Armada Tolak Surat Ros Dr M Masih Sah Pengerusi Bersatu


MALAYSIAKINI

Surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi parti mesti ditolak, tegas Pemuda Bersatu.
Armada berkata setiausaha agung parti dalam kenyataan media pada 25 Februari mengatakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menolak peletakan jawatan Mahathir yang dibuat pada hari sebelumnya.
"Kenyataan itu menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah sebulat suara menolak perletakan jawatan Dr Mahathir dan kedudukan beliau sebagai pengerusi Bersatu masih lagi kekal," kata Armada pada suatu kenyataan hari ini.
Pemuda Bersatu juga berkata ROS termaktub di bawah "Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang juga merupakan setiausaha agung Bersatu yang tidak diiktiraf oleh parti serta mempunyai pertindihan kepentingan dalam isu ini."
Hamzah dilantik sebagai setiausaha agung parti Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selepas beliau memecat Marzuki Yahya daripada jawatan itu. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pemecatan Marzuki oleh Muhyiddin tidak sah dan bekas timbalan menteri luar era PH itu masih lagi setiausaha agung parti.
Mahathir sedang memohon campur tangan ROS untuk membatalkan pelantikan Hamzah.
Dalam pada itu, Pemuda Bersatu mempertegas pendirian mereka menyokong Dr Mahathir sebagai pengerusi Bersatu.
"Armada mengiktiraf bahawa pengerusi Bersatu adalah dipegang oleh Dr Mahathir Mohamad dan ia adalah selari dengan keputusan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu," kata kenyataan itu lagi.
'Buang Dr M, bunuh roh perjuangan'
Sayap Bersatu itu menyarankan cara penyelesaian terbaik adalah dengan mempercepat pemilihan parti yang telah ditangguhkan susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Sesungguhnya, mereka yang memberi usul untuk membuang Dr Mahathir dari parti inilah yang sebenarnya ingin membunuh roh dan perjuangan parti Bersatu.
"Jalan penyelesaian terbaik dalam bab ini adalah dengan mengembalikan kuasa kepada akar umbi untuk memilih masa hadapan parti melalui pemilihan parti.
"Pemilihan parti harus disegerakan dalam masa terdekat bagi menjamin kelangsungan parti Bersatu," gesa Armada.
Sebelum ini, ROS dalam surat bertarikh 5 Mei mengesahkan Mahathir telah meletak jawatan dari parti pada 24 Februari, berdasarkan surat perletakan jawatan Mahathir yang diserahkan kepada ROS.
Dikatakan presiden parti Muhyiddin Yassin menjadi pemangku pengerusi Bersatu seehingga pengerusi baru dipilih.
Mahathir mempertikaikan surat itu atas beberapa alasan dan ROS berkata pihaknya sedang meneliti perkara itu.
Mahathir telah mengundurkan diri setelah parti itu menentangnya dan Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk membentuk Perikatan Nasional.
Bagaimanapun, delegasi diketuai oleh Muhyiddin telah meyakinkan Dr Mahathir untuk tetap menerajui Bersatu dan mengumumkan beliau kekal sebagai pengerusi parti.
Hubungan antara Mahathir dan Muhyiddin PH retak susulan perbezaan pendirian Bersatu sama ada untuk kekal bersama PH atau PN, dan Muhyiddin kemudian melantik dirinya sebagai pemangku pengerusi parti.
Pengerusi Bersatu adalah jawatan paling berkuasa dalam parti dan bahkan keputusan presiden perlu mendapat restu pengerusi terlebih dahulu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/armada-tolak-surat-ros-dr-m-masih-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Pertikai Pendirian Ros Isu Jawatan Pengerusi Bersatu

Dr M Pertikai Pendirian Ros Isu Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 689 hits
Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu Dalam surat oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakilinya Mahathir juga memohon ROS membatal...
Ros Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi Bersatu

Ros Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 24 Februari lalu adalah sah Sehubungan itu dalam satu surat bertarikh 5 Mei dike
Ros Peletakan Jawatan Dr M Sah Muhyiddin Berhak Jadi Pemangku Pengerusi

Ros Peletakan Jawatan Dr M Sah Muhyiddin Berhak Jadi Pemangku Pengerusi

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 339 hits
ROS Peletakan jawatan Dr M sah Muhyiddin berhak jadi pemangku pengerusiJabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengesahkan bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhak menjadi pemangku pengerusi parti setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahka...
Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Pertikai Ros Kata Beliau Bukan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 367 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir mempertikai kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mengatakan bahawa beliau bukan lagi pengerusi Bersatu Dalam surat oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakilinya Mahathir juga memohon R...
Mahathir Nak Perangkap Anwar Nak Umum Bersatu Masih Dalam Ph

Mahathir Nak Perangkap Anwar Nak Umum Bersatu Masih Dalam Ph

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 345 hits
Dr Mahathir Mohamad jemput Anwar bersama mereka untuk sidang media selepas parlimen atau tujuan nak umum PPBM masih bersama PH jika Anwar ada Anwar terperangkan aguk aje Tapi rupanya Anwar bijak juga setelah 2 kali kena kencing dengan Mahat...
1 11 4 12 Tunm Muhyiddinyassin Marzukiyahya Siapa Kuasa Sah Dalam Bersatu

1 11 4 12 Tunm Muhyiddinyassin Marzukiyahya Siapa Kuasa Sah Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 330 hits
Lebih ironis Marzuki mengingatkan Dan ingin saya jelaskan BERSATU TIDAK pernah menamakan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Justeru itu keputusan yang dibuat oleh ahli ahli Parlimen BERSATU tidak boleh merubah kete...
Ph Dan Bersatu Masih Terajui Kedah

Ph Dan Bersatu Masih Terajui Kedah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 342 hits
Kerajaan gabungan Pakatan Harapan campur Bersatu negeri Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini masih kekal menerajui tampuk pimpinan kerajaan negeri walaupun pelbagai ura ura timbul susulan pertemuan tertutup membabitkan pi...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu