Trauma Kepala Anak Naik Kutu Buat Ibu Tak Tidur Malam Siaplah Sikat Di Tangan
Perhatikan anak anda. Jika dia menggaru kepalanya dengan kerap dan bersungguh-sungguh eloklah anda periksa. Kalau setakat gatal kerana peluh, dia tidak akan menggaru dengan kuat. Mungkin di celahan rambutnya ada kutu. memang menyakitkan hati, entah dari mana berjangkit kutu.
Mungkin di taska ataupun di sekolah. jankitan kutu sangat meluas, biasanya seorang dari lima orang kanak-kanak akan dijangkiti kutu pada satu masa. Kutu tidak boleh melompat atau terbang, jadi jangkitan kutu biasanya apabila berlakunya sentuhan kepala dengan kepala. Biasanya berjangkit pada kanak-kanak kerana mereka bermain bersama atau berkongsi sikat yang sama di taska mahupun sekolah.
Artikel Menarik: {Selalu Sangat Drive Thru? Seawal Usia 6 Tahun Anak Dah Boleh Dapat Darah Tinggi}
Kutu rambut adalah parasit yang hidup dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. Jika anda dapati di rambut anak ada bintik-bintik gelap, itu mungkin kutu. Cubalah cabut salah satu darinya dan ketapkan pada kuku. Jika berbunyi bermakna ia telur yang belum menetas. Sekiranya ia hampas kosong, bermakna sudah ada kutu di atas kepala anak anda.
Saiz kutu yang sudah menetas adalah lebih kurang 1mm (sebesar kepala jarum peniti) manakala kutu dewasa bersaiz 3mm seperti kepala mancis. Jika dibiarkan, kutu akan menjadi matang dalam tempoh enam sehingga 14 hari. Dalam tempoh masa ini, kutu betina mampu bertelur lebih banyak di atas kepala.
Telur kutu berwarna putih kuning dan melekat pada rambut. Agak sukar untuk mencabutnya dari rambut dan telurnya boleh menetas dalam tempoh seinggu ke sepuluh hari. Kutu boleh hidup selama tiga minggu atas kepala dan seekor kutu betina mampu bertelur sehingga 56 biji telur sekaligus!
Sama ada dapatkan ubat kutu di farmasi kemudian selepas diletakkan di rambut, tutup seketika. Tidak lama selepas itu dapat dilihat kutu mati. Langkah paling cepat dan berkesan adalah dengan membotakkan kepala anak. Tapi kalau anak perempuan, kasihan pula! Ada beberapa kaedah lain untuk menghilangkan masalah kutu ini, Pa&Ma kongsikan untuk panduan bersama:
Artikel Menarik: {Bila ‘Bersama’, Kentut Keluar Ikut ‘Depan. Ia Mungkin Tanda Rahim Ibu Lemah}
1. SIKAT KUTU
Anda boleh mendapatkan sikat khas untuk membuang kutu. Ia mudah didapati di mana-mana kedai. Giginya rapat-rapat dan apabila disisirkan pada rambut, kutu dan telurnya akan melekat pada gigi sikat.
2. GUNAKAN KUNYIT DAN DAUN SEMAMBU
Cara ini mungkin agak sukar sedikit sebab daun semambu payah untuk dicari. Campurkan kunyit dan daun semambu yang telah ditumbuk lumat dan sapukan pada celahan rambut dan kepala anak. Biarkan selama satu jam dan bolehlah dibilas dnegan air bersih.
Artikel Menarik: {Biasalah Anak Demam. Tapi Kalau Selalu Sangat, Dah Sampai Masa Ayah Stop Merokok}
3. MINYAK ZAITUN DAN CUKA
Untuk mengatasi masalah kutu, hapuskan dahulu telurnya. Dengan mencampurkan minyak zaitun dan cuka, sapukan di atas kepala. Kemudian biarkan selama sekurang-kurangnya dua jam dan bilas seperti biasa.
4. MINYAK PATI
Banyak kegunaan minyak pati, termasuklah untuk menghapuskan serangan kutu. Campurkan lebih kurang 2 auns minyak zaitun bersama minyak pati seperti minyak daun teh, lavender, semambu, bunga cengkih, kayu manis atau peppermint (pilih salah satu jenis). Kemudian gunakan bola kapas untuk disapukan pada kulit kepala anak. Biarkan semalaman sebelum dibersihkan seperti biasa.
5. POTONG PENDEK
Rambut boleh dipotong pendek sedikit untuk anak perempuan. Lebih mudah bagi anak lelaki kerana rambut mereka boleh dicukur botak. Dengan menipiskan rambut, kutu sukar membiak dan lebih mudah untuk dihapuskan. Gunakan syampu khas untuk membunuh kutu secara konsisten sehingga ia benar-benar sudah tiada pada rambut anak anda.
Sumber: babycenter & theasianparent
The post Trauma Kepala Anak Naik Kutu, Buat Ibu Tak Tidur Malam. Siaplah Sikat Di Tangan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/trauma-kepala-anak-naik-kutu-buat-ibu-tak-tidur-malam-siaplah-sikat-di-tangan/