Elak Anak Makan Jenis Makanan Ni Waktu Tak Sihat Paling Kena Elak Gula


Sejak anak masuk ke sekolah semakin kerap anak sakit, demam dan sebagainya. Walaupun hanya demam biasa, mak ayah perlu memantau apa jua jenis pemakanan anak, baik di sekolah dan lebih-lebih lagi di rumah.
Perhatikan apa jenis anak makan dan paling penting menurut kata Dr Mazliana Mazlan, elakkan jenis makanan ini ketika anak tidak sihat!

Anak-anak tak boleh ambil 16 jenis makanan macam ni bila mereka sakit. Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makanan bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.
Saya perasan, biasanya trend pesakit cilik yang dibawa ke klinik memang makin tinggi bila mula sesi persekolahan.
Aiskrim orang kata bagi hilang sakit tekak, tapi macam-macam bahan dalam aiskrim. Anak kerap tak sihat, bila kita tak jaga makanan anak dengan baik. Mudah nak dapat jangkitan dari luar, bila imuniti badan anak tak kuat.
Masuk sekolah pulak, macam-macam makanan diberi yang kita tak boleh nak kawal sebaiknya.
Minyak yang ini elakkan guna kat rumah ya. Ada 16 jenis makanan yang perlu dielakkan jika anak-anak kita tak sihat. Tak kisah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan kalau boleh.
Atau kalau dapat kurangkan masa sihat, insyaAllah ini paling terbaik. Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak kan.
Nugget yang anak suka sangat tu, tinggi MSG dan perisa tiruan. 1. Roti dan biskut
– Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut.
– Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik untuk anak-anak makan.
2. Salad dressing
– Mayonis, thousand island dan sebagainya.
– Jenis makanan yang ini, wajib ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.
3. Gula
– Yang ini baja kepada semua penyakit tau. Kita kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ni dari anak-anak k.
Please taknak beli dah kat rumah lepas ni, tak kisah waktu anak sakit ataupun sihat. 4. Gula tersembunyi
– Banyak ada dalam biskut, air soda, energy drinks, granola.
– Biasanya tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.
5. Makanan dalam tin
– Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.
– Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.
Coklat pun sama. Banyak dah saya share coklat sihat untuk anak-anak kan. 6. Susu
– Makanan yang boleh timbulkan radang.
– Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.
7. Daging proses
– Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya.
– Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.
Yang ni tolong elakkan dari anak-anak ya. 8. Cereal
– Banyak bersumberkan dari bahan GMO.
– Pengawet dan pewarna tiruan tidak ketinggalan.
9. Candy bar dan coklat
– Tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk anak-anak kita.
10. Jus buah dalam kotak
– Tak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih dari 3 hari kan.
– Sangat tinggi dengan kandungan gula.
Mayonis sebenar buat sendiri guna 4 bahan je. Yang ini banyak sangat bahannya. 11. Creamer
– Segala yang namanya 3 in 1, siap minum segera. Elakkan dari anak-anak walaupun mudah sangat kita nak buat.
12. Marjerin
– Cari pure butter dan elakkan marjerin yang ada kandungan transfat.
13. Pemanis tiruan
– Sucralose, aspartame, maltodextrin.
– Walaupun orang kata ianya pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis, tapi belek dulu bahan ramuan yang digunakan, mungkin ada pemanis tiruan macam ni.

14. Minyak sayuran
– Elakkan minyak jagung, soya, matahari.
– Guna apa yang banyak di negara kita, minyak kelapa sawit dan minyak kelapa antara pilihan yang baik.
15. Mee segera
– Bila buka saja plastik perencah, dau bau harum semerbak satu rumah kan.
– Tinggi MSG dan perasa tiruan yang buatkan baunya menusuk ke hidung hingga aktifkan deria rasa kita.
Sapu kat roti pun dah naik selera anak, tapi takkan kita nak bagi makanan yang boleh mudaratkan lagi kesihatan anak kan. 16. Aneka sos dan spread
– Tinggi gula, MSG, pengawet dan perasa tiruan.
Kita cuba sedaya mampu, elakkan dari anak-anak dan keluarga, terutama waktu mereka sakit. Makanan ni semua adalah makanan tinggi radang yang boleh lambatkan proses penyembuhan.
Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak.
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama

 
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Elak Anak Makan Jenis Makanan Ni Waktu Tak Sihat, Paling Kena Elak Gula! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-anak-makan-jenis-makanan-ni-waktu-tak-sihat-paling-kena-elak-gula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Perkara Ni Bantu Anak Tak Cerewet Makan Membesar Dengan Sihat Cerdas

5 Perkara Ni Bantu Anak Tak Cerewet Makan Membesar Dengan Sihat Cerdas

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 204 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 222 hits
Membuat keputusan untuk membawa anak makan diluar bukanlah satu hal yang mudah Menunggu masa yang lama dan berada di kedudukan yang sama pada tempoh yang lama sememangnya membuatkan anak tidak senang duduk Ada sahaja keletahnya Namun bagi p...
Makan Manis Waktu Anak Berbuka Buat Anak Jadi Craving Tak Ada Nutrisi Pun Dr Izzar

Makan Manis Waktu Anak Berbuka Buat Anak Jadi Craving Tak Ada Nutrisi Pun Dr Izzar

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 204 hits
Melayan anak anak yang baru belajar berpuasa memang seronok Sebolehnya apa sahaja yang dimahukan anak ketika berbuka puasa kita mahu tunaikan Namun perlu beringat jangan diberikan gula yang berlebihan Inilah yang dikongsikan oleh Dr Izzar A...
Daftar Makanan Yang Dapat Meningkatkan Nafsu Makan Anak

Daftar Makanan Yang Dapat Meningkatkan Nafsu Makan Anak

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 223 hits
Meningkatkan nafsu makan anak dapat dilakukan dengan banyak cara bisa dengan mengganti menu makanannya ataupun dengan memberikan susu penambah nafsu makan Namun alangkah baiknya jika keduanya diberikan secara seimbang baik makanan ataupun s...
Anak Tak Makan Kurma Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni Memang Sedap

Anak Tak Makan Kurma Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 238 hits
Buah kurma memang bagus untuk mengembalikan semula tenaga Pun begitu bukan semua anak kita suka makan kurma apa lagi ketika waktu berbuka Bagi menarik perhatian anak kecil kita apa kata sesekali mama cuba buatkan Kurma Kukus ni pula untuk a...
Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur Mula Tolak Lama Lama Makan

Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur Mula Tolak Lama Lama Makan

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 198 hits
Jika anak makan sayur sejak dari kecil tanpa perlu dipaksa percayalah anda adalah ibu bapa yang bertuah Hakikatnya ia jarang terjadi Sebaliknya kebanyakan ibu bapa sentiasa mencari cara mengatasi anak susah makan sayur Sekiranya anda tergol...
Bersatu Ingatkan Umno Jangan Jadi Haruan Makan Anak

Bersatu Ingatkan Umno Jangan Jadi Haruan Makan Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 205 hits
MOHD ALI HASHIMBersatu ingatkan Umno jangan jadi haruan makan anak Umno dinasihatkan untuk tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengkhianati gabungan yang mereka sertai sehingga tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang sedang ...
Berat Badan 41kg Kini Sandara Park Kongsi Rutin Makanan Sihat Harian

Berat Badan 41kg Kini Sandara Park Kongsi Rutin Makanan Sihat Harian

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 195 hits
Dara ahli 2NE1 memang terkenal dengan susuk tubuhnya yang kecil dan molek ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 22 Mac Dara telah menyiarkan beberapa gambar di Instagram Story miliknya berserta kapsyen Saya mengemas banyak makanan hari ini tetapi ...
Benda Paling Seram Kena Tindih Waktu Tidur

Benda Paling Seram Kena Tindih Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 282 hits
1 Benda yang paling aku seram adalah mengalami sleep paralysis atau kelumpuhan tidur atau yang biasanya orang melayu cakap kena tindih waktu tidur 2 Sleep paralysis ini adalah keadaan di antara tidur dan sedar Orang yang kena ni dia tahu di...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket