Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective
Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective
Hari ini aku nak share sinopsis drama Korea The Ghost Detective pula, sejujurnya aku memang suka drama ini yang bergenre seram gitu. Aku suka elemen suspen dan misteri yang ada dalam drama ini, semuanya cukup lengkap, malah OST The Ghost Detective juga best. Pendek katanya Korean Drama The Ghost Detective ini memang best untuk ditonton, Antara barisan pelakon drama The Ghost Detective ini adalah seperti berikut :-1) Choi Daniel sebagai Lee Da Il2) Park Eun Bin sebagai Jung Yeo Wool3) Lee Ji Ah sebagai Sun Woo Hye4) Kim Won Hae sebagai Hang Sang Sub5) Lee Jae Kyoon sebagai Park Jung Dae6) Lee Joo Young sebagai Gil Chae Won7) Shin Jae Ha sebagai Kim Gyeol 8) Chae Ji An sebagai Jung Yi Rang9) Park Jo Hee sebagai Baek Da Hee10) Jeon Bae Su sebagai Jeon Deok Joong
Awalnya aku ingatkan drama Korea The Ghost Detective ini berkisarkan tentang detective atau penyiasat persendirian yang menyiasat pasal hantu mahu pun bekerjasama dengan hantu ke untuk menyelesaikan sesuatu kes, rupa - rupanya detective tu sendiri yang jadi hantu dan sedaya upaya untuk menangkap hantu jahat yang menganggu dirinya dan orang - orang di sekelilingnya. Untuk sinopsis penuh drama ini, korang boleh baca di bawah ye. Selamat membaca.
Sinopsis Penuh Drama Korea The Ghost Detective
Mengisahkan Lee Da Il yang merupakan bekas tentera yang dilucutkan jawatannya disebabkan satu kes kontroversi. Selepas itu dia bekerja bersama dengan Han Sang Sun menjadi penyiasat persendirian. Lee Da Il seorang penyiasat yang cekap dan bagus namun begitu dia hanya menyiasat kes - kes yang menarik minatnya sahaja. Tak lama kemudian Lee Da Il bersetuju untuk menyiasat satu kes mengenai penculikan kanak - kanak di satu kawasan perumahan. Lee Da Il dapat mengagak yang kes penculikan berkenaan sangat unik dan misteri. Manakala Jung Yeo Wool pula masih bersedih dengan kematian adiknya Jung Yi Rang yang mati bunuh diri. Bagi Jung Yeo Wool, adiknya mati bukan sebab bunuh diri tapi disebabkan seorang perempuan misteri yang berpakaian merah. Jung Yeo Wool sempat melihat perempuan berbaju merah berkenaan tapi yang peliknya orang lain tidak nampak perempuan tersebut.
Jung Yeo Wool juga cuba menyakinkan polis mengenai kewujudan perempuan misteri berpakaian merah di tempat kejadian. Namun polis langsung tidak mempercayainya. Tak lama kemudian Jung Yeo Wool terlihat Lee Da Il dan partnernya sedang menyiasat mengenai kes penculikan dan mula memerhati gerak - geri Lee Da Il. Setelah yakin Lee Da Il akan mempercayai ceritanya, Jung Yeo Wool mula mendekati Lee Da Il dengan cara cuba meminta kerja dengan Lee Da Il dan partnernya. Lee Da Il yang yakin Jung Yeo Wool ada niat lain ketika meminta kerja dengannya akhirnya menyuruh Yeo Wool untuk berterus - terang tentang sebab dia datang ke situ. Akhirnya Jung Yeo Wool berterus - terang dan menceritakan segalanya pada Lee Da Il dan merayu pada Lee Da Il untuk menyiasat mengenai kes kematian adiknya yang misteri itu.
Siapa sangka Lee Da Il itu juga pernah melihat perempuan berpakaian merah itu juga dan perempuan tersebut juga adalah penyebab kematian ibu Lee Da Il. Selepas itu Yeo Wool menjadi pembantu Lee Da Il dan mereka berdua cuba menyiasat kes perempuan berbaju merah itu dan juga kes penculikan. Walaubagaimanapun ketika Lee Da Il menyiasat kes penculikan berkenaan dia telah dibunuh. Kini Lee Da Il telah menjadi hantu, namun Lee Da Il masih dapat dilihat oleh Jung Yeo Wool. Walaupun telah menjadi hantu Lee Da Il tetap komited untuk menyiasat mengenai perempuan berbaju merah tersebut dan lebih dasyat lagi perempuan tersebut turut menjadi punca Lee Da Il dibunuh. Akhirnya Lee Da Il mengetahui mengenai identiti sebenar perempuan misteri berbaju merah itu. Perempuan tersebut bernama Sun Woo Hye dan dia kini berada dalam keadaan koma. Namun roh jahat Sun Woo Hye ini boleh berkeliaran dan merasuk mana - mana manusia yang dia mahu. Malah dia juga mampu mengarahkan sesiapa saja untuk mengikut arahannya dan melakukan kejahatan.
Walaubagaimanapun Sun Woo Hye gagal untuk merasuk dan membuat Lee Da Il dan Jung Yeo Wool untuk mengikut arahannya. Sejak dari itu Sun Woo Hye mula obses dengan Yeo Wool dan Lee Da Il, Sun Woo Hye berazam akan membunuh semua orang yang disayangi oleh Lee Da Il itu satu - persatu. Tak lama kemudian Lee Da Il dapat mencari tubuh Sun Woo Hye yang masih koma itu dan menikamnya. Lee Da Il menyangka tindakannya itu akan dapat membuat Sun Woo Hye benar -benar mati dan menghentikan roh jahat Sun Woo Hye dari terus berkeliaran. Namun tindakannya itu memakan diri apabila Sun Woo Hye kini bangun dari koma dan dapat menggunakan tubuhnya sepenuhnya, malah kuasanya juga makin hebat. Apa yang berlaku seterusnya?.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darihatimissmulan.blogspot.com/2018/12/sinopsis-drama-korea-ghost-detective.html