Bantah Pelantikan Sheikh Omar Pas Amal Politik Sempit



Oleh Steven Sim

Reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terhadap pelantikan Sdr Sheikh Omar Ali sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) amat menghairankan.

Beliau dilaporkan berkata, “Walaupun Adun itu (Sheikh Omar) beragama Islam, isunya beliau dari DAP. Dalam perlembagaan DAP, mereka mempertahankan negara sekular dan banyak menentang agenda Islam.”

Pendirian sedemikian berlari jauh daripada pendirian PAS selama ia menjalin persahabatan dengan DAP di zaman kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Pendirian yang diungkapkan Nik Amar adalah bukti kemunculan elemen sempit dalam mesej politik PAS yang menghukum semua yang tidak bersama dengan parti politik tersebut sebagai menentang Islam. 

Nik Amar dan PAS ternyata tidak lagi peduli dengan fakta dan lebih selesa mengadaptasi skrip rakan politik baharunya, UMNO untuk memomokkan semua pihak yang tidak bersama mereka sebagai anti-Islam, hatta menghukum orang Islam sendiri yang tidak menyokong politik mereka sebagai ancaman terhadap Islam.

DAP sudah berkali-kali menyatakan pendiriannya tentang agama Islam sebagai agama rasmi, paling lantang ketika Deklarasi Shah Alam 2012. Mesej deklarasi tersebut diusung oleh PAS sendiri, ketika itu bersama Pakatan Rakyat untuk membetulkan pembohongan UMNO kononnya DAP anti-Islam.

DAP menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan, termasuklah Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Di peringkat antarabangsa, DAP turut tidak ketinggalan, malah terkedepan dalam menyatakan pendirian terhadap konflik Palestin-Israel; hatta wakil Palestin sendiri hadir menyatakan penghargaan atas pendirian berani DAP dan kerajaan Pakatan Harapan terhadap Israel. Pun begitu, UMNO-PAS masih lagi memainkan persepsi kononnya DAP adalah agen Israel dan menentang Islam.

Saudara Sheikh Omar Ali bukan sahaja merupakan seorang graduan usuluddin malah beliau ialah mantan aktivis mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, dan telah melalui sistem tarbiah PAS sebelum meninggalkan parti tersebut dan menyertai DAP. Laluan tarbiah beliau juga bukan calang-calang, malah termasuk juga dalam lingkaran Almarhum Ustaz Yahya Othman; seperti banyak dikongsikan rakan-rakan beliau.

DAP tidak menjadikan Sheikh Omar seorang yang menjauhi agamanya. Bahkan Ini membuktikan bahawa DAP telah berjaya menampilkan seorang pemimpin, antara ramai lagi pemimpin Melayu muda yang mampu membela Melayu-Islam, bahkan nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa menggunakan pendekatan politik perkauman sempit dan terkebelakang yang dimainkan UMNO-PAS. – Roketkini.com

*Steven Sim adalah Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/bantah-pelantikan-sheikh-omar-pas-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Pelantikan Sheikh Omar Dalam Yadim Atas Kelayakan

Mujahid Pelantikan Sheikh Omar Dalam Yadim Atas Kelayakan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 401 hits
Sheikh Omar mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya dengan pengkhususan dalam dakwah
Sheikh Omar Jawab Kritikan Ingatkan Papagomo Rupanya Asyraf Wajdi

Sheikh Omar Jawab Kritikan Ingatkan Papagomo Rupanya Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 416 hits
Adun Paloh itu berkata kritikan terhadapnya bersifat sentimen dan bukannya ingin menjaga kepentingan Yadim
Macam Nak Kata Mujahid Sheikh Omar Itu Iblis Pula

Macam Nak Kata Mujahid Sheikh Omar Itu Iblis Pula

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 404 hits
Ramai warga maya pimpinan politik dan golongan agamawan terlajak lidah kata unit komunikasi agama exco Kedah
Perkasa Dap S Sheikh Omar Too Liberal For Preaching Job

Perkasa Dap S Sheikh Omar Too Liberal For Preaching Job

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 357 hits
Malay rights pressure group Perkasa has accused Sheikh Omar Ali of being a liberal as he is a member of DAP and hence not suitable to sit on the board of trustees of Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia In a statement last night Perkasa vice pr...
Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 402 hits
ARAU 27 Jan Kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menunjukkan perkembangan positif hasil penyatuan antara UMNO dan Pas selain memberi mesej jelas terhadap kebangkitan rakyat khususnya umat Islam yang menolak k...
Umno Kelantan Desak Penyatuan Politik Dengan Pas Disegera

Umno Kelantan Desak Penyatuan Politik Dengan Pas Disegera

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 299 hits
February 14 2019 10 40 AMPengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob berkata hasrat itu sudah dinyatakan kepada presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melalui satu memorandum sebelum ini KOTA BHARU Umno Kelantan berharap hubungan dengan PAS dapat...
M Sia Islam Hilang Kuasa Politik Apa Alternatif Menurut Presiden Pas

M Sia Islam Hilang Kuasa Politik Apa Alternatif Menurut Presiden Pas

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 426 hits
KUALA LUMPUR Orang Islam harus sedar bahawa mereka telah kehilangan kuasa dalam politik tanah air pada hari ini demikian peringat Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Menurutnya walaupun menguasai pemerintahan negeri tetapi sua...
Cara Lihat Isu Yadim Bukti Pas Makin Sempit Kata Dap

Cara Lihat Isu Yadim Bukti Pas Makin Sempit Kata Dap

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 416 hits
Penyertaan Sheikh Omar dalam DAP tidak menjadikan bekas aktivis PAS itu menjauhi Islam kata MP Bukit Mertajam
Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Doa Jiran Menembusi Langit Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Raih Simpati Ramai

Easy Guyanese Garlic Beef Recipe

Umno Youth Is Alcohol Good For People Now Putrajaya

The Electric Porsche Cayenne Enjoy 600 Km Of Exciting Journeys

Guan Eng Has Last Laugh As Pmx Turns Villain After Chinese School Halls Exempted From Alcohol Ban

Patung Unta Viral Dari Mekah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Purba Berusia 4000 Tahun Ditemui Keajaiban Terpelihara Dari Kayu Oak

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Tmj Pertahan 7 Pemain Warisan Tegaskan Dokumen Mereka Sah

Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

Sabah S Bajau Sama Seafaring Legacy Shines Through Chloe Lim S National Costume For Miss Universe 2025

Police No Truth To Viral Image Alleging Student Murder In Pekan Lama