Budi95 Lebih 13 Juta Rakyat Menikmati Penjimatan Rm800 Juta Pada Bulan Pertama


BUDI95: Lebih 13 Juta Rakyat Menikmati Penjimatan RM800 Juta Pada Bulan Pertama
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Sebanyak 13.1 juta rakyat telah melakukan transaksi di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM2.66 bilion dalam bulan pertama pelaksanaannya bermula 30 Sept lepas hingga semalam.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu melibatkan pembelian 1.33 bilion liter petrol RON95 bersubsidi dengan jumlah subsidi kerajaan sekitar RM800 juta bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
“Ini termasuk lebih 23,000 nelayan dan pengguna bot berdaftar yang tidak memiliki lesen memandu aktif, terutamanya di Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pelaksanaan BUDI95 memastikan rakyat menerima manfaat subsidi secara langsung tanpa proses yang rumit di samping membolehkan kerajaan menyalur semula penjimatan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Jelas sekali program ini memberi manfaat berganda kepada rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan itu.
MOF turut menjelaskan sejak pelaksanaan BUDI95, sebanyak 16.55 juta rakyat Malaysia layak menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi, melebihi unjuran asal sebanyak 15 juta orang.
Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan.
Menurut kementerian itu, sejak 13 Okt lepas Kerajaan MADANI telah menaikkan had siling kelayakan bulanan  bagi pemandu e-hailing sepenuh masa kepada 600 liter sebulan yang memanfaatkan hampir 58,000 pemandu e-hailing di seluruh negara.
“Secara purata, penerima BUDI95 di bawah kategori persendirian mencatat penggunaan sebanyak 98.2 liter sebulan untuk Oktober 2025, jauh lebih rendah daripada had kelayakan bulanan 300 liter yang ditetapkan.
“Setakat 26 Okt 2025, hanya kurang daripada 0.7 peratus jumlah penerima BUDI95 telah menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan mereka sebelum akhir bulan,” menurut kenyataan itu.
BACA: Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka MoF turut memperincikan hanya 0.6 peratus dalam kalangan pengguna persendirian telah menggunakan sepenuhnya had bulanan 300 liter, manakala bagi pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu hanya 0.3 peratus telah menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan itu.
Sebagai komitmen memperkukuh pelaksanaan BUDI95, Kerajaan MADANI akan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa, termasuk semakan semula had kelayakan tambahan bagi pemandu e-hailing supaya lebih saksama dan menyeluruh.
Kementerian itu juga memaklumkan telah mengenal pasti beberapa corak penggunaan luar biasa, termasuk penerima yang menghabiskan keseluruhan had bulanan dalam tempoh singkat serta pembelian berulang di stesen berhampiran sempadan negara.
“Sehubungan itu, Kerajaan MADANI melalui MOF dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh pemantauan di stesen minyak serta dalam kalangan pengguna, bagi memastikan manfaat BUDI95 tidak diselewengkan.
“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyelewengan atau penjualan semula petrol bersubsidi kepada pihak yang tidak berkelayakan dan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 akan diambil terhadap pihak terlibat,” menurut kenyataan itu.
Sumber: Bernama
BACA: Pemilik, Pemandu Kenderaan Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP – JPJ The post BUDI95: Lebih 13 Juta Rakyat Menikmati Penjimatan RM800 Juta Pada Bulan Pertama appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/01/budi95-lebih-13-juta-rakyat-menikmati-penjimatan-rm800-juta-pada-bulan-pertama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmqt Bulan Pertama Budi95 Catat Purata 98 Liter Pm Anwar

Pmqt Bulan Pertama Budi95 Catat Purata 98 Liter Pm Anwar

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 148 hits
hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di pada 4 November 2025 Foto YouTube Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 4 Nov Purata penggunaan melalui Program BUDI MADANI RON95 bagi setiap pengguna adalah 98 liter sahaja sepanjang Oktober lalu kat...
Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 185 hits
LANGKAWI Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa pulang sumbangan RM1 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya selepas berjaya mengharungi cabaran Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi semalam dalam masa kurang 1...
Rakyat Negeri Dia Jadi Dalang Curi Dia Dok Kalut Yang Lebih Jauh Apa La Kiok

Rakyat Negeri Dia Jadi Dalang Curi Dia Dok Kalut Yang Lebih Jauh Apa La Kiok

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 202 hits
Kanda Hilmi Abdullah kena risau rakyat Kuala Krai yg jadi dalang utama curi REE di Kedah tu Kerajaan Pusat takkan curi sbb tanah tu milik Negeri Negeri yang boleh bagi tanah kat tauke tauke nih Bab Ree ni saya mahir la sikit2 nak prosesnya ...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 315 hits
LIPIS Kerajaan negeri optimis mampu mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini ekoran kutipannya setakat ini telah mencecah RM950 juta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pencapaian tersebut dapat mengekalkan pre...
Lelaki Jumpa Emas Lebih Rm3 Juta Tertanam Di Laman Rumah

Lelaki Jumpa Emas Lebih Rm3 Juta Tertanam Di Laman Rumah

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 181 hits
KOSMO PARIS Seorang lelaki Perancis bergelar jutawan segera selepas menemukan harta karun berupa emas bernilai kira kira AS 800 000 ketika sedang menggali kolam renang di laman rumahnya awal tahun ini demikian menurut pegawai tempatan Dia m...
Seruan Bersatu Selamat Bersidang Kepada Delegasi Dan Rakyat Malaysia

Seruan Bersatu Selamat Bersidang Kepada Delegasi Dan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 159 hits
Selamat bersidang kepada semua delegasi serta rakyat Malaysia yang berperanan dalam menjayakan Persidangan ASEAN Dari petugas keselamatan yang menjaga jalan raya kru teknikal yang bekerja tanpa henti penari dan penyambut tetamu di lapangan ...
Facebook Pm Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai

Facebook Pm Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 179 hits
Facebook PM Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai KUALA LUMPUR 26 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeter...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali