JPBM dengan kerjasama Kerajaan negeri juga telah mengarahkan pelbagai agensi & jabatan siap siaga mendepani musim banjir yang diramalkan tersebut.
Dalam musim bencana ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) adalah 3 sumber utama yang penting untuk anda semak setiap hari bagi mengetahui sebarang update atau amaran peringkat bahaya berkaitan banjir, tanah runtuh, jalan tutup dan sebagainya.
Mari lihat 5 ciri penting pada aplikasi MyPublic Infobanjir yang sangat membantu para pengguna dalam mendapatkan maklumat terperinci berkenaan amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan.
Data banjir untuk 1500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah & SarawakPeta KawasanNotifikasiSOSLokasi Pilihan Ramalan Banjir POI
Untuk semakan risiko dinaiki air melalui laman web Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) bawah ini : https://publicinfobanjir.water.gov.my/
Sebarang amaran terkini akan dinyatakan mengikut negeri seperti dalam senarai di bawah.
2. Semakan Notis Penutupan Jalan JKR
Bagi anda yang ingin memulakan perjalanan, semak dahulu lokasi perjalanan sama ada ia masih terkesan dengan banjir atau ditutup.
Info laluan alternatif atau peta lokasi juga turut disertakan bersama carian anda di bawah:
ATAU dapatkan info melalui
3. Info Cuaca / Amaran Terkini MetMalaysia
Untuk mengetahui info cuaca terkini serta amaran berkaitan hujan atau ribut, sila layari Portal Jabatan Metereologi Malaysia melalui pautan berikut: https://www.met.gov.my/
Pelbagai info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk info terkini melalui media sosial, anda juga boleh follow Twitter rasmi MetMalaysia di @metmalaysia|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |