Teringin Nak Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya Budak Hidap Penyakit Jantung Terbalik Sering Sesak Nafas Keletihan




Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Mohd Adam Amsyar, disahkan menghidap penyakit jantung terbalik (Mitral Valve Atresia) menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan. 


Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia tujuh tahun dan pakar menjangkakan hayatnya tidak panjang. Penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesakit (termasuk Mohd Adam Amsyar) yang menghidap penyakit itu di negara ini. 


"Penyakit jantung terbalik adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya menjadi kebiruan. 


"Apa yang lebih membuatkan saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya. 


"Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaganya dengan betul, terutama jangan membiarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya," katanya. 


Abd Rahman yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak bongsunya itu yang memerlukan penjagaan rapi. Dalam masa yang sama, mereka mengalami masalah kewangan dan tidak mampu membelikan susu formula khas yang disarankan doktor pakar untuk meredakan kesakitannya. 


Meskipun menerima bantuan asnaf Baitulmal RM500 sebulan, Abd Rahman enggan berpeluk tubuh begitu sahaja, malah dia sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan seperti memotong rumput di sekitar kampung.


"Adam kerap mengalami sesak nafas dan kemudian tubuhnya kebiruan menyebabkan saya risau. Saya kena sentiasa berada di sisinya supaya dapat menghantarnya mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan. Saya juga risau meninggalkan Adam bersama kakaknya berusia 11 tahun kerana mereka berdua masih kecil," katanya. 


Sementara itu, Mohd Adam Amsyar menyatakan dia amat menyayangi bapanya itu yang sentiasa berusaha menggembirakan hatinya walaupun mereka hidup dalam keadaan susah. 


"Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari wang untuk bawa saya. Kalau tak pergi Legoland pun tak apa sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya," katanya. 


Bagi meringankan bebanan keluarga itu, Yayasan Sultanah Fatimah menghulurkan bantuan RM5,000 bagi membeli susu formula khas untuk jantungnya, bagi tempoh setahun. Selain itu, yayasan berkenaan juga memberi bantuan barang keperluan harian. 


Pengerusi yayasan berkenaan, Penasihat Menteri Besar Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pihaknya akan terus memantau keluarga Abd Rahman bagi memastikan keperluan Adam termasuk perbelanjaan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, yang perlu dilakukan dua kali sebulan. 


Susulan kisah Adam itu disiarkan Harian Metro, ramai individu menawarkan diri untuk menunaikan impian kanak-kanak berkenaan ke Legoland. Pihak Legoland juga mengambil maklum mengenai perkara itu dan menawarkan diri untuk menunaikan impian kanak-kanak berkenaan. 


"Legoland Malaysia terharu membaca kisah Mohd Adam Amsyar dan mahu menunaikan impiannya. Kami sedang memproses beberapa butiran lanjut termasuk SOP berikutan keadaannya yang tidak boleh berjalan jauh dan cepat letih. 


"InsyaAllah impian adik Mohd Adam Amsyar akan kami tunaikan dalam masa terdekat," kata wakil taman tema berkenaan. 


Abd Rahman yang dihubungi berkata, dia terharu apabila mendapati ramai individu dan pihak mahu membantu menunaikan hasrat anak bongsunya itu. Namun dia menjelaskan tidak berniat mahu meminta simpati atau bantuan, tetapi ingin berkongsi mengenai kisah mengenai anaknya itu. 


"Saya terharu dan segan sebenarnya. Saya bukan mahu meraih simpati dan mahu bantuan dengan menceritakan penyakit Adam tetapi lebih kepada berkongsi kisahnya. 


"Wakil Legoland Malaysia juga baru menghubungi saya, memaklumkan mahu membawa keluarga ke taman tema itu dalam masa terdekat. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi tuan-tuan semua," katanya sebak. 


Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2021/12/teringin-nak-ke-legoland-sebelum-akhir.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2021/12/teringin-nak-ke-legoland-sebelum-akhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Nak Rasa Sos Sebelum Disaji Ke Pelanggan Penjaja Buka Mask Beberapa Saat Dikompaun Rm900

Niat Nak Rasa Sos Sebelum Disaji Ke Pelanggan Penjaja Buka Mask Beberapa Saat Dikompaun Rm900

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 245 hits
Akibat membuka pelitup muka walaupun hanya beberapa saat bagi merasa sos buatannya sendiri penjaja nasi itik di Pasar Geylang Bahru Singapura dikenakan kompaun oleh penguatkuasa yang bertugas Mengambil petikan dari Siakap Keli penjaja yang ...
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung

Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 204 hits
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit JantungMakanan tinggi gula telah dikaitkan dengan peningkatan risiko banyak penyakit termasuk penyakit jantung punca kematian nombor satu di seluruh dunia Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa maka...
Apa 6 Penyakit Yang Menimpa Umat Akhir Zaman

Apa 6 Penyakit Yang Menimpa Umat Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 285 hits
APA 6 PENYAKIT YANG MENIMPA UMAT AKHIR ZAMAN 1 Terlalu banyak bersukaria 2 Terlalu mewah 3 Mengumpulkan harta sebanyak mungkin 4 Penipuan dalam merebut harta benda dunia 5 Saling memarahi 6 Dengki mendengki sehingga menzalimi antara satu sa...
Sebelum Keluar Arwah Cium Anak Anak Pernah Beritahu Nak Cari Kerja Lain

Sebelum Keluar Arwah Cium Anak Anak Pernah Beritahu Nak Cari Kerja Lain

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 229 hits
Sebelum keluar bekerja arwah suami sempat memberi ciuman kepada anak kami Nurhannan Fitrysha 3 dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan Itulah kenangan terakhir anak bersama arwah ayahnya Menurut Nor Shahida Saidin arwah suami...
Nak Mak Teringin Nak Pakai Telekung Ustaz Kazim

Nak Mak Teringin Nak Pakai Telekung Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 285 hits
Nak Mak Teringin Nak Pakai Telekung Ustaz Kazim Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Takkan Nak Teruskan Hubungan H4ram Depan Budak Umur Lima Tahun Rupa Rupanya Pertanyaan Anak Tiri Jent1k Hati Ariz Ramli

Takkan Nak Teruskan Hubungan H4ram Depan Budak Umur Lima Tahun Rupa Rupanya Pertanyaan Anak Tiri Jent1k Hati Ariz Ramli

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 258 hits
PENYANYI rap Ariz Ramli atau Caprice mended4hkan hatinya terbuka untuk berkahwin dengan Farra Inalis selepas ditanya oleh anak wanita itu Aleesya Sofea Ariz 33 berkata pertanyaan kanak kanak berusia lima tahun itu tentang ikatan yang sah be...
Hiburan Sedih Orang Masih Ingat Dirinya Hilang Ingatan Zaiton Sameon Teringin Nak Buat Comeback Dalam Bidang Hiburan

Hiburan Sedih Orang Masih Ingat Dirinya Hilang Ingatan Zaiton Sameon Teringin Nak Buat Comeback Dalam Bidang Hiburan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 249 hits
Ingatan saya dah makin okey begitulah luahan penyanyi veteran yang mengatakan dirinya agak terkilan apabila masih dianggap mempunyai masalah kesihatan sehingga kini Penyanyi lagu popular Menaruh Harapan ini dalam pada itu turut menyimpan ha...
Baru Nak Apply Harith Iskander Teringin Nak Jadi Pa Datuk Seri Vida Tapi Netizen Kata Harith Pvcuk Tua

Baru Nak Apply Harith Iskander Teringin Nak Jadi Pa Datuk Seri Vida Tapi Netizen Kata Harith Pvcuk Tua

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 551 hits
Baru baru ini kec0h di laman sosial apabila usahawan popular Datuk Seri Vida memuat naik status mencari seorang pembantu peribadi atau PA Sungguhpun gaji bulanan yang ditawarkan berjumlah RM10 000 sebulan namun kriteria lain yang perlu ada ...
Kerap Letih Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi Bahaya Untuk Kesihatan

Kerap Letih Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi Bahaya Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 193 hits
Sepanjang kehamilan pelbagai kesukaran akan dialami oleh wanita yang sedang sarat hamil Ini ekoran pelbagai perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan mereka Anemia semasa hamil adalah antara masalah kesihatan paling kerap dialami ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord