E Kolej Uitm Semakan Penempatan Kolej Kediaman Uitm


e-Kolej UiTM : Semakan & Rayuan Penempatan Kolej Pelajar UiTM
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menubuhkan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa untuk bertindak serta-merta mencari resolusi yang terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.
Dalam satu kenyataan terkini berhubung isu tular, UiTM amat prihatin dan mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa, susulan isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan kampus UiTM.
Oleh itu, satu platform diwujudkan untuk memudahkan pelajar mencari rumah sewa selain untuk tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.
Jom ketahui lebih lanjut tentang cara memohon penempatan pelajar melalui sistem e-Kolej dan Portal Rumah Sewa NR UITM yang baru diwujudkan bagi memudahkan urusan mendapatkan rumah sewa.
Apakah e-Kolej UiTM? UiTM menyediakan 107,000 tempat di kolej-kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar-pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda; 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman.
Permohonan Rayuan Kolej Kediaman UiTM 2022 Permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan Kolej yang dibuka mulai 13 hingga 23 September.
Keputusan permohonan e-Rayuan Kolej akan dikeluarkan mulai 28 September ini.
Tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada kriteria termasuk merujuk polisi penempatan UiTM; pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 dan B40 dan pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.
Sistem e-Rayuan Kolej dibuka kepada :
– Pelajar Non-Residen (NR)
– Pelajar yang gagal permohonan kolej melalui sistem e-kolej
– Pelajar yang tidak membuat permohonan kolej
Permohonan e-Rayuan Kolej boleh dibuat melalui laman web iStudent Portal > eHEP System > e-kolej.
Untuk makluman, pelajar boleh membuat permohonan rayuan kolej mengikut langkah-langkah berikut:
1. Log masuk ke Student Portal
2. Pergi ke bahagian eHEP
3. Klik di bahagian Borang Rayuan Permohonan Kolej (di menu bahagian kiri).
4. Isi borang dan klik hantar.
Berikut juga disertakan contoh surat rasmi bagi permohonan rayuan Kolej Kediaman bagi pelajar yang memerlukan.
Contoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman Nur Asmah Hussin
JL Auto Servis Kg. Jelor,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.
013-3657043
____________________________________________________________________
Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor

Tuan,
Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023

Berhubung perkara di atas, saya Nur Asmah Hussin
No. KP 920321-03-6234. No. Matrik IET 120007 ingin membuat
rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin
Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelah
gagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu
Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online dan
juga kolej-kolej lain.
2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia
memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.
3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana
saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin
(Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu
semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar
tahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di
asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalam
menyiapkan ‘final year paper project’ dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi.
4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagi
membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan
menyiapkan ‘final year paper project’ yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.
5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam ‘LRT’ yang memakan masa selama 45
minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti.
Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan
saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya
berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon
positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Terima Kasih.
Yang Benar,
(NUR ASMAH HUSSIN)
MUAT TURUN / EDIT VERSI DOC. (FORMAT MICROSOFT WORD):
Surat-Rayuan-Kolej-ContohDownload Unit Kemudahan Kolej UiTM Unit Kemudahan Kolej ini merupakan pusat utama pengurusan pentadbiran kolej-kolej kediaman di Shah Alam dan kampus cawangan.
Fungsi dan Tanggungjawab Unit Kemudahan Kolej
1. Merangka dasar dan peraturan kolej kediaman UiTM dan menyelaras penyeragaman, pemantauan perlaksanaan dan penambahbaikan dasar.
2. Menguruskan penyediaan surat pekeliling Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar berkaitan dasar pentadbiran dan peraturan kolej kediaman.
3. Pengurusan Staf Residen Kolej (SRK).
4. Mentadbir hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Asrama) dengan lebih efisien dan sistematik.
5. Merancang pengurusan penempatan pelajar baharu, pelajar lama, sewaan pelajar dan agensi luar.
6. Menyelaras Laporan Prestasi untuk dimajukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ke Kementerian Pengajian Tinggi.
7. Memantau Petunjuk Prestasi (KPI) Kolej Kediaman supaya mencapai objektif.
8. Memantau dan menguatkuasakan kontrak tender sedia ada di kolej-kolej kediaman.
Perkhidmatan yang disediakan
1. Menyelaras permohonan pelajar mendapatkan tempat tinggal di kolej-kolej kediaman.
2. Menyelaraskan segala pembelian dan naiktaraf kolej kediaman UiTM Shah Alam.
3. Melaksanakan kaedah sistem elektronik untuk kemudahan pelajar dan kakitangan kolej kediaman (e-insentif, e-kolej, e-rayuan dan e-selenggara)
4. Menyelaraskan urusan tender sewaan perabot di kolej-kolej kediaman.
5. Menyelaras sewaan penempatan kepada pelajar semasa cuti.
6. Menyelaras permohonan penginapan transit daripada luar (termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, kolej, universiti, sekolah).
7. Lain-lain perkhidmatan; menyelaras permohonan dan penyambungan perkhidmatan Pegawai Pmbangunan Pelajar (PPP) dan Pengetua Kolej Kediaman.
Portal Rumah Sewa Non-Resident UiTM Terkini, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.
Pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.
Cara untuk membuat carian dan mendaftar portal NRHome UiTM adalah seperti berikut:
Log masuk ke pautan https://nrhome.uitm.edu.my/ menggunakan ID pelajar.Buat carian rumah sewa di kawasan berdekatan anda.Hubungi Tuan Rumah / Ejen yang berkenaan dan dapatkan maklumat yang secukupnya.Tandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.Kemaskini maklumat dalam Student Portal UiTM. Berikut disertakan infografik NRHome UiTM untuk rujukan tujuan pengiklanan oleh pemilik rumah sewa.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut berhubung unit kemudahan Kolej UiTM, sila hubungi :
Unit Kemudahan Kolej
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3520
Faks: (+603) 5544 3221
Emel: [email protected]
Whatsapp Business : https://wa.me/message/ULX73D2HNRSJC1
Portal Rasmi NRHome UiTM : https://nrhome.uitm.edu.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-e-kolej-uitm-rayuan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-e-kolej-uitm-rayuan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Uitm Semakan Surat Tawaran Pendaftaran Online

Permohonan Uitm Semakan Surat Tawaran Pendaftaran Online

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 338 hits
SEMAKAN SURAT TAWARAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA UITM SESI 1 2022 MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN BERIKUT PERMOHONAN MELALUI ONLINE UPU LEPASAN STPM MATRIKULASI KPM ASASI STAM DIPLOMA UiTM DVM DKM DLKM DIPLOMA IPT LAIN BOLEH DISEMAK ...
Jaminkerja 2 0 Perkeso Semakan Insentif Kelayakan

Jaminkerja 2 0 Perkeso Semakan Insentif Kelayakan

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 240 hits
Berita baik untuk semua Program JaminKerja 2 0 kini dibuka Dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan mata pencarian PERKESO menyediakan inisiatif JaminKerja Insentif Penggajian untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang ...
Cara Semakan Kawasan Banjir Amaran Terkini

Cara Semakan Kawasan Banjir Amaran Terkini

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 222 hits
SEMAKAN INFO BANJIR TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia pen...
Bkm Fasa 3 Semakan Tarikh Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bkm Fasa 3 Semakan Tarikh Jumlah Bayaran Setiap Kategori

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 278 hits
Tarikh Jumlah Pembayaran BKM Fasa 3 Bagi Setiap Kategori TERKINI Berita gembira buat penerima Bantuan Keluarga Malaysia Perdana Menteri BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40 Maka hari ini saya mengum...
Terkini Bkm Fasa 3 Dalam Proses Pengkreditan Semakan Status Permohonan Kini Dibuka

Terkini Bkm Fasa 3 Dalam Proses Pengkreditan Semakan Status Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 240 hits
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri baru baru ini telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi bulan September 2022 Tarikh pembayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Ba...
Permohonan Ptptn 2022 Semakan Tarikh Bayaran Online

Permohonan Ptptn 2022 Semakan Tarikh Bayaran Online

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 420 hits
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan dana pinjaman pendidikan untuk para pelajar menyambung pengajian di IPTA atau IPTS dalam Malaysia Idea asal penubuhan PTPTN pertama kali diumumkan di Perhimpunan Agung UMNO p...
Program Zero To Hero Tajaan Jaminan Penempatan Kerja Maipk

Program Zero To Hero Tajaan Jaminan Penempatan Kerja Maipk

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 183 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menawarkan Program Zero To Hero iaitu program latihan yang ditaja penuh bagi menjamin penempatan pekerjaan buat peserta Baca Juga Tarikh Tutup Permohonan Calon yang bermin...
Semakan

Semakan

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 116 hits
SEMAKAN1 Pada 23 Ogos lalu Mahkamah Persekutuan sahkan sabitan DSNR atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa Beliau juga dihukum 12 tahun penjara dan RM210 juta denda 2 Mahkamah Persetukuan ni mahkamah tertinggi negara Maknanya DSNR tak b...
Semakan Status Pembayaran Fasa 3 Dan Rayuan Bkm Boleh Dibuat Mulai 20 September Pm

Semakan Status Pembayaran Fasa 3 Dan Rayuan Bkm Boleh Dibuat Mulai 20 September Pm

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 223 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini mengumumkan pembayaran Fasa 3 dan rayuan bagi Bantuan Keluarga Malaysia akan kreditkan ke dalam akaun penerima bermula 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 Se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi