kassim selepas memangkah rumahnya tanpa memeriksa sama ada tanda pangkah masih ada atau tak.
Akibatnya bila kumpulan penyamun diketuai Cif (P. Ramlee) cuba menyamun rumah Kassim selepas ia ditanda, ianya berakhir dengan mereka terpalit dengan tahi (serang jamban) atau pulang hampa (semua rumah di Baghdad dipangkah Marjinah). Kerenah sebegini boleh disamakan dengan kerenah mana-mana parti termasuk parti pemerintah hari ini yang menjanjikan bulan bintang semasa kempen tetapi bila sudah berkuasa, janji itu ibarat menanam tebu di tepi bibir.
2. Si pengarah menyamakan watak Hassan (P. Ramlee) dalam filem Anakku Sazali dengan dugaan yang dihadapi figura partinya dan tidak segan menyamakan ciri dan kejahatan watak Sazali (juga lakonan P. Ramlee) dengan seorang figura politik dari parti lawan. Tetapi dalam keghairahannya menyerang, beliau menggunakan frasa ‘P. Ramlee mengisahkan’ yang dilihat pelik untuk diaplikasikan kepada Anakku Sazali. Ini kerana Anakku Sazali mendapat sentuhan pengarah India terkenal ketika itu Phani Majumdar.
Selain bertindak sebagai pengarah, beliau juga bertanggungjawab menghasilkan lakon layar filem itu. Sementara P. Ramlee yang memainkan peranan watak utama turut bertindak sebagai komposer bersama Fred Libio dan LB Ventura untuk Anakku Sazali. Justeru dalam keghairahannya menyerang, si pengarah terlupa menyemak fakta penting filem itu. Terlalu emosikah, tuan pengarah?
3. Pengarah strategik ini turut membuat satu kesilapan besar dengan menyatakan P. Ramlee menangis teresak-esak tanpa henti hingga menjadi buta dalam Antara Dua Darjat. Aneh, setahu saya Antara Dua Darjat berkisar tentang kisah cinta berlainan taraf sosial antara Ghazali (P. Ramlee) dengan Tengku Zaleha (Saadiah). Dan tiada satu adegan pun yang mendorong Ghazali menangis sehingga buta kecuali mengalami kemurungan teruk kerana menyangka dirinya menjadi punca kematian Tengku Zaleha.
Sekali lagi, si pengarah dibutakan dengan emosinya dan terlupa adegan itu wujud dalam filem Ibu Mertuaku. Dalam filem itu, Kassim Selamat patah hati dan menangis sehingga jadi buta selepas membaca telegram mengandungi berita kematian isteri tercinta iaitu Sabariah yang dipalsukan oleh ibu mentuanya Nyonya Mansor untuk memisahkan kedua-duanya.
Dan oh ya, kedua-dua filem ini berkongsi tema kritikan sosial berkenaan ketidaksamaan taraf sosial kehidupan terutama soal pendapatan, sesuatu yang masih relevan sehingga ke hari ini. Apakah si pengarah dan partinya tiada keinginan untuk menanganinya atau itu sekadar janji di bibir?
Nasihat saya pada tuan pengarah, jika masih beria-ia nak kaitkan filem P. Ramlee dengan naratif semasa, kajilah dulu dan bukan main hentam keromo. Ini kerana filem-filem beliau ini kaya dengan falsafah dan nilai tersirat yang terus relevan dengan perkembangan zaman. Ia tidak seharusnya diberi interpretasi melalut sehingga menyebabkan anda kelihatan seperti si bodoh di mata orang ramai. Berangan mahu jadi Trump, tuan pengarah?


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/02/filem-p-ramlee-bukannya-agenda-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Malaysia Ala Filem P Ramlee

Politik Malaysia Ala Filem P Ramlee

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 513 hits
ULASAN Kawasan mengundi Semenyih pada tahun 1950 an benar benar mengingatkan kita kepada Malaysia Setiap rakyat saling bekerjasama tanpa mengira kaum Karya seni al Marhum P Ramlee bukan sekadar legenda Ia merupakan peringatan bagaimana seha...
Sijil Perlu Tetapi Bukan Syarat Utama Dalam Politik

Sijil Perlu Tetapi Bukan Syarat Utama Dalam Politik

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 308 hits
ULASANZuraidah dan Marzuki diserang dengan ijazah palsu TAMPAKNYA seorang demi seorang pemimpin kerajaan Pakatan Harapan diserang dengan mempertikaikan kelulusan akademik atau ijazah yang mereka perolehi Isu ini seperti dirancang demikian r...
Rais Masuk Politik Tak Semestinya Perlu Ijazah

Rais Masuk Politik Tak Semestinya Perlu Ijazah

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 362 hits
Dr Rais Yatim Foto oleh BernamaJangan menilai pemimpin berdasarkan kelayakan akademik kerana politik bukanlah suatu bidang yang boleh diajar dan disekolahkan sepenuhnya kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim Jelasnya bagaimana...
Bantah Pelantikan Sheikh Omar Pas Amal Politik Sempit

Bantah Pelantikan Sheikh Omar Pas Amal Politik Sempit

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 291 hits
Oleh Reaksi Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terhadap pelantikan Sdr Sheikh Omar Ali sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia amat menghairankan Beliau dilaporkan berkata Walaupun Adun itu berag...
Pidato Politik Megawati Perempuan Jangan Jadi Sekadar Konco Wingking

Pidato Politik Megawati Perempuan Jangan Jadi Sekadar Konco Wingking

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 275 hits
Ketua Umum PDI Perjuangan Megawati Soekarno Putri menyampaikan pandangan politiknya tentang peran perempuan dalam kancah politik Indonesia terkini Pidato politik itu disampaikan Megawati saat Jambore Kader Komunitas Juang DPD PDI Perjuangan...
Cara Unik Tkn Jokowi Ma Ruf Mengadang Politik Hitam

Cara Unik Tkn Jokowi Ma Ruf Mengadang Politik Hitam

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 221 hits
Sekretaris Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Hasto Kristiyanto mengatakan ini bukan hanya hadir sebagai metode kampanye baru Paslon 01
Sekolah Kader Investasi Politik Nasdem Ciptakan Calon Pemimpin Masa Depan

Sekolah Kader Investasi Politik Nasdem Ciptakan Calon Pemimpin Masa Depan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 342 hits
Partai NasDem berupaya menciptakan calon pemimpin dengan mempersiapkan kader kader muda Salah satu upaya NasDem dalam membangun investasi politik jangka panjang adalah dengan membuat sekolah kader partai yakni Akademi Bela Negara
Di Tahun Politik Inilah 5 Industri Yang Bakal Berjaya

Di Tahun Politik Inilah 5 Industri Yang Bakal Berjaya

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 366 hits
Di Tahun Politik Inilah 5 Industri Yang Bakal BerjayaMenteri Perindustrian Airlangga Hartono meramal bahwa Pemilu 2019 akan berdampak positif pada pertumbuhan beberapa sektor industri di Indonesia Ramalan itu berdasarkan pada pengalaman Pem...
Yadim Jadi Sarang Politik Keji Dap Badan Dakwah Islam Jadi Badan Pertahan Dap

Yadim Jadi Sarang Politik Keji Dap Badan Dakwah Islam Jadi Badan Pertahan Dap

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 410 hits
Tak mustahil Program di TV Alhijrah yang sepatutnya menerangkan arah dan haluan Yadim di bawah Malaysia Baharu bertukar menjadi forum politik mempertahankan parti yang pernah menghina Islam Melayu dan Bumiputera5 Jamadilakhir 1440H Ahad Per...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

Boat Tail Blues Origins Of The Fx Super Glide And Its Infamous Saddle

Sesi Membaja

Exco Kedah Fitnah Ds Rafizi Ini Respon Yb Pemfitnah Ustazah Mastura Dit

Perdana Menteri Bersuara Isu Oku Di Sepak Dan Diheret Kita Harap Walaun

Self Esteem Anak Lemah Pakar Psikiatri Kanak Kanak Kongsi Tip