Dorm 15 Paling Cuak Pengalaman Menakutkan Di Asrama Sekolah


The Reporter


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
KATA orang, tak berasrama lah kalau tak merasa diganggu hantu? Cerita kali ini bagi aku the most tragic story in my life bila aku kena ganggu dengan kawan-kawan aku hampir berminggu-minggu. Kes ini berlaku waktu aku Tingkatan 1 di SMKA Kerian, Dorm 15. 
Sebelum kami masuk, dorm digabungkan dengan pelajar Tingkatan 1-5. Tetapi pada tahun kami, dorm diasing dan dipendekkan cerita, kami dapat dorm 15, aras atas sekali dan paling hujung berhampiran dengan tandas. Satu dorm muat dalam 20 orang pelajar. 
Pada awalnya keadaan seperti biasa dan seronok saja. Tetapi ada satu hari ini, kawan kami seorang ada berperangai pelik, kuat baran dan suka menyendiri yang mana kami panggil dia Bad. Tetapi kitorang buat dek. Fikir-fikir mungkin dia ada masalah. 
Suatu hari Bad nak telefon parent dia menggunakan telefon lama di bawah tangga asrama. Sewaktu dia tengah bertelefon, dia macam whispering atau sembang senyap-senyap. 

Masa tu aku dan member aku pun nak telefon. Kami tak dengar pun apa perbualan dia. Kawan aku seorang ni dengan gentlenya pergi matikan Bad punya call. So dia pun macam usha tajam, marah-marah dan blah. Tergamam kitorang kat situ. Aku sendiri pelik kenapa kawan aku tu buat perangai camtu kat Bad. 
Bila dah sampai dorm, kitorang usha Bad dah semakin pelik, tidur je memanjang. Bila dia bangun dari tidur, dia akan pergi sudut hujung locker kayu dia. 

Satu hari itu tiba-tiba dia tumbuk cermin tingkap sebelah locker dia dan monolog marah-marah sebelum kembali tidur. Kami jangka dia memang ada masalah tetapi kami pun diam saja

Senior datang tengok apa yang berlaku dan aku mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Dada aku ni rasa sakit camne entah. 
Then satu malam itu kami dan batch Tingkatan 2 ada perjumpaan dengan Badar (exco surau) sebab ada budak buat masalah. Badar pun khutbah kat kitorang dengan nada yang tinggi (marah-marah la)

Start je seorang badar dia tengking. Bad pun bangun dan menjerit-jerit lepas tu menyepak dan tumbuk orang sekeliling. Kami dahlah duduk rapat-rapat, memang tak boleh larilah. 
Aku masa tu pegang Quran sebab baru selesai surah al-Mulk, bergolek aku dengan Quran itu pergi ke penjuru surau. 
Pastu Bad lari nak keluar surau tu, dalam masa yang sama abang-abang Badar ni kejar dia dan aku bukan nampak Bad ni lari sebenarnya tetapi dia pun mengejar something seperti bayang hitam di depan dia. 
Sampai saja di depan surau antara dua tiang, dia terpelanting ke belakang sikit sebab ustaz pernah kata diorang pagar surau tu. 
Selepas itu semua badar kepung Bad di depan surau, diorang buat bulatan. Masa tu semua budak-budak disuruh balik ke dorm masing-masing. Then pintu gril di tangga ditutup untuk keselamatan kitorang. 
Masa itu budak dorm 15 la paling cuak. Takut si Bad ni balik ke bilik. Semua tidur tak tenang. Tetapi diceritakan oleh senior dan ustaz, selepas kitorang naik tu, Bad lari ke arah asrama dan dia berlawan dengan jin-jin lain (jin baik atau jahat aku tak ingat mana satu, like army). So mostly student yang blok wing belah sebarang nampak kejadian itu berlaku tetapi kitorang tak nampak. 
Pagi itu semasa kami nak pergi ke kelas, nampak Bad tidur di tangga bawah dalam keadaan duduk. Cuak jugalah nak lalu sebelah dia tetapi tak nampak apa-apa dekat dia selama dia kena rasuk itu. Not inside or around him. 
Malam itu ada usrah, selepas mahgrib pelajar-pelajar kat surau macam biasa. 
Masa tu baru aku nampak sesuatu yang pelik dan creepy di tempat imam antara bilik bilal dan bilik badar. Seorang pakcik macam pahlawan Jawa, tua, merenung tepat ke arah aku. Jelas, ya jelas sangat-sangat dan aku seorang saja yang nampak. 

Then one of my Naqib tegur aku, then Bad pun tegur aku. Dia tahu aku nampak benda tu kot? Entahlah. 
Lepastu Naqib aku panggil ketua badar dan beberapa orang lagi bawa aku masuk bilik bilal dengan Bad sekali. Kan aku dah cakap benda tu ada kat antara bilik bilal tu. Bayangkan perasaan aku nak pergi ke arah dia tu dengan muka dia pandang aku saja. Cuak jugalah. 
Bila dah masuk bilik itu, semua tanya aku kenapa. Aku pun tergagap-gagap cakap aku nampak benda tu. Diorang tanya dia kat mana dna saya kata "Dia kat dalam ni bang". Huhuhu, dia dah masuk dengan kitorang tadi. He aim me I guess, Bad ada kat depan aku. 
Masa itu dia kata dia boleh ubatkan. Time dia ubat-ubatkan, badan dia seperti kena cucuk. Tahu apa dia kata, "benda tu keluar dari perut kau Dayat, dia tikam aku". Aku tak tahu dia nampak atau dia bohong aku sebab apa yang aku nampak, pakcik tu kat belakang. 
Pakcik itu tengah tikam dia dan tembus perut. Aku tergamam je tengok. Muka pakcik itu sangat bengis, dengan kerut dan reput mukanya. Saya masih boleh bayangkan dia sewaktu sedang menulis ini

Sejak dari kejadian itu, aku dah boleh nampak macam-macam kelibat. Hampir setiap hari aku nampak. Nak mandi semua tak senang. 
One day, kawan aku yang lain, Bulat, pula meracau. Aku baru balik dari kelas masa itu, aku tanya kawan kenapa dia jadi macma tu. Diorang kata dia meracau sebab Bad tiba-tiba tumbuk locker besi. Mungkin dia terkejut dan trauma, so dia meracau. 
Kes Bulat ini ambil masa yang lama juga untuk diselesaikan. Selepas aku balik dari solat asar di surau, ingatkan dah selesai. Bila aku masuk dorm, aku tengok Bulat terlantar saja di tilam dia dan Bad tengah ubatkan dia. Tetapi bukan itu saja yang aku nampak, aku nampak banyak sangat benda putih di hujung katil dia dan ada yang kecil duduk bermain gentel-gentel kaki Bulat ni

Elok saja saya melangkah masuk, kesemua mereka memandang saya kemudian keluar ramai-ramai ikut tingkap pecah hujung dorm. Tetapi ada satu yang tak keluar dan dia adalah pakcik yang aku nampak sebelum itu. 
Aku pun buat-buat tak nampak, kemudian bila aku naik atas katil (double decker), elok saja aku duduk pakcik itu datang kat aku dan berbisik mengenai sesuatu yang aku tak faham langsung. 
Then aku tak ingat apa, blank sampai ke malam kot. 
Kawan aku cerita balik, aku baring tapi mata tak pejam. Entah, tak ingat langsung. Sejak dari hari itu aku dah boleh rasa macam-macam di sekeliling aku dan ada beberapa ustaz cuba mengubat aku tetapi entahlah, masih rasa sepanjang kat sekolah itu. 
Akhirnya sekali, dorm kitorang dari 20 tinggal 8 orang saja yang survive. Semua tidur satu bahagian dorm saja. Bad tu pun pindah dan sebelum itu dia sempat beritahu yang dia kena tu disebabkan ada benda itu yang berasal dari Jawa terkurung lama dalam locker dorm 15 itu. Dia gunakan Bad ini untuk keluar dari situ. 
Tak tahu nak percaya 100% atau tidak. Ada yang percaya, ada yang whatever tetapi masih seramlah. Kes ini berlaku pada awal tahun 2009. 
Sumber: @th3D4rkS1de

August 23, 2019 at 02:51PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/08/dorm-15-paling-cuak-pengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Buah Sekolah Paling Berhantu Di Malaysia Yang Simpan Pelbagai Kisah Misteri

12 Buah Sekolah Paling Berhantu Di Malaysia Yang Simpan Pelbagai Kisah Misteri

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1257 hits
MEMBESAR di Malaysia bukanlah menjadi sesuatu yang pelik apabila mendengar cerita hantu tentang sekolah yang anda sedang belajar Seolah olah hampir semua sekolah dikatakan berhantu terutamanya tandas pelajar perempuan untuk beberapa sebab t...
Pengalaman Paling Perit Permainan Sihir

Pengalaman Paling Perit Permainan Sihir

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 652 hits
Eh Ada barang tak elok di rumah anak ni Perniagaan lingkup isteri sakit akibat disihir si polan Pengalaman paling perit permainan sihir Ada saja insan yang dengki dengan kejayaan dan kebahagiaan orang lain sehingga sanggup menggunakan sihir...
Candra Terpaksa Berhenti Sekolah Karena Menderita Gizi Buruk

Candra Terpaksa Berhenti Sekolah Karena Menderita Gizi Buruk

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 166 hits
Kondisi Candra warga Perum Bumi Indah Pesona Blok DD 21 Desa Cikampek Barat Kecamatan Cikampek Karawang memprihatinkan Perutnya membesar badan kurus bahkan pergelangan tangan dan kakinya terus mengecil
Kpm Siasat Kes Pelajar Gantung Diri Akibat Kerja Sekolah Banyak

Kpm Siasat Kes Pelajar Gantung Diri Akibat Kerja Sekolah Banyak

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 580 hits
KEMENTERIAN Pendidikan kesal dengan kejadian akibat tekanan kerja sekolah di Pulau Pinang dan akan melakukan siasatan lanjut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata terlalu awal untuk membincangkan keperluan mewujudkan modul pengajaran ...
Sarapan Percuma Menu Enak Untuk Anak Sekolah Rendah Mula Januari Depan

Sarapan Percuma Menu Enak Untuk Anak Sekolah Rendah Mula Januari Depan

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 223 hits
Bermula Januari 2020 kerajaan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara Mengumumkan berita itu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar pelaja...
Wajarkah Sekolah Vernakular Dan Dong Zong Ujud Dinegara Ini Mereka Kian Rasis

Wajarkah Sekolah Vernakular Dan Dong Zong Ujud Dinegara Ini Mereka Kian Rasis

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 459 hits
Penyata Razak kian malap kita dibakar api perkaumanSetahun sebelum kemerdekaan Tun Razak melalui Penyata Razak 1956 menyatakan tujuan dasar pelajaran hendak menyatukan budak budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai sat...
Panduan Membeli Menjaga Khemah Untuk Sekolah Sekolah Di Malaysia

Panduan Membeli Menjaga Khemah Untuk Sekolah Sekolah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 781 hits
PANDUAN MEMBELI KHEMAH UNTUK SEKOLAH DI MALAYSIATerdapat pelbagai khemah yang terdapat di pasaran Ada yang murah ada yang mahal Ada bentuk A ada bentuk dome ada bentuk rumah Cikgu cikgu mesti pening kepala nak pilih khemah yang mana satu un...
Program Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah Akan Dilaksanakan Selama 30 Minit

Program Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah Akan Dilaksanakan Selama 30 Minit

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 415 hits
SOALAN SOALAN LAZIM BERKAITAN PROGRAM SARAPAN PERCUMA 1 Apakah tujuan utama pelaksanaan Program Sarapan Percuma Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan makanan berkhasiat yang mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimb...
Sekolah Di Melbourne Wajibkan Siswa Bawa Kotak Bekal Dan Bawa Pulang Sampah

Sekolah Di Melbourne Wajibkan Siswa Bawa Kotak Bekal Dan Bawa Pulang Sampah

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 173 hits
Sekolah khusus anak perempuan di Melbourne Australia menghilangkan tong sampah dan mewajibkan para siswa membawa tempat makan yang tidak sekali pakai atau membawa pulang sampah mulai minggu depan
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque