Beri Pengampunan Kepada Najib Lebih Dekat Dengan Kaedah Islam Kata Pemimpin Pas


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters 
- 29 Apr 2023, 3:12pm
Zaharuddin Muhammad berkata, perbicaraan Najib tidak mengikut ‘garis panduan Islam’, memandangkan timbulnya dakwaan konflik kepentingan berkaitan Hakim Nazlan Ghazali.
Ketua PAS Kawasan Subang Zaharuddin Muhammad berkata, membebaskan Najib Razak dengan pengampunan diraja adalah lebih dekat dengan kaedah Islam.
PETALING JAYA: Langkah memberikan pengampunan diraja kepada Najib Razak ialah jalan terbaik menurut perspektif Islam, berbanding mengekalkan bekas perdana menteri itu di dalam penjara, kata seorang pemimpin PAS Selangor.

Ketua PAS Kawasan Subang Zaharuddin Muhammad berkata demikian susulan pendedahan mengenai Hakim Nazlan Ghazali yang mempengerusikan perbicaraan rasuah SRC International Najib.

Zaharuddin berkata, perbicaraan Najib tidak mengikut “garis panduan Islam”, memandangkan timbulnya dakwaan konflik kepentingan berkaitan Nazlan.

“Antara mengekalkan Najib dalam penjara dan juga membebaskan dengan pengampunan, maka membebaskan dengan pengampunan adalah lebih dekat dengan kaedah Islam,” katanya menerusi video TikTok hari ini.

Mengikut undang-undang Islam, katanya, hakim dalam kes seperti ini perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, bukan seseorang yang dilantik atas nasihat perdana menteri.

Keadilan “perlu dikembalikan” dengan memisahkan badan kehakiman dan eksekutif, tambahnya.

Kata Zaharuddin lagi, menurut undang-undang Islam, hakim juga tidak mempunyai kuasa untuk menolak keterangan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Memetik sumber, FMT melaporkan semalam bahawa Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonan pengampunan bagi Najib.

Sumber itu menyangkal laporan mendakwa lembaga yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan membincangkan permohonan Najib hari ini.

Presiden Umno Zahid Hamidi turut menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen tidak sepatutnya berhubung isu itu, susulan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang merayu agar permohonan pengampunan bekas presiden Umno itu ditolak.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Nazlan, ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.

Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib memulakan hukuman penjara pada 23 Ogos tahun lepas, sejurus selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/beri-pengampunan-kepada-najib-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Komen Tidak Sepatutnya Isu Pengampunan Najib Kata Zahid

Henti Komen Tidak Sepatutnya Isu Pengampunan Najib Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 556 hits
Henti komen tidak sepatutnya isu pengampunan Najib kata Zahid Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Apr 2023 1
Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 282 hits
Selera pemimpin ketiga tiga parti ini lebih cocok sama perangai Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun sebagai PM berbanding dengan pemimpin lain Pengalaman malu kucing kerjasama umno PAS di PRU14 akhirnya ma...
Subang Chief S Remarks On Najib A Personal View Says Pas Veep

Subang Chief S Remarks On Najib A Personal View Says Pas Veep

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 464 hits
Idris Ahmad said Zaharuddin Muhammad was probably giving his personal opinion about Najib Razak s trial and pardon application PETALING JAYA Remarks by a Selangor PAS leader about a royal pardon for Najib Razak do not reflect the party s po...
Pas Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

Pas Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 344 hits
SHAH ALAM Penganalisis menjangkakan Pas akan mengekalkan kuasa di Kelantan Terengganu dan Kedah dan bakal memenangi lebih banyak kerusi di Pulau Pinang Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia Profesor Sivamurugan Pandian berkata jang...
Yoursay Hadi S Son In Law May Prompt Najib Fans To Back Pas

Yoursay Hadi S Son In Law May Prompt Najib Fans To Back Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 431 hits
YOURSAY Silly thing is Hadi has been boasting about PAS credentials against corruption Kilimanjaro Subang PAS chief Zaharuddin Muhammad is trying to create trouble Perhaps he thinks that this may prompt jailed ex prime minister Najib Abdul ...
Pas Is Not About Islam Says J Kom While Dap Says Pas Is Too Islamic

Pas Is Not About Islam Says J Kom While Dap Says Pas Is Too Islamic

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 414 hits
PAS has totally changed says Datuk Mohammad Agus Yusoff in expressing his discomfort over the Islamist party s current politics I was raised in a PAS family I was supporting PAS until my adulthood although I was never a PAS member The basis...
Dap Ph Akan Lebih Rugi Dalam Pakatan Dengan Umno Kata Penganalisis

Dap Ph Akan Lebih Rugi Dalam Pakatan Dengan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 270 hits
Nur Jazlan berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Naib Pengerusi DAP Perak Abdul Aziz Bari bahawa sokongan Melayu telah beralih daripada Umno kepada Perikatan Nasional DAP dan Pakatan Harapan akan lebih rugi dalam pakatan mereka bersama ...
Anna Jobling Teringin Nak Masuk Miss Universe Netizen Kata Jangan Perasan Muka You Bersepah Dekat Uk

Anna Jobling Teringin Nak Masuk Miss Universe Netizen Kata Jangan Perasan Muka You Bersepah Dekat Uk

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 279 hits
Pelakon Anna Jobling tidak menolak peluang sekiranya dia dipilih untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia dan mewakili negara ke peringkat Miss Universe Bukan itu sahaja Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abd...
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord

Drama Doa Yang Terlindung

Lirik Lagu Hanya Kamu Adira Suhaimi Shahir Zawawi

Rembayung Restoran Khairul Aming Dibuka Januari 2026

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rekaan Grafik Yang Kuat Mampu Mengubah Cara Pelanggan Melihat Jenama Anda

Thank God Ledge Keberanian Dan Ketinggian Di Half Dome Yosemite

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand

Laluan Tapah Cameron Highlands Ditutup 4 Jam Esok