Wong Yan Ke Boleh Ambil Transkrip Ijazah Um


Kuala Lumpur : Graduan kejuruteraan Wong Yan Ke yang membawa plakad bantahan ke pentas semasa istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) pada 14 Okt lepas telah dimaklumkan yang beliau boleh mengambil transkrip ijazahnya pada bila-bila masa bermula semalam (18 Okt).
Pengerusi Lembaga UM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim hari ini dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihak Universiti tidak menahan skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah graduan terbabit.
Pengedaran skrol dan transkrip akademik secara berpusat dilakukan mulai 12 hingga 20 Okt dengan graduan juga boleh mengakses serta mencetak skrol dalam talian melalui sistem graduand.um.edu.my mulai 21 Okt.
Beliau berkata sementara universiti itu menghormati hak dan prinsip kebebasan bersuara setiap individu yang bernaung di bawahnya, dalam melaksanakan kebebasan itu mereka perlu menghormati hak orang lain juga.
Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata pihak UM berpandangan bahawa perbuatan bantahan graduan itu tidak menghormati Istiadat dan mencemarkan majlis dengan tindakan beliau juga tidak menghormati graduan yang diraikan serta ibu bapa serta para tetamu yang hadir.
Lembaga Pengarah Universiti amat kesal dengan kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada para graduan, ibu bapa dan tetamu jemputan atas gangguan kepada majlis, katanya.
Semasa istiadat konvokesyen itu, Wong membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti itu meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’.
Ia dipercayai ditujukan kepada naib canselor universiti itu yang menurut graduan itu telah menggunakan nama UM untuk politik kaum dan kepentingan parti semasa Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) UM pada 6 Okt lepas.
Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata sejajar dengan matlamat universiti serta prinsip yang didukung, pihak pengurusan universiti akan lebih berhati-hati dan melaksanakan ketelitian wajar yang lebih ketat serta dinamik agar program yang disertai UM di masa depan mempertimbangkan semua aspek kepentingan negara.
Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Datuk Hj Noordin Abd Razak berkata PAUM dengan sekeras-kerasnya mengecam tindakan bantahan graduan itu yang jelas tidak menghormati serta mengganggu protokol dan kelancaran majlis.
PAUM juga bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak UM dengan membuat laporan polis berhubung insiden itu supaya tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/19/wong-yan-ke-boleh-ambil-transkrip-ijazah-um/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarik Balik Ijazah Wong Yan Ke Bercanggahan Dengan Perlembagaan Um

Tarik Balik Ijazah Wong Yan Ke Bercanggahan Dengan Perlembagaan Um

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 770 hits
Oleh TARIK BALIK IJAZAH BIAR BETUL Sejak semalam viral isu Wong Yan Ke protes semasa Convo UM UM keluar statement mengatakan laporan polis telah dibuat Hari ni keluar pula satu petisyen mendesak UM untuk tarik balik ijazah Wong Yan Ke Aku t...
Wong Yan Ke Perlu Ke Tidak Tahan Ijazah

Wong Yan Ke Perlu Ke Tidak Tahan Ijazah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 520 hits
Isu kurang ajar seorang graduan dari UM yang bernama Wong Yan Ke telah menimbulkan isu rasist dan kurang ajar di dalam majlis rasmi semasa acara konvokesyen di jalankan Di sebabkan hal yang kurang ajar tersebut satu petisyen telah di laksan...
Wong Yan Ke Rba Dap Biadab Bawa Mesej Yang Cukup Jelas Pada Semua

Wong Yan Ke Rba Dap Biadab Bawa Mesej Yang Cukup Jelas Pada Semua

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 649 hits
Mahasiswa biadab Wong Yan Kee yang membawa plakad di atas pentas utama dan di hadapan VVIP yang menuntut Naib Canselor Datuk Dr Abdul Rahim Hashim letak jawatan semasa Konvokesyen UM berlangsung memberikan kita mesej yang sangat jelas Dalam...
Pegawai Penyelidik Pas Selar Wong Yan Ke Biadap Kaitkan Dengan Dap

Pegawai Penyelidik Pas Selar Wong Yan Ke Biadap Kaitkan Dengan Dap

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 431 hits
Oleh Siapa Yang Biadab Perbuatan biadab mahasiswa UM Wong Yan Ke di atas pentas konvokesyen dengan membuka plakad dan melaungkan Tolak rasis Undur VC Ini Tanah Malaysia telah dikecam oleh banyak pihak Ironinya perbuatan biadab itu dibela da...
Ambil Tindakan Tegas Wong Yan Kee Biadap Kurang Ajar

Ambil Tindakan Tegas Wong Yan Kee Biadap Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 510 hits
Biadab dan kurang ajar demikian bidas Pengerusi Biro Profesional Muda Suara Anak Muda 1Malaysia Aiman Ja apar berhubung satu klip video graduan Wong Yan Ke yang mencemari kelancaran Konvokesyen Universiti Malaya semalam Tegasnya tindakan Wo...
Kongres Maruah Melayu Punca Wong Yan Ke Zahirkan Protes Atas Pentas Konvokesyen

Kongres Maruah Melayu Punca Wong Yan Ke Zahirkan Protes Atas Pentas Konvokesyen

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 660 hits
Oleh TolakRasis UndurVCKENAPA SAYA MENGANGKAT PLACARD DI ATAS PENTAS SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN Saya telah membuat keputusan untuk menunjukkan placard pada majlis konvokesyen hari ini sebagai bantahan sekeras kerasnya terhadap ucapan Naib Ca...
Um Tidak Boleh Tarik Ijazah Pelajar Begitu Mudah Hakam Sanggah Majlis Profesor

Um Tidak Boleh Tarik Ijazah Pelajar Begitu Mudah Hakam Sanggah Majlis Profesor

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 259 hits
Kumpulan hak asasi menolak cadangan Majlis Profesor Negara bahawa Universiti Malaya berhak menarik balik atau menggantung ijazah seorang graduan yang membuat protes semasa majlis konvokesyennya dengan berkata cadangan itu salah dari segi un...
Peguam Kontroversi Tegur Perangai Wong Yan Ke Protes Tak Tengok Tempat

Peguam Kontroversi Tegur Perangai Wong Yan Ke Protes Tak Tengok Tempat

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 988 hits
Oleh Dik kebebasan bersuara tu memang hak kau Kau nak bersuara suprano macam Ning Baizura ke whistle register macam Kak Yah Carey ke takpa Kau nak menyalak macam anjing kurap pun takda sapa nak pertikaikan sebab yang bersuara tu kau Lantak ...
Kita Tunggu Respon Wong Yan Ke Ni Nak Debat Ker Tak

Kita Tunggu Respon Wong Yan Ke Ni Nak Debat Ker Tak

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 365 hits
Sambil mempertahankan tindakan Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Dr Abdul Rahim Hashim ketika menyampaikan ucapan dalam Kongres Maruah Melayu baru baru ini seorang aktivis muda dari Johor tampil membuat pelawaan menarik Aktivis Muda Joh...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop