Enam Kali Langgan Pelacur Percuma Sekali


Nor Azizah Mokhtar 
Kuala Lumpur: Polis menyerbu sebuah sarang pelacuran yang beroperasi di sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Ipoh, Sentul di sini dan menahan 12 wanita warga asing yang disyaki pekerja seks, malam tadi.
Dalam serbuan jam 11 malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang warga asing yang berperanan sebagai penjaga.
Semua wanita yang ditahan berusia lingkungan 20-an dan 30-an terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Thailand.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat yang disalurkan orang awam melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Susulan itu, kita melakukan risikan dan pemantauan hampir dua minggu ke atas kegiatan pelacuran di hotel ini sebelum menjalankan serbuan.
"Kita dapati 12 bilik, masing-masing enam bilik di tingkat lapan dan sembilan hotel ini digunakan sebagai bilik pelacur melayan pelanggan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menawarkan khidmat mereka melalui WeChat dan menggunakan aplikasi sama untuk berurusan dengan pelanggan.
"Pelanggan akan diminta datang ke hotel ini sebelum dibawa ke bilik-bilik yang menempatkan pelacur untuk mereka membuat pilihan.
"Sindiket didapati mengenakan bayaran sebanyak RM235 kepada pelanggan untuk sekali langganan," katanya.
Katanya, pelanggan juga diberikan satu kad 'loyalty' dan akan dicop setiap kali mereka datang melanggan sebelum diberikan sekali khidmat percuma selepas enam kali langganan.
"Pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan sah manakala selebihnya mendakwa pasport mereka disimpan oleh pihak lain.
"Kita percaya sindiket pelacuran ini beroperasi di hotel ini sejak tiga bulan lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pembabitan pihak hotel dalam kegiatan itu," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/enam-kali-langgan-pelacur-percuma-sekali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video 6 Artis Boilywood Ini Pernah Ambil Watak Jadi Pelacur Kareena Kapoor Paling Panas

Video 6 Artis Boilywood Ini Pernah Ambil Watak Jadi Pelacur Kareena Kapoor Paling Panas

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 467 hits
Kebiasaannya ramai yang tahu filem Bollywood lebih sinonim dengan lagu dan tarian kisah tentang percintaan dan kekeluargaan Namun para pembikin industri perfileman Bollywood semakin berani untuk mencuba sesuatu yang baru dengan aksi yang le...
Tujuh Pelacur Warga Asing Ditahan

Tujuh Pelacur Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Tujuh pelacur warga asing yang melakukan aktiviti pelacuran dicekup polis dalam dua serbuan di premis menawarkan khidmat urut di Taman Usahawan Kepong di sini malam Isnin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asist...
Bantuan Smartphone Percuma B40 Semakan Dan Permohonan Online

Bantuan Smartphone Percuma B40 Semakan Dan Permohonan Online

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 1521 hits
Bantuan Smartphone Percuma B40 Kepada pelajar sekolah dari keluarga B40 yang layak berita baik untuk anda kerana YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia melancarkan Bantuan Smartphone Percuma dengan data internet 120GB Bantuan ini ...
Selamat Tahun Baharu 2021 Daripada Admin Scam List Malaysia Hadiah Percuma Untuk Scammer

Selamat Tahun Baharu 2021 Daripada Admin Scam List Malaysia Hadiah Percuma Untuk Scammer

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 454 hits
SalamMaaf kerana terlewat 5 hari nak ucap Selamat Tahun Baharu 2021 sorry sangat2 busy hapuskan scammer2 jahanam luar sana Mereka semakin hari semakin jahanam that why aku nak update pun tak dan Ok so harap tahun baharu 2021 ni korunk tak m...
Nasi Dagang Percuma Setiap Hari

Nasi Dagang Percuma Setiap Hari

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 486 hits
SHAH ALAM Kesedaran me ngenai kesusahan yang dialami oleh sebahagian besar rakyat ketika ini mendorong seorang pemilik restoran untuk memberi nasi dagang secara percuma setiap hari kepada mereka yang memerlukan Pemilik Restoran Eddiey Mokku...
Maszlee Malik Melancarkan Sophia Platform Pembelajaran Percuma Secara Atas Talian

Maszlee Malik Melancarkan Sophia Platform Pembelajaran Percuma Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 349 hits
Mantan Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini telah melancarkan sebuah platform baru memfokuskan pembelajaran secara atas talian dinamakan Sophia Sophia menawarkan halaman setempat untuk rujukan bahan pembelajaran secara atas talian Mela...
Agc Tolak Representasi Kali Ketiga Ahmad Maslan Gugur Tuduhan Gagal Isytihar Lhdn

Agc Tolak Representasi Kali Ketiga Ahmad Maslan Gugur Tuduhan Gagal Isytihar Lhdn

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 266 hits
244 total views 244 views today KUALA LUMPUR 18 Dis Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan gagal kali ketiga untuk menggugurkan dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Le...
Berapa Kali Anda Boleh Bercukur Menggunakan Pisau Cukur Yang Sama

Berapa Kali Anda Boleh Bercukur Menggunakan Pisau Cukur Yang Sama

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 335 hits
Kaedah untuk cukur bulu di badan mahupun muka berbeza mengikut pilihan dan keselesaan setiap individu Bercukur menggunakan pisau cukur merupakan antara kaedah pilihan ramai kerana ia mudah dan cepat Jangka masa pertumbuhan bulu pula berbeza...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal