Muhyiddin Akan Hapus Jawatan Pengerusi Bersatu



Setelah berjaya menjadi Pemangku Pengerusi Bersatu dengan bantuan RoS, kemudian dijangka memecat Tun Mahathir Mohamad dan selepas itu menjalankan proses pemilihan parti, apa seterusnya yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin?Dalam keadaan semua dalam kawalannya, mungkin juga diikuti dengan pemberian jawatan-jawatan dalam GLC kepada pimpinan Bersatu di peringkat pusat, negeri dan bahagian, kalau pun Mukhriz Mahathir tidak turut dipecat bersama bapanya, Muhyiddin dijangka tidak lagi berdepan masalah mengekalkan jawatan Presiden Bersatu yang disandangnya sekarang.Tetapi, adalah dijangkakan Mukhriz yang baru-baru ini kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah, hampir pasti akan turut dipecat keahliannya daripada Bersatu.Dengan yang demikian, Muhyiddin pasti akan menang percuma untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan nanti.Makna kata, sebagaimana jawatan Perdana Menteri diperolehinya melalui tebuk atap, jawatan Pemangku Pengerusi Bersatu melalui tingkap, mengekalkan jawatan Presiden pula bakal diraihnya dengan cara menutup pintu cabaran lawan secara rapat dan ketat.Maka, selepas pemilihan Bersatu nanti, berjayalah Muhyiddin menguasi Bersatu sepenuhnya, walaupun mungkin keahlian parti selepas itu tidak lagi seramai mana.Jawatan Pengerusi Bersatu yang sepatutnya diisi oleh Tun Mahathir kerana telah menang tanpa bertanding, namun disebabkan beliau dijangka akan dipecat sebelum pemilihan diadakan, ia dipercayai akan dibiarkan kosong buat beberapa ketika sebelum kemudiannya jawatan itu akan dimansuhkan sama sekali.Tanpa wujud lagi jawatan pengerusi, bermakna Muhyiddin selaku Presidenlah yang paling berkuasa dalam Bersatu selepas ini.Mengimbas kembali proses awal penubuhan parti itu, seseorang yang rapat dengan Muhyiddin pernah memberitahu, Ahli Parlimen Pagoh itu sejak awal tidak berapa setuju dengan adanya jawatan pengerusi dalam Bersatu.Muhyiddin sebaliknya mencadangkan jawatan pengerusi itu lebih sesuai digantikan dengan jawatan penasihat saja.Beliau berhujah jawatan pengerusi itu, lebih-lebih lagi kerana ia disandang oleh Tun Mahathir, seolah-olah membayangi kedudukannya sebagai presiden parti.Namun, seseorang yang rapat dengan Muhyiddin tadi berserta beberapa yang lain akhirnya berjaya meyakinkan Presiden Bersatu itu agar bersetuju dengan kewujudan jawatan pengerusi itu.Alasan yang diberikan ialah supaya Tun Mahathir dengan jawatan Pengerusi lebih menampakkan peranannya yang sebenar untuk menarik sokongan rakyat kepada parti itu berbanding jika hanya berjawatan sebagai Penasihat Bersatu.Lagi pula, pengaruh dan aura Tun Mahathir lebih diperlukan untuk memperlihatkan Bersatu sebagai pengganti kepada UMNO.Yang kedua, Muhyiddin juga diyakinkan bahawa oleh kerana ketika penubuhan Bersatu pada 2016 itu Tun Mahathir sudah berusia 91 tahun, bekas Perdana Menteri dipercayai tidak mungkin hidup lama lagi di dunia ini.Hanya setelah diyakinkan demikian, difahamkan barulah Muhyiddin kemudiannya mengalah dan sedia menerima wujudnya jawatan pengerusi dalam Bersatu.Sekarang, setelah menjadi Perdana Menteri, berbalah pula dengan Tun Mahathir dan seterusnya dapat menerobos tingkap untuk duduk sebagai Pemangku Pengerusi Bersatu, adalah mustahil jika Muhyiddin tidak berbuat apa-apa, apa lagi sanggup membiarkan bekas Perdana Menteri itu kembali sebagai Pengerusi Bersatu yang bermakna akan terus wujud gangguan terhadapnya dalam menguasai parti.Memecat Tun Mahathir serta menjadikan kemenangannya tanpa bertanding jawatan Pengerusi sebagai sesuatu yang sia-sia dan seterusnya menghapuskan jawatan pengerusi adalah rangkuman pilihan paling logik buat Muhyiddin, bukan saja untuk memastikan Bersatu secara mutlak berada dalam kawalannya, tetapi juga untuk menunaikan perasaan terpendam dan tidak selesanya selama ini dengan kewujudan jawatan yang disandang oleh bekas Perdana Menteri itu. (Shahbudindotcom 20/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-akan-hapus-jawatan-pengerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Selangor Sokong Muhyiddin Pangku Jawatan Pengerusi

Bersatu Selangor Sokong Muhyiddin Pangku Jawatan Pengerusi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 447 hits
Bersatu Selangor sokong Muhyiddin pangku jawatan pengerusiBersatu Selangor menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai pemangku presiden Bersatu bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari be...
Dr M Pertikai Pendirian Ros Isu Jawatan Pengerusi Bersatu

Dr M Pertikai Pendirian Ros Isu Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 685 hits
Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu Dalam surat oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakilinya Mahathir juga memohon ROS membatal...
Ros Peletakan Jawatan Dr M Sah Muhyiddin Berhak Jadi Pemangku Pengerusi

Ros Peletakan Jawatan Dr M Sah Muhyiddin Berhak Jadi Pemangku Pengerusi

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 334 hits
ROS Peletakan jawatan Dr M sah Muhyiddin berhak jadi pemangku pengerusiJabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengesahkan bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhak menjadi pemangku pengerusi parti setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahka...
Mahathir Confirm Telah Letak Jawatan Dan Muhyiddin Confirm Pm8 Yang Sah

Mahathir Confirm Telah Letak Jawatan Dan Muhyiddin Confirm Pm8 Yang Sah

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 337 hits
Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah menjawab dua soalan yang penting iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad confirm telah letak jawatan dan Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri yang sah Hari ini juga di dalam sidang media sel...
Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 363 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir mempertikai kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu Dalam surat oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakilinya Mahathir juga memohon R...
Kerajaan Pn Tidak Stabil Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Ezam

Kerajaan Pn Tidak Stabil Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Ezam

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 316 hits
Oleh Mohamad Ezam Mohd Nor Sidang Parlimen hari ini membuktikan satu perkara kerajaan pimpinan Muhyiddin amat lemah dan tidak stabil Desas desus yang mendakwa kerajaan hari ini hanya ada majoriti tipis terbukti benar dalam sidang parlimen h...
Muhyiddin Akan Pecat Penentang Dalam Bersatu

Muhyiddin Akan Pecat Penentang Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 325 hits
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir menjangkakan presiden parti itu Muhyiddin Yassin akan mengikut langkah presiden Umno Najib Razak pada 2016 memecat penentangnya dalam parti Bercakap dalam sesi webinar Facebook yang dianjurkan oleh...
Penyingkiran Tun M Daripada Bersatu Tidak Beri Keuntungan Kepada Muhyiddin

Penyingkiran Tun M Daripada Bersatu Tidak Beri Keuntungan Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 454 hits
Walaupun penyingkiran Tun Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu melalui keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS masih boleh dipertikaikan tetapi itulah sebenarnya satu satunya pilihan yang ada di tangan Muhyidd...
Tiga Ketua Bahagian Bersatu S Gor Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Dr M

Tiga Ketua Bahagian Bersatu S Gor Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Dr M

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 362 hits
MA AYSIAKINITiga ketua bahagian Bersatu Selangor menafikan keputusan bahawa Bersatu negeri itu menyuarakan sokongan terhadap presiden parti Muhyiddin Yassin dalam pertikaian dengan pengerusinya Dr Mahathir Mohamad Malah menurut mereka tiada...
Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Mesyuarat Agong Pibg Dan Mesyuarat Pemuafakatan