Pru Mengejut Wow


B Nantha Kumar
Hamzah ZainuddinMenteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini berkata beliau tidak tahu menahu berhubung kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkaitan kesediaan PN mengadakannya semalam.

"Saya tidak tahu (mengenai pilihan raya mengejut).

“Saya cuma menteri yang biasa yang hanya menjaga rakyat menjaga sekuriti keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan kapal peronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini di Pelabuhan Klang.

Azmin yang semalam memberitahu PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah cukup kriteria untuk mengadakan pilihan raya mengejut.
Mohamed Azmin Ali Azmin berkata ini kerana kerajaan telah berjaya menangani krisis kesihatan awam, politik dan ekonomi.

PRU boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kata Azmin lagi ketika acara makan malam di Johor Bahru semalam, seperti dipetik Sin Chew Daily.

Bagaimanapun, Hamzah yang setiausaha agung Bersatu berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung pilihan raya mengejut.

Malah, beliau secara berseloroh meminta pemberita membangkitkan perkara itu kepada menteri berkenaan.

"Kenapa kamu tidak tanya soalan ini kepada menteri yang membangkitkan isu ini? Apa dia kata?" tanya Hamzah.

Namun, selepas pemberita menjelaskan bahawa menteri itu telah pun menjawab berkata pilihan raya mengejut akan diadakan secepat mungkin, Hamzah teruja dengan berkata "wow".

"Wow, saya tidak tahu kerana saya bukan menteri kanan. Mungkin ini (bila pilihan raya mengejut diadakan) antara menteri kanan di peringkat perdana menteri sahaja," katanya.

Tambah beliau pilihan raya mengejut bukan agenda utamanya.

"Pilihan raya diadakan pada masa terdekat atau masa yang panjang itu tidak menjadi agenda utama saya.

"Agenda utama saya adalah supaya rakyat yakin dengan kepimpinan yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan kerajaan perikatan nasional yang benar-benar mempunyai gabungan agak lebih teguh kerajaan sebelum ini," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/pru-mengejut-wow.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 432 hits
Annuar Umno PAS sokong Muhyiddin sebagai PM jika PRU mengejut Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara me...
Ph Johor Setuju Bentuk Kabinet Bayangan Bersiap Pru Mengejut

Ph Johor Setuju Bentuk Kabinet Bayangan Bersiap Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 286 hits
A A Pakatan Harapan Johor bersetuju untuk membentuk kabinet bayangan bagi memantau kerajaan negeri yang ditadbir Perikatan Nasional Pakatan Harapan Johor akan mewujudkan kabinet bayangan untuk memainkan peranan semak imbang terhadap polisi ...
Ibrahim Ali Persoal Umno Gesa Mahu Segera Pru Dakwa Ada Maksud Tersirat

Ibrahim Ali Persoal Umno Gesa Mahu Segera Pru Dakwa Ada Maksud Tersirat

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR 26 Jun Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali mendakwa tindakan sebilangan pemimpin Umno mendesak agar pilihan raya umum diadakan segera adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pe...
Penganalisis Ramal Umno Tinggalkan Pn Dan Bersama Mn Pada Pru 15

Penganalisis Ramal Umno Tinggalkan Pn Dan Bersama Mn Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 388 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berpandangan Umno akan memilih untuk bekerjasama dengan PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang daripada menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional Umno tahu ia dapat lebih manfaat daripad...
Bekas Gelandangan Antara Bakal Calon Pru Singapura

Bekas Gelandangan Antara Bakal Calon Pru Singapura

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 278 hits
DEBARAN Buat julung kalinya Singapura mengadakan Pilihan Raya Umum dalam suasana penuh norma baharu susulan pandemik global Covid 19 yang masih lagi belum reda Pesta demokrasi bakal berlangsung pada 10 Julai depan itu juga menyaksikan 2 653...
Pru 15 Mungkin Lima Bulan Lagi Tok Mat

Pru 15 Mungkin Lima Bulan Lagi Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 311 hits
BARISAN Nasional digesa bersiap siaga untuk menghadapi pembubaran Parlimen yang dijangka berlaku dalam masa lima bulan akan datang Ini kerana kerajaan bukan diterajui oleh UMNO sebaliknya adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dikatakan...
Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 425 hits
SALAH seorang dari mereka ini akan menjadi Perdana Menteri ke 9 jika PRU dibuat sekarang dan Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat tempohnya dalam sejarah Tanah Melayu Hari desakan demi desakan dibuat oleh pemimpin Um...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat