Miss Hammurabi - Korean Drama Review
Lebih menarik bila drama ini berdasarkan kisah benar juga kerana penulis novelnya juga merupakan seorang hakim. Jadi banyak isu - isu yang dipaparkan dalam drama ini berdasarkan kisah benar gitu. Bila tengok drama Ms. Hammurabi ni penonton akan faham bahawa tugas seorang hakim tidak mudah kerana satu keputusan yang salah akan membuatkan semuanya jadi hancur. Malah semua keputusan hakim perlu dibuat mengikut undang - undang dan bukannya mengikut emosi sendiri. Walaupun kadang - kala hakim tu sendiri merasakan undang - undang yang sedia ada tidak adil dan berat sebelah. Jalan cerita drama ini bergerak laju dan aku rasa jalan cerita drama Miss Hammurabi ini makin best dan mendebarkan bermula episod 4, iaitu ketika Park Cha Oh Reum berani mengambil tindakan ke atas hakim yang lebih senior darinya.
Selain itu ramai yang memuji lakonan Go Ara dalam drama ini kerana wataknya sebagai Park Cha Oh Reum sangat sesuai dengan dirinya. Gandingan Go Ara dan L dalam drama ini juga nampak serasi dan comel. Lebih menarik bila personaliti watak Go Ara dan L sangat berbeza bagai langit dan bumi, tapi masih saling memahami. Malah aku juga suka dengan sikap berani Park Cha Oh Reum dalam drama ini, walaupun akhirnya akan ada sesuatu yang berlaku sehingga menyebabkan dia mempersoalkan dirinya sama ada dia layak atau tidak untuk terus menjadi seorang hakim. Dalam drama ini juga turut diselitkan kisah cinta antara Park Cha Oh Reum dan juga Im Ba Reun lakonan L. Namun kisah cinta mereka bermula dengan perlahan dan tidak begitu menonjol. Paling lawak bila Park Cha Oh Reum siap reject lagi cinta Im Ba Reun itu.
Selain gandingan Go Ara dan L yang jadi perhatian dalam drama ini. Gandingan next couple iaitu Lee Do Yeon lakonan Lee Elijah dan Jung Bo Wang lakonan Ryu Deok Hwan juga amat menarik dan kelakar. Aku suka tengok Lee Elijah dalam drama ini sebab dia memang sentiasa cantik gitu, malah wataknya juga digambarkan sebagai seorang wanita yang bijak kiranya macam beauty with brain gitu walaupun dia bukan bekerja sebagai hakim. Selain itu memang banyaklah scene - cene di mahkamah sebab cerita pun pasal hakim kan, ada banyak perbicaraan yang menarik di mahkamah tersebut antaranya perbicaraan tentang kes gangguan seksual, kes perebutan harta pusaka antara adik - beradik, kes kecurian, kes bunuh dan banyak lagi. Drama ini turut mengupas tentang konflik dalaman dalam institusi kehakiman itu sendiri seperti isu rasuah, isu menindas pekerja bawahan dan sebagainya.
Lagu tema / OST Miss Hammurabi ini tak ada yang menarik perhatian aku, semuanya biasa - biasa saja. Kalau korang nak baca sinopsis penuh drama Korea Miss Hammurabi ini, korang boleh klik saja link di bawah sekali ye. Manakala ending drama Korea Miss Hammurabi ini memang happy ending gitu. Apa pun aku rasa berbaloi menonton drama ini kerana ada banyak pengajaran dan aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |