Dr M Pertikai Pendirian Ros Isu Jawatan Pengerusi Bersatu


Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu.

Dalam surat oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakilinya, Mahathir juga memohon ROS membatalkan pelantikan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung Bersatu.

Haniff berkata, Mahathir percaya bahawa ROS tidak mengambil kira beberapa faktor ketika memutuskan status jawatan pengerusi "berhak" dipangku Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Jelas surat itu, Mahathir mempertahankan jawatan pengerusi selepas tiada sesiapa mencabarnya dalam pencalonan pemilihan Bersatu yang tutup pada 16 Mac lalu.

Selain itu, kata surat itu, Muhyiddin telah menulis surat bertarikh 18 Mac yang menyebut Mahathir sebagai pengerusi Bersatu.

Surat itu adalah untuk memberitahu Mahathir mengenai keputusan menggantikan Marzuki Yahya dengan Hamzah sebagai setiausaha agung Bersatu.

Muhyiddin, katanya, tidak merujuk dirinya sebagai pemangku pengerusi Bersatu selepas surat 18 Mac itu, dan bahkan menandatangani memorandum persefahaman mengenai Perikatan Nasional dalam kapasiti sebagai presiden Bersatu sahaja.

Mengenai peletakan jawatan, Mahathir mengakui bahawa tidak ada dalam perlembagaan Bersatu yang menyatakan bahawa peletakan jawatan boleh ditarik balik atau dibatalkan.

Namun, katanya, perlembagaan juga tidak menyebutkan apakah pengunduran diri melalui surat adalah muktamad.

Oleh yang demikian, Haniff mengatakan bahawa Mahathir membantah surat ROS pada 5 Mei sebagai tidak sah dan tidak tepat.

Mahathir juga mahu ROS menyiasat dan menyelesaikan isu pemecatan Marzuki, dan pelantikan Hamzah, yang dibuat "tanpa berunding dengan ketua Bersatu."

Haniff meminta agar ROS membalas suratnya dalam masa tujuh hari.

Mahathir sebelum ini meletakkan jawatan selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Bersatu mengumumkan Mahathir akan kekal sebagai pengerusi.

Namun, Muhyiddin kemudian melantik dirinya sebagai pemangku pengerusi.

Pengerusi adalah adalah jawatan paling tinggi dalam Bersatu, dan bahkan presiden mesti melalui persetujuan pengerusi dalam membuat sesuatu keputusan.

-- Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/dr-m-pertikai-pendirian-ros-isu-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 412 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir mempertikai kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu Dalam surat oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakilinya Mahathir juga memohon R...
Ros Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi Bersatu

Ros Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 437 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 24 Februari lalu adalah sah Sehubungan itu dalam satu surat bertarikh 5 Mei dike
Ros Peletakan Jawatan Dr M Sah Muhyiddin Berhak Jadi Pemangku Pengerusi

Ros Peletakan Jawatan Dr M Sah Muhyiddin Berhak Jadi Pemangku Pengerusi

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 367 hits
ROS Peletakan jawatan Dr M sah Muhyiddin berhak jadi pemangku pengerusiJabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengesahkan bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhak menjadi pemangku pengerusi parti setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahka...
Armada Tolak Surat Ros Dr M Masih Sah Pengerusi Bersatu

Armada Tolak Surat Ros Dr M Masih Sah Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 383 hits
MALAYSIAKINI yang mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi parti mesti ditolak tegas Pemuda Bersatu Armada berkata setiausaha agung parti dalam kenyataan media pada 25 Februari mengatakan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu...
Bersatu Selangor Sokong Muhyiddin Pangku Jawatan Pengerusi

Bersatu Selangor Sokong Muhyiddin Pangku Jawatan Pengerusi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 505 hits
Bersatu Selangor sokong Muhyiddin pangku jawatan pengerusiBersatu Selangor menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai pemangku presiden Bersatu bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari be...
Muhyiddin Akan Hapus Jawatan Pengerusi Bersatu

Muhyiddin Akan Hapus Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 353 hits
Setelah berjaya menjadi Pemangku Pengerusi Bersatu dengan bantuan RoS kemudian dijangka memecat Tun Mahathir Mohamad dan selepas itu menjalankan proses pemilihan parti apa seterusnya yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin Dalam keadaan s...
Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 416 hits
SEMALAM Presiden Warisan Shafie Apdal menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon Dewan membincangkan usul undi percaya kepada Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dengan sendirinya tanpa disuruh oleh ...
T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Hiburan Emosi Anak Anak Turut Terganggu Aaron Aziz Isteri Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana

Rapat Macam Adik Beradik Zra Ustaz Mad Jadi Perhatian Netizen

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Pengecas Tanpa Wayar Iphone Terbaik 2025 Cepat Selamat Bergaya

Buy Gmail Accounts Indian Whatsapp 91 8586875020

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Perjalanan Dari Kunming Ke Lincang Dengan Tren Crh D8110

Luckin Coffee Kini Di Grabfood Dengan Perkenalan Siri Perisa Baharu Buah Peach

Nagaway 27 Nagaway Top 14 By Charles