Politik Malaysia Ala Filem P Ramlee


Rais Hussin       
ULASAN | Kawasan mengundi Semenyih pada tahun 1950-an benar-benar mengingatkan kita kepada Malaysia (atau Malaya). Setiap rakyat saling bekerjasama, tanpa mengira kaum.

Karya seni al-Marhum P Ramlee bukan sekadar legenda. Ia merupakan peringatan bagaimana seharusnya Malaysia itu dicorakkan – tanpa perlu merujuk secara khusus kepada perlembagaan persekutuan, atau kontrak sosial seperti Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020.

Filem Ali Baba Bujang Lapok contohnya. Ia mirip dengan dakwaan apa yang telah dilakukan oleh mantan perdana menteri Najib Razak.

Memandangkan Ali Baba Bujang Lapok merupakan sebuah filem mengenai ketamakan manusia, adalah menarik untuk melihat orang-orang lama Umno dan PAS yang membesar dengan filem P Ramlee itu sendiri kemudiannya bersikap tamak, sebagaimana dalam filem pengajaran itu.

Dalam Anakku Sazali, P Ramlee mengisahkan mengenai ujian yang dihadapi oleh seorang bapa yang sudah lanjut usia, di mana anaknya telah tersasar dari kebenaran. Demikian juga, rakyat Malaysia bersama-sama pemimpin seperti Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, serta sebahagian daripada adik-beradik Najib, telah berkali-kali mengingatkan mantan perdana menteri itu agar kembali ke jalan yang lurus.

Namun Najib dan segerombolan penyamunnya, yang sibuk dengan kapal layar, jet peribadi dan MPV, enggan untuk mendengar. Tiada pilihan lain bagi pemimpin pembangkang tatkala itu untuk mencabar Sazali-Sazali Umno dan PAS ini, kecuali dengan menubuhkan Pakatan Harapan.

Selepas kemenangan PH pada 9 Mei lalu, pasukan polis telah melancarkan serbuan ke atas harta milik Najib. Rakyat terkejut apabila pihak polis menemui sejumlah wang yang besar dan barang kemas yang bernilai hampir RM1 bilion.
Kemudian ada juga filem Antara Dua Darjat, yang P Ramlee menangisi dirinya sehingga menjadi buta. Daripada tinggal di rumah yang besar, dia tidak lagi mampu menyara dirinya sehingga terpaksa tidur di bawah sebuah rumah yang uzur.

Ekoran daripada keangkuhan moral Umno dan PAS, mereka melihat diri mereka lebih mulia daripada orang lain. Dengan mempergunakan Tuhan, agama dan fahaman etika yang menyeleweng, mereka melihat ia baik untuk mempermainkan (troll) rakyat yang bangkit membantah amalan rasuah mereka.

Ataupun mereka memejamkan mata terhadap skandal kewangan masing-masing, di samping memberikan hadiah dan saguhati, dalam bentuk BR1M dan gula-gula – sedangkan jurang pendapatan semakin melebar.

Tidak perlu untuk jadi seperti tukang tilik dalam Nujum Pak Belalang untuk meramalkan takdir Umno dan PAS. Hayat mereka sudah pun berakhir. Kini mereka berdepan dengan berbagai pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Kedaulatan undang-undang memang membenarkan seseorang dianggap sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, tetapi Umno dan PAS sudah pun menjadi jenama yang tercemar.

Sebagaimana yang terzahir pada pilihan raya 9 Mei, tidak seorang pun daripada rakyat Malaysia yang mengambil iktibar daripada filem tersebut akan berpihak kepada kedua-dua parti yang rosak itu.

Rakyat mungkin berasa kecewa dengan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh Harapan, seperti mempertahankan pemalsuan sijil Cambridge, tetapi ia boleh dan akan memperbaiki rekod yang tercemar ini, bermula dengan pilihan raya 2 Mac di Semenyih.

Sebab itulah penting untuk nilai-nilai murni dalam karya seni P Ramlee disemangati, agar Harapan boleh memenangi pilihan raya kali ini, dan agar ia boleh digunakan dalam setiap pembuatan polisinya.

Di Semenyih nanti, Umno dan PAS berkemungkinan besar akan mengetengahkan calon yang sama seperti orang minyak dalam filem P Ramlee.

Jika PH tidak mengambil iktibar daripada karya-karya seni P Ramlee, mereka akan mengalami nasib yang sama seperti hidup sebenar seniman itu di hujung kemasyhurannya.

*DR RAIS HUSSIN ialah pengarah strategi Bersatu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/politik-malaysia-ala-filem-p-ramlee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem P Ramlee Bukannya Agenda Politik Parti Politik Anda

Filem P Ramlee Bukannya Agenda Politik Parti Politik Anda

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 397 hits
Tidak lama dahulu seorang pengarah strategik daripada PPBM membuat beberapa ulasan tentang isu politik arus perdana yang melanda negara hari ini Dan bagi menjustifikasi ulasannya itu beliau cuba mengaitkan ulasannya dengan beberapa filem me...
Pelancaran Filem 4d Pertama Dunia Lego City 4d Officer In Pursuit Di Legoland Malaysia

Pelancaran Filem 4d Pertama Dunia Lego City 4d Officer In Pursuit Di Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 623 hits
LEGOLAND Antara wishlist anak anak untuk ke sini Asal keluar iklan dekat TV atau nampak iklan LEGOLAND mula lah berzikir Ibu Nak pergi LEGOLAND Ibu Jom lah pergi LEGOLAND Reaksi Ibu Insyaallah Doa lah banyak banyak supaya ada rezeki kita un...
Rakyat Malaysia Hanya Fikirkan Kos Sara Hidup Bukan Politik Anwar

Rakyat Malaysia Hanya Fikirkan Kos Sara Hidup Bukan Politik Anwar

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Sebahagian masyarakat kini tidak begitu mengambil berat tentang perihal politik yang berlaku di negara ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebaliknya mereka lebih berminat untuk bercerita tentang kos sara hidup da...
Foto Chacha Maembong Tampil Sek Ci Dalam Filem Mitos Pem Buru Kep Ala Iban He Dhunter

Foto Chacha Maembong Tampil Sek Ci Dalam Filem Mitos Pem Buru Kep Ala Iban He Dhunter

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 1627 hits
Pelakon Chacha Maembong kini sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya Headhunter yang mengisahkan kisah pemburu kepala dalam masyarakat Iban di Sarawak Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Anding dan juga Ebi Kornelis yang masin...
Pengguna Internet Malaysia Telah Memuat Turun Sebanyak 84 Juta Fail Siri Tv Dan Filem

Pengguna Internet Malaysia Telah Memuat Turun Sebanyak 84 Juta Fail Siri Tv Dan Filem

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 242 hits
Di acara Kuala Lumpur Digital Content Anti Piracy Summit di Putrajaya Menteri Komunikasi Dan Multimedia Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dikatakan telah memuat turun sebanyak 84 juta fail digital cetak rompak melalu...
Keputusan Dan Kedudukan Pasukan Terkini Liga Super Malaysia 2019 Perlawanan Pertama

Keputusan Dan Kedudukan Pasukan Terkini Liga Super Malaysia 2019 Perlawanan Pertama

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 618 hits
Keputusan dan Kedudukan Pasukan Terkini Liga Super Malaysia 2019 Perlawanan Pertama Sepak mula pertama telah pun berjaya diharungi oleh 12 pasukan Liga Super 2019 Berikut dikongsikan Keputusan untuk setiap pasukan selepas mengharungi perlaw...
Thailand Boleh Malaysia

Thailand Boleh Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 219 hits
Kerajaan perlu bertegas PenganalisisUndang undang sedia ada di negara ini sudah mencukupi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menghina kemuliaan institusi diraja termasuk terhadap Yang di Pertuan Agong sebagai pemerintah ter...
Kau Menteri Kerajaan Malaysia Ke Kerajaan China Netizen Kecam Menteri Kewangan Keluar Kenyataan Bahasa Cina

Kau Menteri Kerajaan Malaysia Ke Kerajaan China Netizen Kecam Menteri Kewangan Keluar Kenyataan Bahasa Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 418 hits
Semua orang sedia maklum yang Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Melayu kan Tapi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam dalam Bahasa Cina dah timbulkan respon negatif pelbagai pihak yang anggap Guan Eng tak martabat Bah...
Bnn Ringkus Lima Kurir Sabu Asal Malaysia

Bnn Ringkus Lima Kurir Sabu Asal Malaysia

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 220 hits
Mereka dibekuk tim gabungan BNN pusat dan BNN Provinsi jatim di Jalan Sukarno RT 12 Kelurahan Bukit Kayu Kapur Kecamatan Bukit Kapur Kabupaten Dumai Riau
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak