Dr M Adakah Pas Sudah Islamkan Umno


Dr Mahathir MohamadDiterbitkan Hari ini 8:20 malam


ULASAN | Gabungan PAS dan Umno ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai. Ulama Umno keluar Umno untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam.

Lagipun semasa kepimpinan Umno yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama Umno dan PAS tidak berlaku adalah kerana PAS telah mengkafirkan Umno.

PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan Umno?

Keduanya, PAS juga tidak mahu bekerjasama dengan Umno pada masa dahulu kerana Umno mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.

Ini adalah di antara asas Amanat Haji Hadi yang membawa kepada sembahyang dua imam; tidak mahu makan sembelihan orang Umno, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang PAS jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang Umno, mengharamkan anak mengahwini anak orang Umno, mengharamkan isteri mengundi Umno dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi.

Kembalikan Najib jadi pemimpin

Adakah kesemua larangan dan amalan-amalan ini telah ditarik balik atau di arah untuk dihentikan? Apakah orang Umno terima bahawa mereka dengan PAS kelainan agama tetapi perbezaan ini diterima kedua-dua pihak?

Melihat pada perkembangan sekarang, kerjasama antara Umno dan PAS lebih ke arah untuk mengembali Najib Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang Najib didakwa telah melakukan.

Adakah PAS sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salahguna kuasa tidak bersalah?

Apakah atas nama penyatuan Melayu dan Islam, rasuah, salahguna kuasa dan jenayah boleh dihalalkan? Apakah ini adalah pembohongan yang wajib?

Betul Najib belum didapati bersalah kerana perbicaraan oleh Mahkamah belum dapat diadakan. Akan terimakah Najib sebagai pemimpin PAS jika ia didapati bersalah.
Tetapi jika ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang arif akan apa yang berlaku di serata dunia, kenapakah mereka masih bersedia bersekongkol bersama Umno dan Najib.

Tidak sedarkah mereka bahawa ramai ahli Umno sudah meninggal Umno kerana telah jadi kleptokrasi dan bukan demokrasi.

Mereka juga pasti sedar bagaimana beberapa buah bank terkenal dunia telah di tutup dan pegawai-pegawai mereka didakwa dan di jel kerana pembabitan di dalam skandal 1MDB.

Selain dari itu, PAS perlu sedar nilai yang diterap dengan bekerjasama dengan Najib dan Umno di waktu ini.

Najib menggelar dirinya dan digelar oleh pengikutnya sebagai “Boss” yang tak perlu berasa malu.

Inikah janji PAS?

Bos bermakna “Tuan Hamba”. Apakah PAS juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah PAS perasaan malu apabila menerima Najib sebagai “boss”.

Beberapa orang pemimpin PAS telah datang berjumpa saya dan menyerah satu dokumen akujanji akan menyokong saya sebagai perdana menteri. Pemimpin PAS kata tidak akan berkempen sokong BN di Semenyih.

Tetapi pada hari penamaan calon ramai pemimpin PAS hadir bersama pemimpin BN. Inikah janji PAS?

PH tidak gentar melihat gabungan PAS dengan Umno. Ia memberi banyak isu dan peluang mendedahkan kedua-dua parti bahawa pembohongan sudah jadi wajib bagi mereka.

DR MAHATHIR MOHAMAD ialah Perdana Menteri dan Pengerusi PH.

Ulasan ini pandangan penulis, asalnya hantaran di blog Chedet.cc dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/dr-m-adakah-pas-sudah-islamkan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Tanya Pas Dah Islamkan Umno

Tun M Tanya Pas Dah Islamkan Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 393 hits
1 Gabungan PAS dan UMNO ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai Ulama UMNO keluar UMNO untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam Lagipun semasa kepimpinan UMNO yang lepas salah satu sebab penggabungan ba...
Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 820 hits
Astro Awani MUHYIDDIN Jawatankuasa pilihanraya kita akan bersidang dan persediaan lain sebenarnya sudah dimulakan di negeri dan kawasan Gambar fail PUTRAJAYA Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan akan bersidang bagi menentukan sebarang k...
Obligasi Mandatori Pas Menangkan Umno Di Rantau Surat Sua Pas

Obligasi Mandatori Pas Menangkan Umno Di Rantau Surat Sua Pas

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 464 hits
PAS akan menggabungkan jenteranya dengan jentera Umno bagi menghadapi PRK DUN Rantau yang akan berlangsung 13 April ini Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ia bagi memastikan kempen kedua dua parti berjalan lancar dan berkesan PA...
Siapa Samak Siapa Umno Pas Atau Ph

Siapa Samak Siapa Umno Pas Atau Ph

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 369 hits
Siapa Samak Siapa UMNO PAS Atau PH Soal Puad Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tidak timbul isu UMNO dan PAS perlu disamak sebagaimana sindiran Penasihat Media Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin Bidasnya ya...
Semangat Bn Terkubur Selepas Umno Pas Bersama

Semangat Bn Terkubur Selepas Umno Pas Bersama

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Semangat Barisan Nasional yang berteraskan kepelbagaian kaum sudah terkubur selepas persandingan antara UMNO dan PAS semalam Setiausaha Agung BN Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerjasama UMNO dan PAS bererti kedua dua par...
Umno Dan Pas Tiada Yang Perlu Ditakuti Mic

Umno Dan Pas Tiada Yang Perlu Ditakuti Mic

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 408 hits
Keputusan kepimpinan UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan Pas dilihat akan memperkukuhkan barisan blok pembangkang khususnya kedudukan Barisan Nasional Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran berkata ini kerana hubungan itu secara tidak lang...
Nik Nazmi Perkahwinan Pas Umno Berpaling Dari Perjuangan Tokoh Parti

Nik Nazmi Perkahwinan Pas Umno Berpaling Dari Perjuangan Tokoh Parti

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 483 hits
MALAYSIAKINI Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan perkahwinan Umno dan PAS sebagai berpaling dari perjuangan tokoh kedua dua parti masing masing Tindakan pemimpin Umno dan PAS hari ini serta apa yang dipanggil perk...
Informasi Demi Agama Pas Maafkan Umno Mursyidul Am

Informasi Demi Agama Pas Maafkan Umno Mursyidul Am

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 364 hits
Pas memaafkan UMNO berhubung segala keterlanjuran parti itu yang terdahulu demi agama Islam dan kesatuan ummah kata Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin KANGAR Pas memaafkan UMNO berhubung segala keterlanjuran parti itu yang terdahulu demi a...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Percutian Ke Batam Indonesia

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Tanam Sayur Pucuk Paku

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut