Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri Kadir Jasin


KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P Waytha Moorthy perlu berundur sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana hilang kelayakan menjaga perpaduan nasional.
Desakan itu dibuat penulis blog The Scribe, Datuk A Kadir Jasin apabila bersetuju dengan sentimen umum bahawa Waytha Moorthy sudah hilang kelayakan selepas ‘perbuatannya’ yang ‘berjaya’ memecahbelahkan masyarakat.
Beliau berkata, Waytha Moorthy sudah menjadi ‘liabiliti’ kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dinasihatkan untuk meletak jawatan secara sukarela.
“Saya setuju dengan sentimen umum bahawa Waytha Moorthy hilang kelayakan dan kedudukan untuk terus menjadi menteri apatah lagi menteri yang menjaga perpaduan nasional.
“Beliau menjadi watak yang memecahbelahkan (divisive). Eloklah beliau menarik diri secara sukarela daripada membebankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun Tun berkata beliau ‘puas hati’ dengan Moorthy.
“Minta maaflah kalau saya kata, Moorthy sudah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya,” katanya dalam entri terbaru di The Scribe, hari ini.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.
Pada 17 Disember lalu, disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam.
Susulan kematian Muhammad Adib ketika sedang menjalankan tugas, Kadir menggesa tidak kira bangsa atau agama, si pelaku wajib diburu dan dijatuhi hukuman yang setimpal.
Katanya, punca tragedi bukan kesilapan Muhammad Adib yang tersalah memilih kerja, tetapi tragisnya adalah dia dibunuh ketika bertugas menyelamatkan nyawa serta harta benda dalam satu rusuhan ganas.
“Kita boleh terus membakar emosi kita dan jika kita orang yang tidak bertanggungjawab, kita juga boleh mengapi-apikan emosi orang lain atas nama Almarhum Adib.
“Tetapi, adakah itu yang kita mahu dan lebih-lebih lagi adakah itu yang Almarhum Adib mahu apabila dia memilih untuk menjadi anggota bomba dan penyelamat?
“Dalam apa pun pekerjaan yang kita pilih, mesti ada unsur risiko. Kalau tidak banyak, sikit mesti ada. Pasti Almarhum Adib tahu risikonya,” katanya.
Kadir juga menyarankan keluarga Allahyarham Muhammad Adib dibantu.
The post Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri – Kadir Jasin appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/eloklah-waytha-moorty-letak-jawatan-sebagai-menteri-kadir-jasin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 336 hits
JUFITRI Joha bersama pemimpin belia ketika sidang media bagi mendesak tindakan dan pengadilan sewajarnya dari pihak berkuasa serta gesaan meletak jawatan terhadap Menteri Perpaduan Waytha Moorthy di Wisma Majlis Belia Malaysia Jalan Tasik P...
Menteri Salahuddin Dzulkefly P Waytha Moorthy Meminta Rakyat Terima Kematian Itu Sebagai Takdir Fmt

Menteri Salahuddin Dzulkefly P Waytha Moorthy Meminta Rakyat Terima Kematian Itu Sebagai Takdir Fmt

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 433 hits
Beberapa menteri Pakatan Harapan meminta rakyat bertenang berhubung kematian anggota bomba Muhammmad Adib Mohd Kassim yang sebelum ini kritikal dipukul perusuh di depan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya 3 minggu lalu Saya mohon ...
Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 325 hits
PUTRAJAYA 24 Dis Sekumpulan aktivis termasuk peguam kontroversi Siti Zabedah Kassim mendakwa pihak yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy meletakkan jawatan dilihat cuba mengambil peluang menegakkan kebencian keta...
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 606 hits
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa RamaiBerhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai
Kerana Isu Pendatang Asing Perdana Menteri Letak Jawatan

Kerana Isu Pendatang Asing Perdana Menteri Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 353 hits
Kemarahan rakyat susulan isu pendatang asing yang dibawa kerajaan Belgium memaksa Perdana Menteri Charles Michel menawarkan diri kepada Raja Philippe untuk meletak jawatan Dengan hanya berbaki lima bulan sehingga pilihan raya pada Mei tahun...
Petisyen Desak Perlucutan Jawatan Waytha Moorty Meningkat Kepada 201 957 Tandatangan

Petisyen Desak Perlucutan Jawatan Waytha Moorty Meningkat Kepada 201 957 Tandatangan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Petisyen menuntut perlucutan jawatan Menteri Perpaduan dan Senator yang disandang oleh P Waytha Moorty kini meningkat kepada 201 957 tandatangan sehingga jam 12 30 tengahari ini Petisyen atas talian itu dilancarkan oleh Gerakan...
215706 Tandatangan Petisyen Tuntut Waytha Moorthy Letak Jawatan Dipecat

215706 Tandatangan Petisyen Tuntut Waytha Moorthy Letak Jawatan Dipecat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 353 hits
Petisyen menuntut pelucutan jawatan P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 215 706 tandatangan setakat pukul 5 petang Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Seda...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern