Empat Juruteknik Maut Kemalangan Di Kuala Nerus
Anggota bomba sedang mengeluarkan empat mangsa kemalangan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus hari ini.
KUALA NERUS – Empat juruteknik sebuah syarikat penyaman udara maut selepas van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan lain termasuk bas ekspres di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan di sini hari ini.
Keempat-empat mangsa iaitu Syed Mohd. Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34; Mohd. Sahlan, 37, dan pemandu van yang masih belum dikenal pasti meninggal dunia dalam kemalangan pada pukul 6.22 petang itu.
Pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Fazil Hussin, 33, dan seorang lelaki yang merupakan penumpang kereta Proton Persona pula cedera parah.
Seorang saksi, Syakirah Baharin, 26, berkata, sewaktu kejadian, dia dan 12 penumpang lain sedang menaiki bas ekspres dalam perjalang ke Jertih, Besut dari Temerloh, Pahang.
Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, dia mendakwa ternampak van dinaiki keempat-empat mangsa dari arah Setiu cuba memotong kereta Proton Wira tetapi gagal.
“Van itu kemudiannya telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh bas dinaiki kami.
“Impak kemalangan itu turut melibatkan kereta Proton Wira dan kereta Proton Persona,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa tersepit di dalam van yang remuk teruk.
Beliau berkata, mayat empat juruteknik berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat pada pukul 9.20 malam.
“Dua mangsa yang cedera parah pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Kadar tol 4 lebuh raya tak naik – Ismail
Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid
Resepi Apam Cornetto Menyelerakan
Resepi Talapia Masak Pedas Thai, menu untuk berbuka puasa
Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak
Demi mahu jadi PM semula, Muhyiddin tebalkan muka jumpa Mahathir
Jumpa kad ATM, berbelanja sakan
Firdaus Wong pula buat laporan polis terhadap Loh
Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi
Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita
Chef Selebriti Khairul Aming Sudah Pulih Dari COVID-19, Kembali Kongsi Resepi Sempena Ramadan
Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya..
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS
Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)
Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur
The post Empat juruteknik maut kemalangan di Kuala Nerus appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/05/empat-juruteknik-maut-kemalangan-di-kuala-nerus/