Earphone Atau Headphone Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat


Earphone Atau Headphone? Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat
Dalam era moden ini, muzik dan audio telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian.
Sama ada ketika bersenam, bekerja, belajar, atau sekadar bersantai, ramai memilih untuk menggunakan fon telinga (earphone) atau fon kepala (headphone) bagi menikmati bunyi yang lebih jelas dan berkualiti.
Sesetengah orang lebih gemar fon telinga kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, manakala yang lain lebih selesa dengan fon kepala kerana kualiti bunyinya lebih baik. Bagi sebilangan individu, alat ini seolah-olah menjadi “teman hidup” yang sukar dipisahkan.
Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa jenis fon dan cara penggunaannya boleh memberi kesan terhadap tahap keselamatan pendengaran dalam jangka masa panjang.
Hal ini menimbulkan persoalan tentang fon mana yang lebih selamat untuk digunakan? Justeru, SK akan menjawab kekeliruan tersebut dengan berkongsi penjelasan pakar telinga.
Fon telinga atau fon kepala, mana satu lebih bersih? Menurut The Healthy, tahap kebersihan antara fon telinga atau fon kepala bergantung kepada rekaan dan cara penggunaannya.
Pakar audiologi dari Mayo Clinic, Katie Dease menjelaskan bahawa fon telinga yang dimasukkan terus ke dalam saluran telinga boleh mewujudkan ruang tertutup yang memerangkap bakteria dan menyebabkan jangkitan seperti swimmer’s ear (jangkitan telinga luar).
Manakala, fon kepala pula hanya diletakkan pada bahagian luar telinga, jadi kurang sentuhan dengan bahagian dalam yang sensitif.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna fon kepala secara automatik lebih bersih kerana kedua-dua jenis fon ini boleh mengumpul peluh, sel kulit mati dan minyak semula jadi (sebum).
Cara terbaik untuk memastikan kebersihan ialah dengan membersihkan fon secara berkala menggunakan cecair pembersih yang sesuai seperti tisu beralkohol, serta menyimpannya dalam keadaan kering dan bersih apabila tidak digunakan.
Pakar juga menasihatkan supaya tidak berkongsi fon telinga dengan orang lain, kerana ia boleh memindahkan bakteria baharu yang berisiko menyebabkan jangkitan.
Mana satu lebih merosakkan pendengaran? Difahamkan, kedua-dua jenis fon boleh merosakkan telinga jika digunakan dengan cara yang salah.
Risiko utama ialah kehilangan pendengaran akibat bunyi kuat, yang berlaku apabila seseorang mendengar pada volume tinggi terlalu lama. Ini disebabkan oleh kerosakkan pada rerambut halus di telinga dalam yang sangat penting untuk fungsi pendengaran.
“Rerambut ini tidak akan tumbuh semula, jadi kita perlu menjaganya sebaik mungkin,” jelas pakar otolaringologi dan neurotologi di Mayo Clinic, Dr. Colin Driscoll.
Fon telinga lebih berisiko kerana bunyi dihantar terus ke saluran telinga, manakala fon kepala menyebarkan bunyi dari luar dan memberi sedikit perlindungan pada gegendang telinga.
Namun, kedua-duanya tetap perlu digunakan secara berhemah. Pengguna dinasihatkan untuk mengelakkan bunyi terlalu kuat dan mengambil rehat secara berkala bagi memberi peluang kepada telinga untuk “berehat”.
“Sebagai panduan umum, mendengar pada 80 peratus tahap kelantangan maksimum selama tidak lebih daripada 90 minit pada satu masa adalah disarankan,” jelas seorang doktor dari Cleveland Clinic, Dr. Sharon Sandridge.
Pakar turut mencadangkan peraturan 60/60, iaitu fon telinga atau fon kepala digunakan tidak lebih daripada 60 minit, pada kelantangan kurang daripada 60 peratus, serta memastikan rehat sekurang-kurangnya 60 minit sebelum digunakan semula.
Mana satu menyebabkan tahi telinga tersumbat? Menurut The Healthy, kedua-dua jenis fon boleh menyumbang kepada pengumpulan tahi telinga, namun fon telinga mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana ia dimasukkan terus ke dalam saluran telinga.
Seorang audiologi dari Signia, Brian Taylor menjelaskan yang penggunaan fon telinga yang kerap boleh menolak tahi telinga lebih dalam dan menyebabkan saluran tersumbat.
“Pengguna yang mengalami masalah ini perlu beralih kepada fon kepala jenis circum-aural yang menutupi seluruh telinga tanpa menekan saluran telinga, sekali gus mengurangkan risiko tersumbat,” tambahnya lagi.
BACA: WEF Dedah AI Sebenarnya Membuka Peluang Pekerjaan & Kemahiran Baru
Sumber: The Healthy
The post Earphone Atau Headphone? Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/05/earphone-atau-headphone-pakar-telinga-jelaskan-mana-lebih-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 209 hits
Apabila sudah menginjak dunia pekerjaan antara persoalan popular yang kerap kali timbul adalah mana yang lebih bagus Beli rumah atau sewa rumah Bagi yang belum berkahwin jawapan untuk persoalan ini mungkin lebih mudah kerana sudah semestiny...
Hiburan Perkeso Lindung 24 7 Tak Kisah Di Mana Bila Atau Bagaimana Pekerja Kini Dilindungi Sepanjang Masa

Hiburan Perkeso Lindung 24 7 Tak Kisah Di Mana Bila Atau Bagaimana Pekerja Kini Dilindungi Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 200 hits
Bayangkan ini Anda baru habis bekerja gembira mahu pulang ke kampung bersama keluarga Jalan licin tiba tiba bam kemalangan berlaku Malangnya kerana ia terjadi di luar waktu kerja anda tidak layak menuntut bantuan daripada Situasi seperti in...
Lebih Utama Gaya Atau Prestasi Pilihan Pembeli Kereta Di Zaman Kini

Lebih Utama Gaya Atau Prestasi Pilihan Pembeli Kereta Di Zaman Kini

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 197 hits
Ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk menukar coverset rim atau ekzos tetapi apabila tiba pasal helmet mereka masih menggunakan yang longgar atau langsung tidak memakainya Satu hentakan kecil di kepala boleh menentukan antara hidup dan...
Datuk Bandar Check In Hotel Lebih 10 Kali Bersama Suami Orang

Datuk Bandar Check In Hotel Lebih 10 Kali Bersama Suami Orang

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 210 hits
KOSMOOgawa memberikan penjelasan dalam sidang akhbar di Maebashi Jepun ANNTOKYO Seorang datuk bandar di Jepun menerima kecaman ramai selepas mengaku menginap lebih 10 kali di sebuah hotel cinta dengan rakan sekerjanya yang sudah berkahwin l...
Rakyat Negeri Dia Jadi Dalang Curi Dia Dok Kalut Yang Lebih Jauh Apa La Kiok

Rakyat Negeri Dia Jadi Dalang Curi Dia Dok Kalut Yang Lebih Jauh Apa La Kiok

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 224 hits
Kanda Hilmi Abdullah kena risau rakyat Kuala Krai yg jadi dalang utama curi REE di Kedah tu Kerajaan Pusat takkan curi sbb tanah tu milik Negeri Negeri yang boleh bagi tanah kat tauke tauke nih Bab Ree ni saya mahir la sikit2 nak prosesnya ...
Budi95 Lebih 13 Juta Rakyat Menikmati Penjimatan Rm800 Juta Pada Bulan Pertama

Budi95 Lebih 13 Juta Rakyat Menikmati Penjimatan Rm800 Juta Pada Bulan Pertama

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 174 hits
BUDI95 Lebih 13 Juta Rakyat Menikmati Penjimatan RM800 Juta Pada Bulan Pertama KUALA LUMPUR 1 Nov Sebanyak 13 1 juta rakyat telah melakukan transaksi di bawah program BUDI MADANI RON95 dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM2 66 bilion dalam ...
Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 283 hits
Haspaizi ZainSaifuddin Abdullah memberi gambaran kemungkinan lebih 19 daripada 25 ahli parlimen yang Bersatu tidak bersetuju dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap tiga ahli parlimen termasuk Timbalan Presiden Hamzah Zainudin Ini ...
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 313 hits
Di Malaysia status Halal bukan sekadar suatu label malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal Luckin C...
E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 208 hits
Dalam acara yang agak mengejutkan PM Anwar Ibrahim telah mendedahkan lebih awal 2 model terbaru Proton dari tarikh pelancarannya iaitu model EV e MAS 5 dan Proton Saga Ia didedahkan secara tidak rasmi di laman rasmi FB PM Anwar Ibrahim keti...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan