Semangat Bn Terkubur Selepas Umno Pas Bersama


KUALA LUMPUR: Semangat Barisan Nasional (BN) yang berteraskan kepelbagaian kaum, sudah terkubur selepas ‘persandingan’ antara UMNO dan PAS semalam.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerjasama UMNO dan PAS bererti kedua-dua parti itu akan memberi keutamaan kepada hak orang Melayu dan Islam, serta meletakkan kepentingan pelbagai kaum pada kedudukan kedua.

Katanya, ‘perkahwinan’ UMNO dan PAS yang disifatkannya sebagai ‘Malay-centric’ itu juga mungkin menjadi penentu kepada pembubaran BN yang akan diusulkan MCA dan MIC dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Jumaat ini.

“Walaupun MCA tak bentangkan resolusi bubarkan BN, semangat asal BN berteraskan pelbagai kaum yang dibina sejak 1969 sudah berakhir dengan kerjasama UMNO dan PAS.

“Kalau satu parti tak setuju BN dibubarkan, ia tidak akan berlaku. Dulu, saya pertahankan (supaya BN tidak dibubar) dengan menyatakan UMNO tidak bersetuju.

“Tapi dengan adanya kerjasama UMNO-PAS, saya tak tahulah... Mungkin dipersetujui, sebab semangat BN sudah hilang di saat PAS dan UMNO bekerjasama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju jika MCA dan MIC bertegas untuk BN dibubarkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Jumaat ini.

Ditanya sama ada BN akan lebih mengutamakan kepentingan kaum dan agama tertentu jika gabungan itu kekal bekerjasama dengan PAS, Mohamed Nazri berkata beliau tidak tahu mengenai masa depan parti itu.

“Yang pasti, UMNO dan PAS akan mengutamakan orang Melayu dan agama Islam,” katanya.

Beliau yang berharap BN tidak dibubarkan, bagaimanapun menyokong 100 peratus kerjasama UMNO dan PAS itu kerana ia adalah keputusan pimpinan parti dan beliau adalah seorang yang taat dan setia pada parti.

“Jika dulu saya letakkan kepelbagaian kaum sebagai keutamaan nombor satu, sekarang saya percaya untuk kelangsungan politik, saya perlu utamakan orang Melayu dahulu, kemudian kepelbagaian kaum,” katanya.

-BERITA HARIANMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/03/semangat-bn-terkubur-selepas-umno-pas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Lim Guan Eng Berkaitan Kerjasama Umno Pas Berbaur Hasutan Ka Siong

Kenyataan Lim Guan Eng Berkaitan Kerjasama Umno Pas Berbaur Hasutan Ka Siong

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 550 hits
https i1 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190307 lim guan eng hasutan f jpg fit 600 2C400 ssl 1Belum pernah dalam sejarah Malaysia seorang ahli politik membuat kenyataan menghasut seperti Lim Guan Eng yang mengatakan kerjasama ...
Umno Pas Takkan Bergabung Kami Takkan Abai Kaum Lain Kata Tok Mat

Umno Pas Takkan Bergabung Kami Takkan Abai Kaum Lain Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 482 hits
March 7 2019 7 50 PMMohamad Hasan bercakap kepada media di Ibu Pejabat Umno hari ini sambil ditemani Ismail Sabri Yaakob Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan pemimpin lain KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memberi jaminan p...
Umno Dan Pas Sekarang Seronok Demonstrasi

Umno Dan Pas Sekarang Seronok Demonstrasi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 532 hits
Umno Dan PAS Sekarang Seronok Demonstrasi Sayap pemuda parti komponen BN hari ini berganding bahu dengan sekutu baru mereka dari PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyebut bahawa Umno dan P...
Umno Pas B Islam Jadi Sasaran A Hadi Tempelak G Eng

Umno Pas B Islam Jadi Sasaran A Hadi Tempelak G Eng

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 434 hits
Abdul Hadi tempelak Guan EngKUALA TERENGGANU 7 Mac Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya bahawa kerjasama rasmi UMNO Pas akan menjadikan orang bukan Islam sebag...
Guan Eng Takut Persefahaman Antara Umno Dan Pas

Guan Eng Takut Persefahaman Antara Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 602 hits
KUALA TERENGGANU Kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas mendedahkan sikap sebenar DAP yang sengaja mencabar pihak lawan dan membakar kebencian rakyat Timbalan Pengerusi UMNO Terenggan...
Kerjasama Pas Umno Bukan Untuk Najib Kata Abdul Hadi

Kerjasama Pas Umno Bukan Untuk Najib Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 631 hits
MalaysiaGazette PAS Sidang akhbar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Darul Iman KUALA LUMPUR Kerjasama Pas UMNO bukan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri semula sebaliknya untuk mengembalikan kepimpinan orang Melayu k...
5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 619 hits
ISMAIL SABRI YAAKOB NAIB PRESIDEN UMNO ASSALAMUALAIKUM WBT6 Mac 2019 29 JamdilAkhir 1440HSeperti yang semua tahu 5 Mac 2018 merupakan tarikh sejarah negara apabila termeterai satu kerjasama dua kuasa Islam Melayu antara UMNO dan PAS Dua par...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan