Enggan Bersekongkol Dengan Kluster Mahkamah Punca Muhyiddin Dijatuhkan


satuberita.my
By Admin-February 17, 2022
Muhyiddin selepas berucap di Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh PRN Johor di perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing, malam iniOleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

TAN Sri Muhyiddin Yasin mendedahkan, sokongan UMNO terhadap kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memberitahu, agenda tersebut terbongkar selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan beliau di rumahnya membawa fail.

“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawak satu fail bertimbun-timbun (dokumen).

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawak pada saya, dia kata, Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolongla, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).

“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh PRN Johor di perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing, malam ini.

Turut hadir Presiden Gerakan yang juga Timbalan Pengerusi PN, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Ketua Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad.

Bercerita lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menolong Zahid sekali gus tidak mahu mencampuri urusan mahkamah.

“Saya kata ‘sorry’, saya punya pendirian dalam soal mahkamah, mahkamah adalah satu badan kehakiman yang besar dan saya tidak boleh campur tangan walaupun saya Perdana Menteri. Saya kata saya tidak boleh bebaskan dia, saya tidak boleh buat begitu tuan-tuan.

“Mana boleh buat begitu saya beritahu dia, ini soal mahkamah, tidak boleh buat begitu, pergi ke mahkamah (kalau tidak bersalah) bebaslah kau. Rupanya dia marah dan tidak berpuas hati,” katanya.

Selepas itu katanya, Zahid menghantar beberapa wakilnya untuk memujuknya supaya kes beliau ditangguh atau dilambat-lambatkan tetapi permintaan tersebut tidak dilayannya.

Beliau tidak boleh masuk campur kes mahkamah apatah lagi kes itu melibatkan jumlah jutaan ringgit dan berpendirian sesiapa pun yang melakukan kesalahan walaupun sekecil mana pun perlu diadili.

Muhyiddin menyangkakan hanya Zahid yang mahu meminta pertolongan ‘menyelesaikan’ kes mahkamah tetapi terkejut apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut datang mengunjunginya.

“Satu hari bos awak, bos awak siapa bos dia, bosku, malu apa bosku, malu apa bosku tak malu. Bosku datang ke pejabat saya beri penghormatan sebagai Perdana Menteri, dalam cerita punya cerita, dia cerita juga kes mahakmah.

“Kalau boleh minta saya keluarkan (bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal) Sri Ram, suruh saya buang Sri Ram (yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib melibatkan 1Malaysia Development Bhd).

“Mana boleh, saya tidak akan buat macam itu, (dia) marah lagi, akhirnya dalam tempoh beberapa bulan kedudukan kerajaan yang awal-awal ok dah jadi macam tak berapa ok, bergoyang-goyang,” katanya dan kedua-dua pemimpin tersebut selepas itu dikenali sebagai ‘kluster mahkamah’

– SB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/enggan-bersekongkol-dengan-kluster.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 205 hits
freemalaysiatoday com February 11 2022 4 35 PMBekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata satu cara untuk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional pada PRN Johor PETALING JAYA Bekas Perdana ...
Kasihan Muhyiddin Tiada Modal Kluster Mahkamah Bertanding Pun Tidak

Kasihan Muhyiddin Tiada Modal Kluster Mahkamah Bertanding Pun Tidak

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 177 hits
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai individu ketandusan kecerdasan kerana terus menyerang pemimpin Umno yang digelarnya kluster mahkamah sedangkan tiada seorang pun bertanding dalam pilihan raya neg...
Apakah Warga Johor Sudah Tidak Waras Untuk Mengizinkan Kroni Kluster Mahkamah Dan Banduan Untuk Urus Negeri Johor

Apakah Warga Johor Sudah Tidak Waras Untuk Mengizinkan Kroni Kluster Mahkamah Dan Banduan Untuk Urus Negeri Johor

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 220 hits
Johor sewajarnya menjadi Negeri yang PALING bersih dengan mengenepikan nostalgia umno lahir di Johor Perubahan sementara dan pengorbanan perlu DIBUAT oleh warga Johor dengan MENGHUKUM umno selagi mereka tidak berubah TunJUKAN kuasa rakyat d...
Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 183 hits
Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Mac 2020 kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata ...
Kluster Pengkhianat Vs Kluster Mahkamah Description Description Description Description Description

Kluster Pengkhianat Vs Kluster Mahkamah Description Description Description Description Description

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 173 hits
ABDULLAH MAT ISABekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi presiden Umno itu Muhyiddin berkata Ahmad Zahid melawatnya selepas dia dilanti...
Bukan Buang Imej Umno Kluster Mahkamah Tapi Buang Kluster Mahkamah

Bukan Buang Imej Umno Kluster Mahkamah Tapi Buang Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 222 hits
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mencabar UMNO untuk mengakui bahawa parti itu sedang diperkuda oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan peribadi mereka Menurutnya jika UMNO benar bena...
Sedarlah Kerja Buat Umno Kluster Mahkamah Vs Kluster Kayangan

Sedarlah Kerja Buat Umno Kluster Mahkamah Vs Kluster Kayangan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 176 hits
Satu Demi Satu Pilihanraya Negeri Dibuat Tidakkan anda sedar Ini adalah permainan catur kuasa hasil pertelagahan sesama mereka antara PN dan BN juga pertelagahan dalaman UMNO Kluster Mahkamah vs Kluster Kayangan Sedarlah Bangkitlah
Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 218 hits
Najib adalah pengkhianat UMNO sebenar punca majoriti rakyat benci UMNO MuhyiddinTan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat UMNO yang sebenar kerana membiarkan skandal 1Malaysia Development Berha...
Rentasan 1063 Gagal Singkir Kluster Mahkamah Kini Bersatu Koyak Umn

Rentasan 1063 Gagal Singkir Kluster Mahkamah Kini Bersatu Koyak Umn

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 138 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10631 LANGKAH SHERATON PUNCA KETIDAKSTABILAN NEGARA 2 HENTI GANGGU MP DAN AKTIVIS PEMBANGKANG 3 SELEPAS TANGKAPAN APA KHABAR LCS 4 UMNO ASABIYYAH KATA HADI
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash