Siapa Samak Siapa Umno Pas Atau Ph


Siapa Samak Siapa… UMNO/PAS Atau PH? Soal Puad
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tidak timbul isu UMNO dan PAS perlu disamak sebagaimana sindiran Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin.
Bidasnya, yang sedang disamak kini adalah Pakatan Harapan (PH).
“Yang sedang disamak ialah PH. Disamak oleh rakyat. Banyak sangat pembohongan dan penipuan.
“Dap sudah disamak oleh rakyat di Cameron Highlands. Terbaru PPBM pula disamak oleh rakyat di Semenyih. Kini giliran PKR pula untuk disamak oleh rakyat Rantau.
“Semoga proses penyamakan PH ini berterusan hingga ke PRU (Pilihan Raya Umum) ke-15,” ujar Puad dalam entri terbaharu di Facebooknya.
Puad berkata demikian ketika mengulas mengenai ‘posting’ terbaru A Kadir Jasin di blognya, yang menyatakan “Apakah maslahat (muslihat) yang akan mereka (UMNO-PAS) guna untuk menghalalkan gabungan mereka dan menyamak najis yang mereka campakkan ke arah satu sama lain selama ini?”.
Justeru Puad berpendapat bahasa dan analogi Kadir Jasin itu amat janggal dengan politik Malaysia Baru yang diamalkan oleh PH.
“Perkahwinan politik adalah perkahwinan politik. Tidak timbul soal hukum-hakam apatah lagi samak-menyamak. Rakyat tidak lagi mahu mendengar cerita basi.
“Hatta PPBM juga sedang berkawan dengan Dap. Tun pernah kata, Dap anti-Melayu dan anti-Islam, maka perlukah Dap disamak?
“Apatah lagi PAS dan Dap pernah bekerjasama sebelum ini. Bahkan PAS juga pernah menyertai BN pada tahun 1974, maka apa nak dihairankan kalau UMNO dan PAS berkawan semula,” tegasnya lagi.
Maka tambahnya lagi, timbul persoalan berjayakah PH dan tali barutnya seperti Kadir Jasin memecah-belahkan kerjasama UMNO-PAS yang berjaya ‘melahirkan dua anak’ iaitu Cameron Highland dan Semenyih.
“Tuduhlah apa sahaja seperti kerjasama UMNO-PAS sebagai perkauman agama. Ia tidak akan membawa kesan kerana isu utama rakyat sekarang ini ialah kos sara hidup, ekonomi yang merudum, janji yang tidak ditunaikan, pentadbiran yang lemah dan terlalu banyak ‘U-Turn’.
“Sebab itu fitnah mengenai RM90 Juta dan RM1.4 Juta untuk memecahkan UMNO-PAS menjadi senjata makan tuan. Siapa Ramli Musa yang membayar RM1.4 Juta kepada Rewcastle Brown dari Sarawak Report? Bukankah dia kawan baik Anwar dalam ABIM dulu. Menurut Ezam Mohd Nor, Ramli banyak membantu Reformasi dan keluarga Anwar semasa dia di penjara.
“Kini dia dilantik Pengerusi KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Kalau benar dia bayar wang itu untuk PAS, sudah tentu dia akan dipecat segera sebagai Pengerusi KTMB. Maka kenapa Anwar mendedahkannya? Apakah Ramli Musa belot dan menyokong Tun M. Apakah wang itu dibayar sebagai upah kepada Sarawak Report kerana memfitnah Najib dan UMNO?,” soalnya. – MediaUMNO
UMNO ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/06/siapa-samak-siapa-umno-pas-atau-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Penyatuan Pas Dan Umno Hanya Untuk Menyatukan Ummah Atau Ada Niat Lain Disebaliknya Mukhriz

Benarkah Penyatuan Pas Dan Umno Hanya Untuk Menyatukan Ummah Atau Ada Niat Lain Disebaliknya Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 522 hits
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menyuarakan keraguannya berhubung keikhlasan kerjasama Umno PAS yang dikatakan bertujuan untuk penyatuan ummah Ini kerana kata Menteri Besar Kedah ...
Kerjasama Umno Pas Pan Yang Komunis Atau Dap Yang Taliban

Kerjasama Umno Pas Pan Yang Komunis Atau Dap Yang Taliban

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 404 hits
Oleh Anuar Shaari 1 DAP tetap DAP Semasa mendominasi pakatan pembangkang dahulu sikap cauvinis mereka amat ketara sekali Kini DAP telah menang pilihan raya dan mendominasi kerajaan Pakatan Harapan sikap mereka tetap sama Mereka tetap cauvin...
Persepakatan Umno Pas Rahmat Atau Khianat

Persepakatan Umno Pas Rahmat Atau Khianat

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 373 hits
Muslihat DAP memecah belah umat Islam sudah makin terbongkar1 PARTI yang paling kuat memusuhi Islam di Malaysia merupakan parti yang paling menggelupur apabila faktor utama kedaulatan Islam di Malaysia mula berputik iaitu melalui persepakat...
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 443 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Bergabung Umno Pas Lakukan Harakiri

Bergabung Umno Pas Lakukan Harakiri

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 487 hits
SUSUPAN PETANGKenyataan bersama pemimpin Umno dan Paske arah penggabungan URA URA sebenarnya bukan ura ura lagi tetapi sudah jadi kenyataan Umno dan Pas bergabung Bukan cubaan tetapi benar benar Hanya tunggu perasmian sahaja Sebelum itu ora...
Informasi Ikatan Umno Pas Tidak Pinggirkan Cina India Dll

Informasi Ikatan Umno Pas Tidak Pinggirkan Cina India Dll

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR 5 MAC SETELAH bekerjasama daam enam pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke 14 UMNO dan Pas secara rasmi mengumumkan kerjasama rasmi antara kedua dua parti bagi tujuan penyatuan ummah Timbalan Presiden UMNO yang menjalank...
Kerjasama Pas Umno Tidak Guna Simbol Baru

Kerjasama Pas Umno Tidak Guna Simbol Baru

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Umno dan PAS hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan Umno dan PAS sebagai parti ba...
Dr M Adakah Pas Sudah Islamkan Umno

Dr M Adakah Pas Sudah Islamkan Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 331 hits
Diterbitkan Hari ini 8 20 malamULASAN Gabungan PAS dan Umno ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai Ulama Umno keluar Umno untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam Lagipun semasa kepimpinan Umno yang le...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean