Berat Badan Naik Mendadak Hingga 15 Kg



Berat badan naik mendadak hingga 15 kg
Menyertai kumpulan sokongan dapat membantu individu sentiasa berfikiran positif dan rasional terutama dalam mengharungi situasi pandemik COVID-19.
Kumpulan sokongan berperanan sama seperti rakan yang dapat membantu dalam pelbagai permasalahan.
Ibu kepada empat anak, Leny Adam, 46, mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi pandemik COVID-19 membuka mindanya mengenai kepentingan kumpulan sokongan.
Katanya, pada PKP lalu, beliau berdepan pelbagai kesukaran, namun berjaya bangkit semula dengan bantuan kumpulan sokongan yang baru dikenali.
Pada mulanya, beliau beranggapan PKP yang diumumkan pada Mac tahun lalu masa terbaik meluangkan masa bersama keluarga.
Namun, katanya selepas hampir sebulan berkurung dalam rumah, mula rasa terbeban kerana selain perlu menguruskan rumah tangga, sebagai seorang pengurus pemasaran, beliau juga perlu bekerja dari rumah.
“Tekanan bertambah apabila sentiasa memikirkan bila pandemik akan berakhir kerana sudah tidak mampu menanggung beban dilalui.
“Apabila masuk bulan ketiga, tiba-tiba pada suatu pagi saya merasa seperti takut dan badan berpeluh, sedih sehingga menangis. Saya enggan keluar bilik langsung.
“Kemudian menelefon doktor untuk mendapatkan nasihat dan dimaklumkan saya terlalu banyak berfikir hingga jadi begini,” katanya.
Leny yang juga pemilik syarikat, Bigdale Services & Marketing berkata, doktor kemudian menasihatinya supaya mengambil angin di luar dengan berjalan atau berjoging dan ketika itu kebetulan diberi kelonggaran berbuat demikian.
Katanya, sejak itu setiap pagi beliau akan berjoging di kawasan rumah dan akui fikirannya menjadi lebih tenang.
“Mujur saya cepat mendapatkan nasihat pakar, jika tidak sudah pasti keadaan tambah teruk,” katanya.
Lebih membimbangkan, berat badannya naik mendadak sehingga 15 kilogram (kg), iaitu melebihi 80 kg dalam tempoh lima bulan, membuatkannya kembali resah.
Beliau kemudian berjumpa seorang rakannya menyertai satu kumpulan yang menyediakan program menurunkan berat badan.
“Saya sempat mengikuti kelas itu secara fizikal selama beberapa minggu sebelum PKP disambung semula.
“Saya menukar gaya hidup dan pemakanan. Kini selepas lebih setahun saya berjaya menurunkan semula berat badan kepada asal.
“Malah, saya berasa lebih sihat mental dan fizikal serta sentiasa bertenaga,” katanya.
Leny berkata, menariknya kelas disertainya menjadi kumpulan sokongan terbaik sebagai platform berkongsi pelbagai masalah dihadapi.
“Dengan berkongsi masalah dan saling membantu ia dapat mengurangkan beban masalah yang ada dan mengeratkan hubungan.
“Selain bertemu, kami juga turut mengadakan aktiviti bersama di luar seperti mengikuti pelbagai aktiviti lasak diadakan,” katanya.
Beliau berkata, dengan kumpulan sokongan secara tidak langsung dapat memperkasakan semula kedudukan wanita.
“Saya bersyukur menemui kumpulan sokongan ini walaupun tujuan asal menyertai kerana mahu menurunkan berat badan, namun kini kami sentiasa membantu antara satu sama lain.
“Sekarang ini, setiap daripada kami turut mencari dan membantu rakan lain yang berdepan masalah dan berusaha membantu mengikut keperluan mereka.
“Antaranya kami bantu dari segi kewangan kerana ada yang terkesan akibat pandemik ini,” katanya.
Leny berkata, beliau bersyukur seisi keluarga memberi sokongan mengikuti kelas itu.
Kini anak-anaknya juga sering mengingatinya supaya tidak culas bersenam.
“Apa yang membuatkan keluarga menyokong kerana mereka melihat perubahan pada diri saya sekarang lebih rasional dan toleransi kerana mental dan fizikal semakin sihat,” katanya.
Justeru katanya, orang ramai terutama wanita yang mempunyai sebarang masalah, perlu berusaha mencari rakan atau kumpulan sokongan yang betul supaya masing-masing mendapat manfaat daripadanya. BH
Berat badan naik mendadak hingga 15 kg
Baca Artikel Menarik :
Mereka bersenjata dan curi barang elektrik – bos Mydin Anak Malaysia cipta robot pembantu pembedahan Banjir: Nilai hartanah Lembah Klang mungkin menurun Tan sri tak bayar gaji selama 12 tahun – Amah Pasangan curang boleh disaman – peguam Stail rambut sikat tepi tak salah, yang salah… Reza Hasbi beri penjelasan mengenai love bite di lehernya (Video) Nama Hanafi Popular Kerana Kecurangannya Didedahkan [VIDEO] Shila Amzah dah fail cerai tapi suami…. Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu Walau kena libas, aksi menyelamat tetap diteruskan Layari Laman Facebook MYKMU</a
Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

The post Berat badan naik mendadak hingga 15 kg appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/23/berat-badan-naik-mendadak-hingga-15-kg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umur Dah Cecah 14 Bulan Tapi Berat Badan Masih 8kg Doktor Dedah Rupanya Pemakanan Salah

Umur Dah Cecah 14 Bulan Tapi Berat Badan Masih 8kg Doktor Dedah Rupanya Pemakanan Salah

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 224 hits
Semua orang sayang anak Tiada orang yang tidak sayang anak Ada anak yang patuh ada anak yang agak degil Namun itu tidak mengurangkan rasa sayang kita pada anak Bukan sekali melihat seorang kanak kanak yang datang secara emergency ke klinik ...
Ibu Menyusu Boleh Berdiet Turunkan Berat Badan Ke

Ibu Menyusu Boleh Berdiet Turunkan Berat Badan Ke

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 235 hits
IBU MENYUSU BOLEH BERDIET TURUNKAN BERAT BADAN KE Boleh Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby 1 Mulakan selepas baby berumur 2 3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelu...
Berat Cecah 90kg Masa Hamil Suami Sanggup Dukung Naik Tingkat 5 Sebab Gout

Berat Cecah 90kg Masa Hamil Suami Sanggup Dukung Naik Tingkat 5 Sebab Gout

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 229 hits
Setiap perkahwinan pastinya mengharapkan kehadiran anak sebagai pelengkap hidup Namun andai kata Allah uji itu tandanya DIA sayang kita Sama ada cepat atau lambat kehadiran anak dalam hidup semua tu rezeki Allah Kisah yang dikongsikan oleh ...
Faham Konsep Dulu Sebelum Nak Turunkan Berat Badan

Faham Konsep Dulu Sebelum Nak Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 235 hits
Nak turunkan berat badan ni sebenarnya mudah jika kita faham konsep yang sihat Tak perlu pun siksa kan diri untuk tak makan atau skip makan Pertama kena tengok aktiviti harian kita Adakah kita aktif setiap hari Adakah kerja kita memerlukan ...
Resipi Cheese Cake Baby Sesuai Untuk Naikkan Berat Badan Anak Ringkas Sedap

Resipi Cheese Cake Baby Sesuai Untuk Naikkan Berat Badan Anak Ringkas Sedap

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 224 hits
Sama seperti kita orang dewasa anak juga mahukan makanan penuh rasa yang sedap dan enak untuk mereka Pun begitu kandungan gula dan garam sememangnya wajib dijaga ketika anak masih bayi Elakkan penambahan dua bahan ini sebelum usia 2 tahun A...
Diet Militari 3 Hari Boleh Turunkan 5 Kilo Berat Badan Dalam Masa Seminggu Mama Boleh Cuba

Diet Militari 3 Hari Boleh Turunkan 5 Kilo Berat Badan Dalam Masa Seminggu Mama Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 246 hits
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat maka diet militari 3 hari mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk tujuan itu Namun mendengarkan namanya yang agak lasak itu ramai yang takut untuk mencuba kerana khuatir te...
Penoreh Getah Dihukum Penjara 5 Tahun Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak Hidung

Penoreh Getah Dihukum Penjara 5 Tahun Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak Hidung

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 225 hits
WARTA RAKYAT SEORANG penoreh getah yang menumbuk muka isteri hingga koyak hidung wanita dihukum penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Fa...
Bmkg Hari Ini Waspadai Hujan Sedang Hingga Lebat Disertai Angin Kencang

Bmkg Hari Ini Waspadai Hujan Sedang Hingga Lebat Disertai Angin Kencang

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 195 hits
Sedangkan potensi hujan sedang hingga lebat dapat terjadi di Bali Banten Bengkulu Gorontalo Jambi Jawa Timur Kalimantan Selatan Kalimantan Tengah Kalimantan Utara
7 Potret Keseruan Gading Marten Dan Gempi Main Atv Di Bali Lewati Sungai Hingga Gua

7 Potret Keseruan Gading Marten Dan Gempi Main Atv Di Bali Lewati Sungai Hingga Gua

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 180 hits
Gading Marten menghabiskan momen libur akhir tahun bersama sama sang anak Gempi Gading dan Gempi memilih Bali sebagai destinasi liburan akhir tahun Tak hanya menikmati pantai Gading mengajak sang anak main ATV Ini potret keseruan Gading dan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy