Dulu Pas Tolak Assabiyah Sekarang Agama Bermula Dengan Kaum








Perjuangan Pas telah jauh menyeleweng dengan pelbagai pendapat baharu direka bagi membenarkan ijtihad politik yang pada suatu ketika dianggap kurang iman apabila dilakukan oleh parti musuh.





Menurut Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, ketika beliau berjuang di dalam Pas dahulu parti berkenaan amat konsisten menolak politik asabiyah, perjuangan berasaskan kaum, nasionalisme atau sebagainya.





Namun kini, pendapat terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang setelah menandatangani proklamasi Melayu bersama Tun Mahathir berputar 180 darjah membenarkan pula agama diperjuangkan secara perkauman.





"Sekarang lain pulak. Bila pi jumpa Dr Mahathir dia kata 'perjuangan Islam bermula daripada kaum'. Ayat lain pulak keluar





"(Dulu perjuangan Pas) menegakkan akidah, bukan berdasarkan kaum. Nabi sendiri melawan bapa saudaranya satu kaum, menegakkan kebenaran, kerana Islam itu bukan ditegakkan atas kaum.





"Sekarang Presiden Pas kata kita bermula daripada kaum. Jangan bimbang orang ini (mudah) berubah. Dua tahun lagi (dia mungkin kata) 'DAP sahabat kite'





"Jadi Presiden Pas ini kita tak tahu esok dia nak kata apa. Tetapi pengikut dia fanatik. Kalaulah dia kata sekarang hujan (sedangkan tidak hujan), pengikut dia akan kata hujan. Tok Guru nampak, kita tak nampak. Begitulah sikap yang ditanam," sinis Mat Sabu dalam Ceramah Jelajah Madani Kedah 2023, peringkat DUN N.33 Merbau Pulas, malam tadi.





Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi, selama puluhan tahun dalam Pas beliau telah mengikut 'buta' fatwa yang menyifatkan Umno sebagai golongan lemah iman atau bukan penganut Islam sebenar.





Namun selepas puluhan tahun itu, katanya, pemimpin Pas pula tidak segan silu berkawan dengan Umno pada 2020 - 2022 lalu dalam Muafakat Nasional.





"Kami diasuh dalam bentuk akidah, lawan Umno itu akidah. Kami diminta hafal ayat ayat Quran, Umno bukan daripada Islam. Sampai peringkat itu.





"Bukan golongan Nabi yang berjuang atas semangat assabiayah, nasionalisme dan sebagainya.





"Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada Pas kerana satu ketika dulu mereka bersama (berkawan) Umno atas MN. Mursyidul Am Pas pula kata Pas bersama Umno adalah anugerah Allah.





"Ertinya selama ini ustaz ni membohong kita. Rupanya lawan Umno ini bukan akidah tetapi politik," kata Mat Sabu lagi.





 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/dulu-pas-tolak-assabiyah-sekarang-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Lain Sekarang Sayang Atok

Dulu Lain Sekarang Sayang Atok

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 286 hits
Cuba tengok dulu bukan main walaun ni mahathir maha firaunla mahathir kacau hak orang melayula last jilat balik ap yg dikata
Dap Menentang Islam Secara Terbuka Punca Pas Tolak Kerjasama

Dap Menentang Islam Secara Terbuka Punca Pas Tolak Kerjasama

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 468 hits
agendaily com12 05 2023Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang DAP secara terbuka mencabar Islam merendahkan dan mempertikai hak istimewa Bumiputera dengan meminggirkan bahasa kebangsaan Demikian kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ket...
Takut Kepada Sekolah Tamil Dari Dulu Sekarang Dan Untuk Selamanya Pemuda Tak Ada Otak

Takut Kepada Sekolah Tamil Dari Dulu Sekarang Dan Untuk Selamanya Pemuda Tak Ada Otak

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 297 hits
Big Disclaimer This is just to make a point No negative intentions are intended towards any type of vernacular schools Muqqadimah Kenapa pula dalam negara kita di mana terdapat kumpulan penganggur dan ahli kelab tongkat yang suka bangkitkan...
Pas Suka Claim Apa Yang Orang Lain Buat

Pas Suka Claim Apa Yang Orang Lain Buat

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 525 hits
RAJA SHAHRIMM Yang buat plan menyelamatkan TH adalah Muhajid Rawa dan mantan CEO TH Nik Hasyudeen tapi yang claim kredit PAS
Pn Dan Pas Ni Dengar Ka Suara Rakyat Rakyat Keriau Nak Air Hangpa Dengar Ka

Pn Dan Pas Ni Dengar Ka Suara Rakyat Rakyat Keriau Nak Air Hangpa Dengar Ka

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 254 hits
Amat menggelikan hati bila Ketua Penerangan PAS kata PH akan tewas PRN kerana tak dengar suara rakyat Tewas atau tidak itu soal kedua Tapi yang aku nak sentuh tu dia kata tak dengar suara rakyat Macamlah PN dan PAS dengar suara rakyat Cuba ...
Beri Pengampunan Kepada Najib Lebih Dekat Dengan Kaedah Islam Kata Pemimpin Pas

Beri Pengampunan Kepada Najib Lebih Dekat Dengan Kaedah Islam Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 270 hits
freemalaysiatoday com 29 Apr 2023 3 12pmZaharuddin Muhammad berkata perbicaraan Najib tidak mengikut garis panduan Islam memandangkan timbulnya dakwaan konflik kepentingan berkaitan Hakim Nazlan Ghazali Ketua PAS Kawasan Subang Zaharuddin M...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbandingan Iphone 17 Vs Iphone 16 Apa Yang Berubah Berbaloi

Gunung Lewotobi Laki Laki Meletus Lagi Bunyi Gemuruh Kuat Kedengaran

Survey Seven In 10 Malaysians Back Social Media Ban For Children Below 14

Secret Pas Meeting With Pmx Zahid Ignites Speculation Of Bersatu Pas Break Up Before Ge16

Medical Informatics Masters Malaysia 2025 Guide To Fees Careers

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira