Enjin Kereta Proton Persona Tak Boleh Start Bunyi Tak Tak Tak
Pada hari Isnin, 21 Oktober tiba-tiba sahaja kereta Proton Persona 2008 transmisi manual kami tidak dapat dihidupkan enjinnya.
Ada bunyi engkol (crank) enjin sedikit sebelum disudahi dengan bunyi tak tak tak.
Melalui rujukan antarabangsa, enjin kereta Proton Persona tidak dapat dihidupkan dan disertai bunyi tak tak adalah berpunca daripada masalah pada bateri tersebut. Tetapi bukan bateri sahaja boleh menjadi punca masalah kepada enjin tak boleh start dan berbunyi tak tak, masalah pemula (starter) enjin juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama.
Bagi memastikan bahawa masalah sebenar adalah pada bateri dan bukan pada engine starter, Master telah meminjam kabel jumper milik Pak Lang Epul untuk jump start (hidup lompat) enjin kereta Proton Persona tersebut.
Jump Start Enjin Kereta Proton PersonaJump start secara umumnya adalah kaedah menghidupkan enjin kereta menggunakan bantuan bateri kereta lain menggunakan kabel jumper yang dihubungkan di antara dua kereta.
Sebelum jump start enjin kereta Proton Persona, Master telah mengkaji banyak sumber melalui YouTube dan laman web, jadi di bawah ini adalah teknik jump start yang telah Master guna pakai untuk hidupkan enjin kereta Proton Persona. Malahan teknik ini adalah teknik yang dicadangkan oleh PROTON untuk mengelakkan kerosakan kepada kereta.
Ya, jump start kereta boleh merosakkan kereta yang dihidupkan malahan kereta penderma! Kereta penderma ialah kereta yang kita pinjam baterinya untuk hidupkan enjin kereta yang mati (penerima).
Turutan memasang kabel jumper dan jump start kereta yang baterinya mati.
Pastikan enjin kereta penderma dimatikan dan kunci kereta dicabut!Pasang kabel positif (merah) pada bateri kereta yang mati.Pasang kabel positif (merah) pada bateri kereta penderma.Pasang kabel negatif (hitam) pada bateri kereta penderma.Pasang kabel negatif (hitam) pada blok enjin kereta yang mati. Ya, pasang pada blok enjin atau pada bahagian besi yang terdedah pada kereta, tetapi pastikan bahagian itu tiada barangan elektronik seperti kabel, dan pastikan ia jauh dari kawasan mudah terbakar.Hidupkan enjin kereta yang mati itu.Jika tak boleh hidup, cuba tukar lokasi kabel negatif (hitam) pada kereta penerima.Cabut kabel jumper mengikut turutan yang akan dijelaskan di bawah.Turutan semasa mencabut kabel jumper. Secara amnya cabut secara berlawanan dengan turutan semasa memasang kabel jumper tadi.
Cabut kabel negatif (hitam) dari blok enjin kereta penerima.Cabut kabel negatif (hitam) dari bateri penderma.Cabut kabel positif (merah) dari bateri penderma.Cabut kabel positif (merah) dari bateri penerima.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/10/enjin-kereta-proton-persona-tak-boleh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29