Fatimah Ibu 16 Anak



Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.

Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki.

Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.

Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.

Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.

Allah bagi "rezeki" kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.

Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.

Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.

Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.

Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.

Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.

Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api.

Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.

Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada.

Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.

Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak.

Arwah ayah selalu pesan, "tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga". Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.

Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.

Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.

Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.

- Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/10/fge.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trauma Kepala Anak Naik Kutu Buat Ibu Tak Tidur Malam Siaplah Sikat Di Tangan

Trauma Kepala Anak Naik Kutu Buat Ibu Tak Tidur Malam Siaplah Sikat Di Tangan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 559 hits
Perhatikan anak anda Jika dia menggaru kepalanya dengan kerap dan bersungguh sungguh eloklah anda periksa Kalau setakat gatal kerana peluh dia tidak akan menggaru dengan kuat Mungkin di celahan rambutnya ada kutu memang menyakitkan hati ent...
Tak Mahu Anak Batuk Asyik Bergantung Pada Ubat Ibu Ini Buat Sendiri Cough Syrup Untuknya

Tak Mahu Anak Batuk Asyik Bergantung Pada Ubat Ibu Ini Buat Sendiri Cough Syrup Untuknya

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 304 hits
Anak kecil di bawah usia lima tahun jika selalu diserang batuk adalah perkara normal kerana sistem imunisasi tubuhnya masih belum kuat Tapi takkanlah kita mahu anak asyik bergantung kepada ubat saja kan Biasanya apabila anak batuk diselangi...
Identiti Mayat Dikerat Lapan Disahkan Ibu Anak

Identiti Mayat Dikerat Lapan Disahkan Ibu Anak

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 431 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
26 Tahun Berkahwin Ibu Berusia 44 Tahun Ini Bakal Lahirkan Anak Ke 22 Tahun Depan Meriahnya

26 Tahun Berkahwin Ibu Berusia 44 Tahun Ini Bakal Lahirkan Anak Ke 22 Tahun Depan Meriahnya

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 454 hits
Mesti meriah jika setiap pasangan yang berkahwin mempunyai zuriat yang ramai Pasti tak sunyi dengan keletah setiap anak yang ada Suami isteri warga Britain antara pasangan yang bertuah dan dimurahkan dengan rezeki anak yang ramai Sue Radfor...
Hanya Menunggu Masa 2 Anak Sekaligus Diuji Sakit Jantung Kronik Ibu Ini Mohon Bantuan

Hanya Menunggu Masa 2 Anak Sekaligus Diuji Sakit Jantung Kronik Ibu Ini Mohon Bantuan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 372 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang ibu muda bernama Farah Idayu apabila dua daripada tiga orang anaknya diuji dengan masalah jantung Anak kedua dan anak ketiganya juga menghadapi beb...
12 Tahun Lagi Mungkin Ibu Hamil Boleh Lahirkan Anak Di Angkasa Lepas Pakar

12 Tahun Lagi Mungkin Ibu Hamil Boleh Lahirkan Anak Di Angkasa Lepas Pakar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 398 hits
Pakar tidak tolak kemungkinan bayi pertama bakal dilahirkan di ruang angkasa lepas dalam tempoh 12 tahun akan datang Dr Egbert Edelbroek yang merupakan pengasas dan Ketua Eksekutif Spaceborn United berkata mereka sedang merancang satu misi ...
Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah

Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 473 hits
Adakalanya ketika ibu terpaksa bekerja terutamanya hujung minggu atau mempunyai tugasan lain yang tidak boleh dielakkan ayah terpaksalah turun padang menjaga anak anak yang masih kecil Sebelum ini figura bergelar ayah mungkin hanya diberika...
Sementara Mak Ada Ni Saya Nak Bagi Mak Hepi Demi Bahagiakan Ibu Anak Sanggup Beri Duit Gajinya Walaupun Tak Diminta

Sementara Mak Ada Ni Saya Nak Bagi Mak Hepi Demi Bahagiakan Ibu Anak Sanggup Beri Duit Gajinya Walaupun Tak Diminta

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 592 hits
Syukur Alhamdulillah rezeki seorang ibu mendapat anak yang baik seperti Habil di mana dia sanggup memberikan gajinya kepada ibu agar dapat digunakan untuk berbelanja untuk diri dan adik beradiknya yang lain Sementara mak ada ni saya nak bag...
Hantar Anak Ke Taska Pra Sekolah Jkm Ibu Bapa Boleh Tuntut Pelepasan Cukai Rm2 000

Hantar Anak Ke Taska Pra Sekolah Jkm Ibu Bapa Boleh Tuntut Pelepasan Cukai Rm2 000

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 447 hits
The ReporterIbu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2 000 jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan kanak kanak atau pra sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berbanding RM1 000...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Importance Of Domain Valuation

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan