Boleh Simpan Yb Belot Tetapi Kerusi Pru Milik Parti Dahulu


“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.”
Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebooknya hari ini, seakan-akan memberi amaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menerima penyertaan beberapa bekas ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu sebelum ini.
Tanpa menyebut mana-mana parti, Ahmad Shabery turut menggunakan analogi cerita juruterbang belot di negara Timur Tengah bagi menggambarkan pendirian beliau menolak kerjasama pengagihan kerusi pilihan raya dengan parti menerima wakil rakyat pembelot.
“Dalam sejarah perang, terutama di Timur Tengah, paling banyak cerita pilot (juruterbang) belot. Bawa pesawat terbang melarikan diri dari perang dan mendarat di negara ketiga.
“Negara asal menuntut, kamu boleh simpan pilot belot, tetapi pulangkan pesawat kami.
“Politik Malaysia pun banyak cerita belot. Isunya sama,” katanya dalam laman Facebook hari ini.
Ahmad Shabery berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pemimpin utama UMNO seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggap kerjasama parti itu dengan Bersatu adalah satu perkara merugikan terutama dari aspek pembahagian kerusi pilihan raya.
Meskipun UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional terbuka menerima penyertaan Bersatu ke dalam pakatan itu di samping menjadikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, Tengku Razaleigh berpandangan masalah akan timbul sekiranya mereka bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau memberitahu Channel News Asia bahawa akan berlaku masalah pembahagian kerusi dan UMNO boleh hilang kedudukan dominan dalam kerajaan.
Ahmad Shabery turut menyifatkan tuntutan parti yang menang untuk mengekalkan kerusi pilihan raya yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat pembelot daripada ditandingi parti ‘ketiga’ sebagai adil dan munasabah.
Beliau turut mencadangkan mana-mana parti yang melakukan kerjasama politik bertanding di setiap kerusi Parlimen yang disukai agar rakyat boleh membuat pilihan mereka sendiri.
“Tak payah fikir sangat fasal pembahagian kerusi sebelum pilihan raya. Bertandinglah mana yang suka. Biar rakyat buat pilihan mereka. Lepas tu dalam kalangan yang menang berpakat-pakatlah tubuh kerajaan.
“Di negara lain, ‘coalition government’ selepas PRU mereka adalah normal. Cara yang kita buat tak normal bagi mereka. Konsep normal boleh berubah mengikut keadaan dan tempat,” katanya.
Sinar
The post Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/05/boleh-simpan-yb-belot-tetapi-kerusi-pru-milik-parti-dahulu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=boleh-simpan-yb-belot-tetapi-kerusi-pru-milik-parti-dahulu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Kata Pemimpin Parti Melayu Saja Boleh Jadi Pm

Dr M Kata Pemimpin Parti Melayu Saja Boleh Jadi Pm

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 431 hits
PM 6 bulan Katakan lah Mahathir jadi PM 6 bulan Beliau bentuk kabinetnya Baru menteri basuh kaki masuk opis sempat mkn gaji 6 bulan kononnya Anwar pula jadi PM Anwar pula bentuk Kabinet baru Ertinya sepanjang tempuh 6 bulan itu PM tak boleh...
Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar Dr Latiff Tidak Sedar Diri Wajar Kosongkan Kerusi Mersing Bagi Pru 15

Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar Dr Latiff Tidak Sedar Diri Wajar Kosongkan Kerusi Mersing Bagi Pru 15

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 696 hits
DR LATIF MOHON MUHASABAHOleh Mustafa ShahKenyataan menteri dari Bersatu Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menghina UMNO bukan saja biadab malah tidak menghormati kedudukan UMNO sebagai rakan utama dalam Perikatan Nasional Beliau bagaikan tid...
Parti Dalam Pn Telah Bersetuju Bincang Pembahagian Kerusi

Parti Dalam Pn Telah Bersetuju Bincang Pembahagian Kerusi

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 182 hits
LIMA wakil dari setiap parti komponen Perikatan Nasional terutama Barisan Nasional PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan dipilih untuk membincangkan pembahagian kerusi untuk pemilihan yang akan datang Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Ann...
Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 262 hits
Nampaknya kita di bawah yang masih sayangkan PH harus menggandakan usaha di dalam pertempuran dengan orang tua yang bernama Mahathir ini Tingkah lakunya semakin melampau dan meloyakan Tindakan beliau mengheret Dap dan Amanah untuk berpakat ...
Payah Bahagi Kerusi Dengan Bersatu Umno Boleh Hilang Dominasi

Payah Bahagi Kerusi Dengan Bersatu Umno Boleh Hilang Dominasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 282 hits
MA AYSIAKINIDikemas kini dengan tajuk dan intro baru Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah melihat masalah akan timbul sekiranya mereka bekerjsama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang Beliau memberitahu Chann...
Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 420 hits
Pada usia berapa bayi mula duduk Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar Bergelar ibu bapa pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik Antara salah sat...
Semua Pm Mewakili Gabungan Parti Pelbagai Kaum Tiada Sebab Anwar Dari Pkr Tidak Boleh Diterima

Semua Pm Mewakili Gabungan Parti Pelbagai Kaum Tiada Sebab Anwar Dari Pkr Tidak Boleh Diterima

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 277 hits
Alasan pokok yang digunakan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri PH Plus ialah kerana Anwar Ibrahim yang merupakan pesaingnya dianggap tidak boleh diterima bagi jawatan itu kerana memimp...
Pru 15 Mca Mic Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu M Dateline

Pru 15 Mca Mic Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu M Dateline

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 306 hits
MCA MIC berebut kerusi majoriti Melayu sebelum Umno Bersatu dan Pas berunding Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan ant...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut