Beberapa menteri Pakatan Harapan meminta rakyat bertenang berhubung kematian anggota bomba Muhammmad Adib Mohd Kassim yang sebelum ini kritikal dipukul perusuh di depan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 3 minggu lalu.“Saya mohon satu sahaja, rakyat mesti bertenang, pelihara keamanan terimalah seadanya, kita tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku lagi,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub pada sidang media lewat malam tadi.Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 9.41 malam tadi.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menzahirkan nada yang sama dengan mengatakan pihaknya menyediakan kumpulan perubatan terbaik sepanjang Muhammad Adib menerima rawatan.“Kita dah sediakan ‘best team’ sedaya upaya tapi ini adalah takdir keluarga. Kita guna kemudahan terbaik dengan ‘team’ forensik,” katanya.Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata pihak polis bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang menimpa Muhammad Adib dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib… kami berkongsi kesedihan keluarganya dan negara berkabung bersama keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.Menteri yang bertanggung jawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial itu berkata fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi sejak sekian lama.Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib antara anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke tempat kejadian, susulan protes berkaitan penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman yang menyaksikan perusuh membakar beberapa kenderaan.Beliau cedera parah selepas ditarik keluar dari kenderaan EMRS dan diserang sekumpulan perusuh di depan kuil.Adib dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan Subang Jaya kira-kira 1 pagi 27 November lalu, sebelum dipindahkan ke IJN, keesokan malamnya. - FMT|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |