Dr M Pertimbang Sertai Pru Mengejut Dengan Parti Baru


Sekiranya pilihan raya mengejut diadakan, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan penyokongnya mungkin bertanding di bawah parti politik baru.
Pemimpin berusia 95 tahun itu juga berkata beliau akan tetap berkempen tetapi membayangkan tidak memainkan peranan utama.
Beliau berkata demikian semasa wawancara video baru-baru ini bersama laman web berita perniagaan yang berpangkalan di Hong Kong, Investvine.
Terdahulu beliau ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya umum mengejut di tengah-tengah iklim politik yang tidak stabil sekarang.
“Saya akan sangat tua pada masa itu. Saya mungkin akan berada ‘di tepi-tepi’ saja, menolong orang lain, menolong parti saya sendiri untuk bertanding dan semoga (kami) dapat memperoleh beberapa kerusi.
“Tetapi parti saya sendiri (Bersatu) kini terbahagi kepada dua – satu bahagian bersama kerajaan dan satu bahagian lagi berpihak kepada saya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan saya tidak dapat bertanding atas nama parti itu.
“Jadi kami berhadapan dengan kemungkinan perlu bertanding dengan nama parti yang berbeza, mungkin parti baru. Jadi keadaan pada masa ini sangat tidak menentu,” jawabnya.
Pada bulan Mei, Mahathir dan empat penyokongnya disingkir daripada Bersatu – parti yang diasaskan beliau sendiri.
Ini berlaku selepas kumpulan itu secara terbuka enggan tunduk kepada presiden parti Muhyiddin Yassin, yang secara peribadi dituduh oleh Mahathir mengkhianatinya untuk jawatan perdana menteri.
Kumpulan pemimpin Bersatu yang berpihak kepada Mahathir ini juga pernah duduk sebagai ahli parlimen bebas ketika persidangan Dewan Rakyat 18 Mei.
Kumpulan itu sejak itu memulakan tuntutan undang-undang terhadap langkah penyingkiran itu.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Langkawi mengulangi ramalannya Bersatu akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.
“Parti kami sendiri – baik yang ada di dalam kerajaan dan di luar kerajaan – kami telah kehilangan sokongan daripada gabungan kami sebelumnya (Pakatan Harapan) dan kami tidak mendapat sokongan daripada Umno dan semua (parti daripada) gabungan baru itu.
“Jadi prestasi akan sangat buruk kepada parti,” katanya semasa wawancara itu.
Pada Februari lalu, Bersatu keluar PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama Umno, PAS, GPS, PBS dan Star dalam rampasan kuasa politik yang kini dikenali sebagai “Langkah Sheraton.”
Walau bagaimanapun, rintangan terhadap cengkaman kekuasaan PN telah menimbulkan kebimbangan bahawa kejatuhannya mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa.
Selepas PH berulang kali mengancam akan melancarkan serangan balas, beberapa pemimpin Umno menggesa supaya pilihan raya diadakan untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik.
Dalam undian untuk menyingkirkan speaker Dewan Rakyat semalam, PN mempunyai majoriti tipis 111 sokongan ahli parlimen berbanding 109 MP pembangkang.
The post Dr M pertimbang sertai PRU mengejut dengan ‘parti baru’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/14/dr-m-pertimbang-sertai-pru-mengejut-dengan-parti-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru Mengejut Wow

Pru Mengejut Wow

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 420 hits
Hamzah ZainuddinMenteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini berkata beliau tidak tahu menahu berhubung kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan pada bila bila masa Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagan...
Azmin Akan Ke Melaka Jika Pru Mengejut

Azmin Akan Ke Melaka Jika Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 267 hits
Via WhatsApp Mungkin dapat dinilai dari dua video tular ini kedudukan sebenar karier politik Menteri Paling Kanan Azmin Ali dalam arena politik masa kini Umno dan PAS sudah mengesahkan ketidakselarian mereka dengan watak perangai track reco...
Adun Sg Acheh Akan Sertai Pn Parti Mana Belum Tentu

Adun Sg Acheh Akan Sertai Pn Parti Mana Belum Tentu

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 396 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim yang ternyata kecewa dengan PKR bakal menyertai parti gabungan Perikatan Nasional Katanya beliau langsung tidak diberi peluang untuk membela diri atau rayuan dan terkejut menerima sur...
Ph Johor Setuju Bentuk Kabinet Bayangan Bersiap Pru Mengejut

Ph Johor Setuju Bentuk Kabinet Bayangan Bersiap Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 274 hits
A A Pakatan Harapan Johor bersetuju untuk membentuk kabinet bayangan bagi memantau kerajaan negeri yang ditadbir Perikatan Nasional Pakatan Harapan Johor akan mewujudkan kabinet bayangan untuk memainkan peranan semak imbang terhadap polisi ...
Boleh Simpan Yb Belot Tetapi Kerusi Pru Milik Parti Dahulu

Boleh Simpan Yb Belot Tetapi Kerusi Pru Milik Parti Dahulu

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 260 hits
Kamu boleh simpan YB belot tetapi kerusi tetap milik parti dimenangi dahulu Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebooknya hari ini seakan akan memberi amaran kepada Parti P...
Syed Saddiq Ketua Pemuda Keluar Parti Bukan Sesuatu Yang Baru

Syed Saddiq Ketua Pemuda Keluar Parti Bukan Sesuatu Yang Baru

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 499 hits
KOMENTAR MENGENAI KETUA ARMADA MALAYSIA YG TERLUCUT HAK KEPARTIANNYAPemerhati politik dan peminat isu semasa sudah pasti tidak heran dgn berita terkini mengenai 1 kenyataan media daripada ARMADA peringkat nasional baru baru ini Diantara int...
Mahathir Buka Parti Baru

Mahathir Buka Parti Baru

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 492 hits
Mahathir Buka Parti Baru Sekiranya pilihan raya mengejut diadakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan penyokongnya mungkin bertanding di bawah parti politik baru Pemimpin berusia 95 tahun itu juga berkata beliau aka...
Jangan Berlengah Lagi Lebih Baik Mahathir Cepat Cepat Tubuh Parti Baru

Jangan Berlengah Lagi Lebih Baik Mahathir Cepat Cepat Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 268 hits
Dalam ucapannya di Program Jelajah Bersatu Blackout di Kedah Sabtu lalu Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata sama ada beliau akan menubuhkan sebuah parti baru atau tidak hanya akan diputuskan selepas 7 Ogos depan 7 Ogos adalah hari di ma...
Pelompat Parti Boleh Sertai Parti Lain Lawan

Pelompat Parti Boleh Sertai Parti Lain Lawan

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 277 hits
PELOMPAT parti selepas Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 pada 2018 boleh bertanding kerusi sama tetapi lawan UMNO Ini kerana susulan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Mersing Dr Abdul Latiff Ahmad menghina parti ti...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine