Review Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim
Aku rasa drama What's Wrong With Secretary Kim ini bermula dengan baik, tapi bila sampai di pertengahan cerita, drama ini dah jadi bosan. Plus ada banyak adegan flashback masa diorang kecil semua, tapi pelakon kanak - kanak tu memang comel, pandai betul diorang berlakon. Ada beberapa pelakon popular yang turut membuat special appearance / cameo dalam drama ini iaitu pelakon Jung Yu Mi serta pelakon Lee Min Ki dan Jung So Min yang sebelum ini popular dengan drama Because It Is My First Life. Agak annoying juga dengan watak Lee Young Joon lakonan Park Seo Joon tu yang sangat perasan bagus dan perasan perfect sangat tu. Tapi aku suka tengok Park Min Young dalam drama ini iaitu sebagai Kim Mi So yang jadi setiausaha / pembantu peribadi Lee Young Joon tu. Park Min Young kelihatan sangat elegan dan cantik dalam drama ini, selain itu aku rasa banyak scene - scene kelakar dalam drama ini datangnya dari watak - watak pelakon pembantu. Watak utama dalam drama ini tak adalah kelakar sangat sebab lebih fokuskan tentang kisah cinta antara diorang. Konflik dalam drama ini juga tak banyak cuma ada sikit je, antaranya adalah konflik Lee Young Joon dengan abang kandungnya Lee Sung Yeon lakonan Lee Tae Hwan yang agak dingin antara satu sama lain disebabkan kisah silam mereka masa kecil dulu.
Aku tak nafikan yang aku agak struggle juga untuk menghabiskan menonton drama 16 episod ini sebab terdapat beberapa episod yang membosankan. Tapi sebab dah tonton tu aku habiskan juga menonton drama ini sebab nak tahu endingnya macam mana kan. Apa pun ending drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini memang happy ending gitu. Secara keseluruhannya drama ini mengisahkan tentang Kim Mi So yang merupakan setiausaha terbaik Lee Young Joon dan telah berkhidmat untuk Lee Young Joon selama 9 tahun. Namun tak lama kemudian Lee Young Joon terkejut apabila mengetahui Kim Mi So ingin berhenti kerja dan ingin memfokuskan tentang kehidupannya. Lee Young Joon tidak dapat menerima perletakkan jawatan Kim Mi So dan mula mencari jalan untuk meghalang Kim Mi So dari meletak jawatan dan meninggalkan dirinya. Lee Young Joon juga turut mengajak Kim Mi So untuk berkahwin dengannya namun Kim Mi So tetap dengan pendiriannya ingin berhenti kerja dan reject semua lamaran Lee Young Joon itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Apa pun aku bagi 6.5/10 Bintang untuk drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |