Tun M Tanya Pas Dah Islamkan Umno



1. Gabungan PAS dan UMNO ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai. Ulama UMNO keluar UMNO untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam. Lagipun semasa kepimpinan UMNO yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama UMNO dan PAS tidak berlaku adalah kerana PAS telah mengkafirkan UMNO.

2. PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan UMNO?

3. Keduanya, PAS juga tidak mahu bekerjasama dengan UMNO pada masa dahulu kerana UMNO mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.

4. Ini adalah di antara asas Amanat Haji Hadi yang membawa kepada sembahyang dua imam; tidak mahu makan sembelihan orang UMNO, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang PAS jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang UMNO, mengharamkan anak mengahwini anak orang UMNO, mengharamkan isteri mengundi UMNO dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi.

5. Adakah kesemua larangan dan amalan-amalan ini telah ditarik balik atau di arah untuk dihentikan? Apakah orang UMNO terima bahawa mereka dengan PAS kelainan agama tetapi perbezaan ini diterima kedua-dua pihak.

6. Melihat pada perkembangan sekarang, kerjasama antara UMNO dan PAS lebih ke arah untuk mengembali Datuk Seri Najib sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang Najib didakwa telah melakukan.

7. Adakah PAS sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salahguna kuasa tidak bersalah.

8. Apakah atas nama penyatuan Melayu dan Islam, rasuah, salahguna kuasa dan jenayah boleh dihalalkan?. Apakah ini adalah pembohongan yang wajib?

9. Betul Najib belum didapati bersalah kerana perbicaraan oleh Mahkamah belum dapat diadakan. Akan terimakah Najib sebagai pemimpin PAS jika ia didapati bersalah.

10. Tetapi jika ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang arif akan apa yang berlaku di serata dunia, kenapakah mereka masih bersedia bersekongkol bersama UMNO dan Najib. Tidak sedarkah mereka bahawa ramai ahli UMNO sudah meninggal UMNO kerana telah jadi kleptokrasi dan bukan demokrasi.

11. Mereka juga pasti sedar bagaimana beberapa buah bank terkenal dunia telah di tutup dan pegawai-pegawai mereka didakwa dan di jel kerana pembabitan di dalam skandal 1MDB.

12. Selain dari itu, PAS perlu sedar nilai yang diterap dengan bekerjasama dengan Najib dan UMNO di waktu ini.

13. Najib menggelar dirinya dan digelar oleh pengikutnya sebagai “Boss” yang tak perlu berasa malu.

14. Bos bermakna “Tuan Hamba”. Apakah PAS juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah PAS perasaan malu  apabila menerima Najib sebagai “boss”.

15. Beberapa orang pemimpin PAS telah datang berjumpa saya dan menyerah satu dokumen akujanji akan menyokong saya sebagai Perdana Menteri. Pemimpin PAS kata tidak akan berkempen sokong BN di Semenyih. Tetapi pada hari penamaan calon ramai pemimpin PAS hadir bersama pemimpin BN. Inikah janji PAS?

16. PH tidak gentar melihat gabungan PAS dengan UMNO. Ia memberi banyak isu dan peluang mendedahkan kedua-dua parti bahawa pembohongan sudah jadi wajib bagi mereka.

http://chedet.cc/?p=2935

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/tun-m-tanya-pas-dah-islamkan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Kerjasama Umno Pas Tidak Bimbangkan Ph

Tun Dr Mahathir Kerjasama Umno Pas Tidak Bimbangkan Ph

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 410 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan tidak bimbang dengan kerjasama UMNO PAS yang menjadi antara punca kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih semalam Perdana Menteri berkata b...
Informasi K Sama Umno Pas Mula Tunjuk Kesan Tun Abdul Hamid Ahmad

Informasi K Sama Umno Pas Mula Tunjuk Kesan Tun Abdul Hamid Ahmad

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 365 hits
Penubuhan PAS sebagai serpihan Umno dalam tahun 1951 merupakan permulaan perpecahan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang berkekalan hingga sekarang Ia ditubuh oleh Haji Ahmad Fuad Hassan setelah beliau kalah dalam pertandingan mere...
Dr M Adakah Pas Sudah Islamkan Umno

Dr M Adakah Pas Sudah Islamkan Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 302 hits
Diterbitkan Hari ini 8 20 malamULASAN Gabungan PAS dan Umno ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai Ulama Umno keluar Umno untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam Lagipun semasa kepimpinan Umno yang le...
Kerjasama Umno Pas Untuk Menghalalkan Jenayah Yang Dilakukan Najib Tun M

Kerjasama Umno Pas Untuk Menghalalkan Jenayah Yang Dilakukan Najib Tun M

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas yang dimeterai semalam sebagai usaha mengembalikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang didakwa dilakukan bekas ...
Umno Lantik Pemimpin Kanan Untuk Jawatankuasa Dengan Pas

Umno Lantik Pemimpin Kanan Untuk Jawatankuasa Dengan Pas

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 354 hits
Gambar hiasanKUALA LUMPUR Timbalan Pengerusi UMNO Datuk Seri Mohamed Hassan telah melantik beberapa pemimpin kanan parti untuk menganggotai sebuah jawatankuasa bersama untuk merangka tindakan susulan bagi mengukuhkan kerjasama di antara par...
Informasi Bumi Hangus Strategi Dap Dituduh Kepada Umno Pas Mca Mic Pula

Informasi Bumi Hangus Strategi Dap Dituduh Kepada Umno Pas Mca Mic Pula

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 394 hits
Pakar Strategi DAP Liew Chin Tong Tidak Sengaja Dedah Strategi Dasar Bumi Hangus D4P MENARIK membaca artikel yang ditulis oleh pakar strategi DAP Liew Chin Tong bertajuk Dasar bumi hangus gabungan UMNO Pas MCA MIC Tulisan Chin Tong yang kin...
Berita Umno Mahu Nilai Semula Kerjasama Dengan Pas Tidak Benar

Berita Umno Mahu Nilai Semula Kerjasama Dengan Pas Tidak Benar

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 381 hits
Shamsul Anuar Nasarah KUALA LUMPUR UMNO menafikan berita yang mendakwa pemimpin tertinggi parti itu mahu menilai semula kerjasama dengan Pas Berita itu kata Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah disebarkan menggunakan nama Portal UMNO Online konon...
In Perak Umno And Pas To Meet On Future Cooperation

In Perak Umno And Pas To Meet On Future Cooperation

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 329 hits
The Perak chapters of Umno and PAS will meet next week to discuss further on areas of cooperation after their respective leaderships announced a formal union said Datuk Saarani Mohamad Speaking to Malay Mail Saarani said Perak Umno was amon...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri