Jangan Berlengah Lagi Lebih Baik Mahathir Cepat Cepat Tubuh Parti Baru



Dalam ucapannya di Program Jelajah Bersatu Blackout di Kedah Sabtu lalu, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, sama ada beliau akan menubuhkan sebuah parti baru atau tidak hanya akan diputuskan selepas 7 Ogos depan.7 Ogos adalah hari di mana mahkamah akan memberikan keputusan berhubung kesahihan kes pemecatan Tun Mahathir bersama beberapa pemimpin lain daripada Bersatu.Menurut Tun Mahathir, jika kalah dalam kes mahkamah itu, beliau akan menubuhkan sebuah parti baru untuk meneruskan perjuangannya.“Jika menang, saya akan ambil alih Bersatu dan usir Muhyiddin Yassin daripada Bersatu,” tambahnya lagi.Bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan, beliau tidak akan bekerjasama lagi dengan PH kerana gabungan itu masih mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.“Saya memang tidak boleh bekerjasama dengan Anwar,” akuinya dengan berterus-terang.Dengan kenyataan ini, pendirian politik Tun Mahathir adalah jelas dan tidak lagi sukar difahami iaitu beliau ingin terus menjatuhkan Muhyiddin serta tidak mahu bekerjasama lagi dengan Anwar dan PH.Dalam waktu yang sama, oleh kerana di dalam PN ada Muhyiddin, Najib Razak dan UMNO yang juga dimusuhinya, pastilah beliau juga tidak akan bekerjasama dengan gabungan kerajaan itu.Maka, pilihan yang tinggal hanyalah bersendirian untuk mencapai cita-citanya itu.Tetapi, berjuang bersendirian tanpa parti juga adalah mustahil mampu memberikan hasil yang diingininya itu.Mahu tidak mahu, menubuhkan parti baru adalah suatu keperluan dan tidak dapat dielakkan lagi bagi Tun Mahathir.Dalam hal ini, Tun Mahathir sepatutnya tidak perlu menunggu sehingga 7 Ogos untuk memutuskan sama ada mahu menubuhkan sebuah parti lain atau pun tidak.Beliau perlu menubuhkan parti baru itu sekarang juga atau mengambil alih mana-mana parti kecil yang tidak beroperasi untuk menunjukkan keseriusannya mahu menjatuhkan Muhyiddin dan menyaingi PH.Ini kerana apa-apa keputusan mahkamah pada 7 Ogos nanti, ia pasti akan berlanjutan dengan proses rayuan dan akan memerlukan lebih banyak masa sebelum sesuatu yang muktamad ditetapkan.Dalam waktu yang sama, para penyokongnya tentu akan terus berada dalam ketidaktentuan tanpa parti untuk meneruskan perjuangan.Menubuh parti baru atau mengambil alih parti lain sebagai persediaan awal adalah lebih munasabah dan jika keputusan mahkamah memihak kepadanya, Tun Mahathir boleh saja menggabungkan parti itu dengan Bersatu yang berjaya diambil alihnya supaya perjuangannya menjadi lebih besar lagi.Lagi pula, dengan ketidaktentuan sokongan yang dialami dalam kerajaan, selain tekanan daripada UMNO, adalah tidak mustahil Muhyiddin akan membubarkan Parlimen lebih awal daripada jangkaan.Untuk menghadapi situasi itu, Tun Mahathir pasti perlukan sebuah parti sebagai wadah untuk bertanding dalam pilihanraya.Lagi pula, dengan langkah menubuhkan parti, Tun Mahathir juga boleh mulai menarik ahli-ahli Bersatu yang masih menyokong perjuangannya untuk menyertai parti baru yang ditubuhkannya itu.Jika misalnya berjaya menarik lebih separuh daripada ahli-ahli Bersatu yang ada sekarang untuk menyertai parti barunya, bermakna Tun Mahathir sudah berjaya menjatuhkan Muhyiddin sebelum pun PRU tiba.Kepada Tun Mahathir, usah berlengah lagi dan jangan nanti, setelah Parlimen dibubarkan, baru tercari-cari parti dan logo untuk digunakan dalam pilihanraya.
 (Shahbudindotcom 20/07/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/jangan-berlengah-lagi-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Buka Parti Baru

Mahathir Buka Parti Baru

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 562 hits
Mahathir Buka Parti Baru Sekiranya pilihan raya mengejut diadakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan penyokongnya mungkin bertanding di bawah parti politik baru Pemimpin berusia 95 tahun itu juga berkata beliau aka...
Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 391 hits
Kita tunggu keputusan mahkamah sama ada buat parti atau tidak LANGKAWI 4 Zulhijjah 1441H Sabtu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak ...
Kemunculan Virus Baru Yang Lebih Bahaya Dari Covid 19 Di Kazakhstan

Kemunculan Virus Baru Yang Lebih Bahaya Dari Covid 19 Di Kazakhstan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 380 hits
Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu pneumonia tidak dikenali yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID 19 Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sej...
Tun M Tubuh Parti Baharu Atau Sertai Warisan Diketahui Selepas 7 Ogos Ini

Tun M Tubuh Parti Baharu Atau Sertai Warisan Diketahui Selepas 7 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 581 hits
Keputusan kumpulan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu atau menyertai Parti Warisan Sabah hanya akan diputuskan selepas 7 Ogos ini Bekas Setiausaha Agung Bersatu Senator Datuk...
Sebut Jenazah Covid 19 Lebih Baik Dibakar Mendagri Tito Ucapan Saya Dipotong

Sebut Jenazah Covid 19 Lebih Baik Dibakar Mendagri Tito Ucapan Saya Dipotong

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 343 hits
Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian menuai sorotan terkait ucapanya yang menyebut jenazah Covid 19 secara teori lebih baik dibakar dalam kegiatan webinar Forum Kerukunan Umat Beragama Mantan Kapolri itu pun melakukan klarifikasi atas ucapan...
Tiba Masa Satukan Melayu Bukan Berpecah Tubuh Parti Baharu

Tiba Masa Satukan Melayu Bukan Berpecah Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 429 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarJika pemimpin berterusan main politik orang Melayu takkan majuBANGI 28 Zulkaedah 1441H Isnin Penganalisis politik memberi amaran terlalu banyak parti politik Melayu bukan sahaja menyebabkan perpecahan bahkan cen...
Vivo Bakal Bawa Masuk Siri X50 Tawarkan Ciri Gimbal Untuk Rakaman Yang Lebih Baik

Vivo Bakal Bawa Masuk Siri X50 Tawarkan Ciri Gimbal Untuk Rakaman Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 380 hits
Vivo Malaysia baru jer mengesahkan yang tak lama lagi mereka akan lancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri X50 di Malaysia guys Seperti yang Ohmedia share sebelum ni siri X50 ni didatangkan dengan tiga varian tapi masih belum pasti ...
Belum Ada Pengganti Hafreez Adam Akui Lebih Berhati Hati Dalam Mencari Cinta Baru

Belum Ada Pengganti Hafreez Adam Akui Lebih Berhati Hati Dalam Mencari Cinta Baru

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 425 hits
Setelah melalui episod putus tunang tempoh hari pelakon Hafreez Adam mengakui dia kini masih solo dan belum menjumpai pengganti yang baru Namun lain pula buat bekas tunangnya Zara Zya yang secara terbuka memberitahu umum bahawa dirinya kini...
Terdedah Pada Asap Rokok Punca Anak Terkena Jangkitan Telinga Cegah Lebih Baik Dari Rawat

Terdedah Pada Asap Rokok Punca Anak Terkena Jangkitan Telinga Cegah Lebih Baik Dari Rawat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 503 hits
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak kanak Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak kanak Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya Kebanyakan kanak kanak mendapat sekura...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku