Faham Konsep Dulu Sebelum Nak Turunkan Berat Badan


Nak turunkan berat badan ni sebenarnya mudah jika kita faham konsep yang sihat. Tak perlu pun siksa kan diri untuk tak makan atau skip makan.

Pertama, kena tengok aktiviti harian kita. Adakah kita aktif setiap hari? Adakah kerja kita memerlukan tenaga yang banyak? Adakah kita hanya duduk sahaja di tempat kerja?

Kedua, kena lihat apa menu harian kita. Apa yang kita biasa makan dan minum setiap hari.

Ketiga, kena tengok juga kita ada aktiviti lain tak yang memerlukan tenaga yang lebih, contoh macam kita menyusu badan ke atau kita lepas kerja ada tanggungjawab lain macam pergi berkebun ke.


Konsep dia senang saja. Untuk turunkan berat badan, kalori yang keluar mesti lebih dari kalori yang masuk.

Kalori yang keluar tu maksudnya tenaga yang kita guna seharian. Sebab tu tak semua orang sama sebab kerja kita, aktiviti kita tak sama. Ada orang yang kerja kuat contoh orang kerja buat bangunan, ada orang sedentari je macam sayalah hanya duduk di klinik dan tak banyak tenaga guna.

Err kalau tembak waterjet tak dikira sebab kalau setakat sekali je buat, itu bukanlah rutin, melainkan yang menjadi suri rumah, di mana setiap mana ada saja benda nak buat, bersih rumah la, masak la, kejar anak la.

Menu harian pun tak sama setiap orang.

Nampak macam rumit tapi sebenarnya mudah, cuma perlu kesabaran dan kekuatan diri terutama dari segi mental :
saya nak turunkan berat badan sebab saya nak sihat, saya nak turunkan berat badan sebab saya nak jadi cantik supaya nanti suami saya tak pandang perempuan lain, saya nak turunkan berat badan supaya saya mudah untuk solat, saya nak turunkan berat badan supaya nanti saya tak sakit lutut yada yada yada.

Bagaimana nak mula? Pertama kali, buang atau kurangkan dulu makanan/minuman manis dan fast foods serta jajan. Letak jauh jauh, jangan ambil dah. Kalau rasa susah, boleh kurangkan kuantiti dulu.

Kedua, mulakan dengan menyusun makanan dalam pinggan. Susun kat sini bukanlah bermaksud susun cantik cantik pun, susun ikut apa yang badan perlu setiap hari dan setiap menu besar : kena ada sumber karbohidrat, protein dan serat. Maksudnya, makan pagi, tengah hari, petang, pastikan ada semua ini. Kuantiti adalah suku karbo, suku protein, separuh serat.

Bunyi macam boring tapi kalau buat dengan betul, inshaAllah sangat membantu. Suku tu sama dengan segengam tangan kita, separuh tu ada sebesar tapak tangan kita.

Snek di antara makan utama, boleh pilih yang simple je contoh buah ke, biskut 2-3 keping ke atau salad.

Kemudian, latih diri untuk bersenam at least 3 kali seminggu. Tak perlu pergi jauh, dalam rumah pun boleh. Belajar dekat youtube atau boleh saja nak lompat bintang ka joging setempat ka atau kayuh basikal. Janji buat dan keluar peluh.

Kerja rumah dan kerja harian tak sama dengan bersenam ye.

Yang terakhir, tukarlah semua minuman menjadi air kosong sebab air kosong tak ada kalori, tak kira sejuk atau panas.

Mula mula memang nampak semua yang saya taip ini payah tapi jika kita tak mula, sampai ke sudah kita tidak tahu. Cari kawan yang boleh support kita untuk turunkan berat badan atau sama sama boleh turunkan berat badan.

Tak perlu diet melampau sampai tak makan itu ini, sampai nak kena puasa lama lama sehingga boleh jadi gastrik, sampai stress sebab tak berjaya turun sekian sekian kilo.

Sabar. Penurunan berat badan yang bagus tak perlu mendadak pun. Yang penting kita selesa dan boleh istiqomah. Enjoy the journey okay.

Dan, yang paling penting adalah jangan tiru sesiapa atau cuba nak jadi seperti orang lain. Do it on your own pace and peace. Kita nak dapatkan berat ideal sebab kita nak sihat, bukan sebab kita nak menunjuk. Bersihkan hati dan niat kita, tuan puan.

InshaAllah kita semua boleh jadi ideal dengan cara yang sihat.

Be happy,be healthy and be wealthy!

Kredit : Dr. Erna Nadia
Berat53kg, tinggi 159cm.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2021/12/faham-konsep-dulu-sebelum-nak-turunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diet Militari 3 Hari Boleh Turunkan 5 Kilo Berat Badan Dalam Masa Seminggu Mama Boleh Cuba

Diet Militari 3 Hari Boleh Turunkan 5 Kilo Berat Badan Dalam Masa Seminggu Mama Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 246 hits
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat maka diet militari 3 hari mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk tujuan itu Namun mendengarkan namanya yang agak lasak itu ramai yang takut untuk mencuba kerana khuatir te...
Ibu Menyusu Boleh Berdiet Turunkan Berat Badan Ke

Ibu Menyusu Boleh Berdiet Turunkan Berat Badan Ke

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 236 hits
IBU MENYUSU BOLEH BERDIET TURUNKAN BERAT BADAN KE Boleh Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby 1 Mulakan selepas baby berumur 2 3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelu...
Cara Turunkan Berat Badan 13kg Tanpa Pil Kurus Hanya Kawal Makan

Cara Turunkan Berat Badan 13kg Tanpa Pil Kurus Hanya Kawal Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 367 hits
Cara Turunkan Berat Badan 13kg Tanpa Pil Kurus Hanya Kawal Makan Jujurlah Cikza dah cuba macam macam cara nak turunkan berat badan Tapi semuanya menjadi lepastu berat naik mendadak Yang tu Cikza tak suka Awal tahun semua orang punya peranca...
Teringin Nak Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya Budak Hidap Penyakit Jantung Terbalik Sering Sesak Nafas Keletihan

Teringin Nak Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya Budak Hidap Penyakit Jantung Terbalik Sering Sesak Nafas Keletihan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 199 hits
Seorang kanak kanak berusia sembilan tahun Mohd Adam Amsyar disahkan menghidap penyakit jantung terbalik menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan Bapanya Abd Rahman Ahmad 47 berkata anaknya disahkan menghidap penyakit itu ...
Asyik Nak Makan Je Walaupun Baru Dah Makan Makanan Berat Ini Punca Yang Mama Wajib Tahu

Asyik Nak Makan Je Walaupun Baru Dah Makan Makanan Berat Ini Punca Yang Mama Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 205 hits
Gangguan makan boleh berlaku kepada seseorang individu tanpa mereka sedari Antara gangguan pemakanan yang boleh berlaku ialah anorexia nervosa bulimia nervosa dan binge eating Anda mungkin terkejut adakah binge eating juga diklasifikasikan ...
Fikir Dulu Sebelum Bercakap Niat Baik Tapi Teguran Dengan Cara Mencarut Dilarang Syarak

Fikir Dulu Sebelum Bercakap Niat Baik Tapi Teguran Dengan Cara Mencarut Dilarang Syarak

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 193 hits
Fikir Dulu Sebelum Bercakap Niat Baik Tapi Teguran Dengan Cara Mencarut Dilarang Syarak MULUT merupakan salah satu anggota badan yang sangat penting dalam hidup manusia Pada hari kiamat nanti mulut yang mampu bercakap ini akan dikunci oleh ...
Berat Badan Naik Mendadak Hingga 15 Kg

Berat Badan Naik Mendadak Hingga 15 Kg

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 203 hits
Berat badan naik mendadak hingga 15 kg Menyertai kumpulan sokongan dapat membantu individu sentiasa berfikiran positif dan rasional terutama dalam mengharungi situasi pandemik COVID 19 Kumpulan sokongan berperanan sama seperti rakan yang da...
20 Jenis Makanan Sehat Penambah Berat Badan Dijamin Efektif Dream Co Id Cara Efektif Menambah Berat Badan

20 Jenis Makanan Sehat Penambah Berat Badan Dijamin Efektif Dream Co Id Cara Efektif Menambah Berat Badan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 207 hits
Hallo bertemu kembali pada kali ini akan membawa pembahasan mengenai cara efektif menambah berat badan 20 Jenis Makanan Sehat Penambah Berat Badan Dijamin Efektif Dream co id simak selengkapnya Ilustrasi Merasa badan terlalu kurus dan jauh ...
8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 163 hits
Hi berjumpa kembali sesi kali ini akan membawakan mengenai cara efektif diet 8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan simak selengkapnya Banyak orang yang cecap kesulitan menurunkan beban badan padahal sebenarnya ada berbagai cara encer menurunk...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas