12 Buah Sekolah Paling Berhantu Di Malaysia Yang Simpan Pelbagai Kisah Misteri



MEMBESAR di Malaysia, bukanlah menjadi sesuatu yang pelik apabila mendengar cerita hantu tentang sekolah yang anda sedang belajar
Seolah-olah hampir semua sekolah dikatakan berhantu, terutamanya tandas pelajar perempuan untuk beberapa sebab tertentu.  Sekolah dan kisah-kisah hantu seram seakan-akan tidak boleh dipisahkan, pendek kata bagaikan isi dengan kuku. Walaupun setiap tahun pelajar sekolah silih berganti namun kisah hantu sekolah sentiasa diceritakan daripada satu ‘batch’ kepada ‘batch’ yang lain.Di sini disenaraikan beberapa buah sekolah yang dikatakan paling menyeramkan di Malaysia
Cuba semak senarai di bawah, manalah tahu nama sekolah anda juga turut tersenarai antara sekolah yang paling menyeramkan
1. Penang Free School, Pulau PinangPenang Free School terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah tertua yang menggunakan medium bahasa Inggeris di Asia Tenggara
Dibina pada tahun 1816, Penang Free School juga adalah sekolah pertama yang didirikan di Malaya yang sekarang dikenali sebagai Malaysia.Sebagai sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, sudah pasti terdapat banyak kisah yang menyeramkan di sekolah ini. Fakta ini mungkin tidak mengejutkan kerana Penang Free School bukan sahaja sekolah yang paling tua di Malaysia bahkan juga di Asia Tenggara
Bayangkan ia dibina pada tahun 1816, sekarang pula sudah tahun 2019
Ini bermakna sekolah ini sudah berusia lebih 200 tahun
Lebih tepat lagi 203 tahun! Kisah-kisah hantu pasti akan muncul di sekolah sebegini yang telah lama bertapak
Cerita seperti lampu berkedip-kedip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara biasa.Tidak pasti sama ada ia hanya disebabkan oleh struktur sekolah yang lama atau ada ‘benda’ lain
Selain itu, ada juga yang mendakwa mendengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam, yang dikatakan sebagai roh banduan yang diseksa semasa zaman pendudukan Jepun
2. Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau PinangSekolah Menengah Chung Ling atau lebih dikenali sebagai Chung Ling High School adalah sebuah sekolah menengah lelaki yang terletak di George Town, Pulau Pinang
Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1923 ini telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah hospital tentera pada tahun 1941.Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selepas meletusnya Perang Dunia Kedua, berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Cina Malaya di bawah istilah Sook Ching yang membawa maksud “pembersihan Cina”
Beberapa orang guru dan pelajar dari Chung Ling juga turut terbunuh
Dengan sejarah Sekolah Chung Ling yang begitu tragis, tidaklah menghairankan cerita menakutkan seperti penampakan kelibat guru-guru dan pelajar yang dibunuh dilihat berkeliaran di sekitar sekolah itu
Histeria juga dikatakan kerap berlaku di Sekolah Chung Ling dan kadang-kadang terdapat beberapa ekor anjing akan menyalak pada ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan, SarawakSekolah Menengah Kebangsaan Siburan atau secara ringkasnya dipanggil SMK Siburan, merupakan sebuah SMK yang terletak di Jalan Kuching/Serian. Terletak di bumi Kenyalang, tidak banyak maklumat yang berjaya diperolehi mengenai sekolah ini
Tetapi menurut sumber, cerita menakutkan yang datang daripada sekolah ini kebanyakannya benar-benar berlaku
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, SarawakSekolah Menengah Kebangsaan Serian atau SMK Serian, merupakan sebuah SMK yang terletak di Jalan Ilmu, Serian, Sarawak
Jika diimbas kembali kejadian yang berlaku pada tahun 2008, 12 pelajar sekolah diserang histeria di mana mereka menjerit dan bertingkah-laku aneh yang dipercayai disebabkan oleh kehadiran paranormal.Serangan histeria beramai-ramai itu mendatangkan begitu banyak gangguan sehingga kelas terpaksa digantung oleh pihak berkuasa
Seorang pelajar yang pernah mengalami histeria menceritakan bahawa fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri. Beliau memberitahu The Borneo Post, “Saya berasa pening dan saya mendengar suara-suara pelik yang bermain di kepala saya,” manakala rakannya pula mendakwa bahawa dia mendengar perubahan suara rakannya ketika dia cuba menenangkannya
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala LumpurVictoria Institution, sebelum tahun 2009 dikenali sebagai SMK Victoria
Pada awal penubuhannya, sekolah ini adalah sekolah menengah untuk pelajar-pelajar lelaki manakala pelajar perempuan untuk tingkatan 6 sahaja
Victoria Institution merupakan sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur
Idea untuk membina institut ini diilhamkan oleh beberapa orang warganegara terkemuka iaitu Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay dalam tahun 1880-an.Akhirnya pada tahun 1893, Victoria Institution dibina dengan sokongan Residen British di Selangor, W.H. Treacher dan sumbangan daripada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor pada ketika itu
Nama Victoria diambil sempena memperingati Jubli Emas Ratu Victoria
Selain kaya dengan warisan dan tradisinya sendiri, Victoria Institution juga turut menyimpan kisah-kisah misteri yang tersendiri sesuai dengan statusnya sebagai sebuah sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur dan antara yang tertua di Malaysia
Victoria Institution juga turut diambil alih semasa Pendudukan Jepun di negara kita dan dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun. Ramai tentera British dan penduduk tempatan yang telah diseksa dengan kejam hingga mati di ruang bawah tanah dan beberapa bangunan lama di sekolah ini
Dikatakan bahawa bukan sahaja selalu ada penampakan pada siang hari dan juga pada malam hari, malah terdapat banyak kes roh yang merasuk pelajar
Salah satu kes adalah anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat pada satu malam ‘hilang’ dan hanya kemudiannya ditemui di atas tangki air
Beliau mendakwa bahawa dia melihat seorang perempuan yang sedang bersendirian, dan dengan sopan, dia bertanya ke mana perempuan itu hendak pergi dan dia tidak ingat apa-apa selepas itu
6. SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, Kuala LumpurKebanyakan sekolah digunakan ketika terjadinya Perang Dunia Kedua terutama semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tidak terkecuali kedua-dua buah sekolah ini
Sekolah Methodist Boys telah ditubuhkan sejak bulan Julai tahun 1897 menjadikannya sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, manakala SMJK Confucian pula dibina pada tahun 1906.Kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan melalui sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa Pendudukan Jepun
Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam
Selain itu, cerita yang paling sering didengar adalah penampakan atau bunyi tentera Jepun yang berkawad lewat tengah malam
7. Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala LumpurSekolah ini telah dikosongkan sejak tahun 2005 dan ia ditinggalkan sehingga ke hari ini
Sekolah ini ditinggalkan disebabkan oleh keadaan tanah yang tidak selamat untuk diduduki kerana kesan-kesan retakan mula muncul di dinding sebelum ia diminta untuk ditutup
Walaupun demikian, kisah-kisah aktiviti paranormal di sekolah Danau Perdana ini masih terus tersebar dan diperkatakan. Salah satu kisah yang terkenal ialah sekolah ini telah didiami oleh seekor pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung dan didakwa sebagai salah seorang tukang cuci sekolah berkenaan
8. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala LumpurSekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak lebih kurang dalam lima kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur
Sekolah ini turut tersenarai antara sekolah yang menyeramkan kerana satu kejadian yang mengerikan yang berlaku pada dua tahun yang lepas.Seorang pelajar perempuan yang didakwa mengalami kerasukan telah dirakam menggunakan video dan dia dilihat bermain dengan sebilah gunting di sepanjang koridor sekolah
Di dalam video tersebut, kelihatan dia menendang pintu bilik kelas dan memecahkan tingkap kaca dengan tangan kosong
Rupa-rupanya, ini bukanlah kes kerasukan pertama yang berlaku dan beberapa kes lagi telah berlaku sepanjang tahun tersebut
Sekiranya anda belum menonton video itu, anda boleh menontonnya di bawah:9. Saint Michael Institution, Ipoh, PerakSaint Michael’s Institution, dalam bahasa Melayunya dipanggil Institusi Saint Michael merupakan sebuah sekolah lelaki yang terletak di Ipoh, Kinta, Perak
Mengikut sejarah, pada tahun 1912 sekumpulan mubaligh Katolik tiba di sini dan mula membina sebuah sekolah di sebelah Sungai Kinta yang terkenal
Sekolah yang dibina oleh para mubaligh Katolik ini diberi nama Saint Michael’s Institution
Sekolah ini dilaporkan sangat keras, atas banyak faktor
Salah satunya adalah kerana sekolah itu pernah digunakan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun apabila Perang Dunia Kedua meletus
Apabila melibatkan penjajah Jepun, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat banyak penyeksaan yang dilakukan
10. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), PerakKolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia
Sekolah ini terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson iaitu seorang Pegawai Pendidikan Jajahan pada masa itu
Cadangan itu mendapat sepenuh sokongan dari Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886-1916)
MCKK mempunyai reputasi yang tinggi dan cukup terkenal di negara Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh terbilang negara
Akan tetapi, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, jangan dilupakan bahagian seramnya tetap ada
11. Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, PerakSekolah Menengah Kebangsaan Anderson atau secara ringkasnya SMK Anderson, merupakan sebuah SMK yang terletak di Jalan Raja Ashman Shah, bandar raya Ipoh, Perak
Pada 6 Februari 1909, SMK Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya
Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu
Nama Anderson diambil sempena nama Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, yang juga Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir John Anderson
Untuk makluman, di depan padang sekolah Anderson ada sebatang pokok besar (tidak pasti sama ada masih ada lagi atau tidak)
Pokok itu agak menyeramkan dan di depan pokok besar terletaknya pintu masuk ke Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator
Kerana itu ada yang mengatakan ia menjadi tempat ‘benda’ itu keluar masuk ke sekolah Anderson dan SMT Lebuh Cator
12. Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh, PerakSekolah Menengah Teknik Lebuh Cator atau nama ringkasnya SMT Lebuh Cator, merupakan sebuah sekolah menengah teknik yang terletak di Lebuh Cator
Mengikut sejarah, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1930, dikenali dengan nama ‘Goverment Trade School’
Sekarang, sekolah ini telah di naik taraf menjadi Kolej Vokasional Lebuh Cator
SMT Lebuh Cator terletak berhadapan dengan SMK Anderson
Sekolah ini boleh dikatakan agak lama iaitu semenjak tahun 1930. Biasalah benda lama, pasti ada cerita di sebaliknya
Ada lagi tak sekolah yang lebih menyeramkan di Malaysia selain dari 12 buah sekolah yang disenaraikan di atas
Credit: https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/rencana/12-buah-sekolah-paling-berhantu-di-malaysia-yang-simpan-pelbagai-kisah-misteri-1.924634

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/08/12-buah-sekolah-paling-berhantu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Misteri Jambatan Berhantu Yang Tidak Terungkai

Kisah Misteri Jambatan Berhantu Yang Tidak Terungkai

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 552 hits
Pakar penyelidik tidak dapat merungkai misteri di sebalik sebuah jambatan lama yang telah mengakibatkan lebih 600 ekor anjing mencuba untuk membunuh diri Saintis pakar haiwan serta penduduk sekitar tampil dengan andaian mereka sendiri denga...
Jerebu Teruk Di Miri Dua Buah Sekolah Diarah Tutup

Jerebu Teruk Di Miri Dua Buah Sekolah Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 514 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kisah Kejayaan Bilionair Malaysia Tan Sri Lim Wee Chai

Kisah Kejayaan Bilionair Malaysia Tan Sri Lim Wee Chai

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 612 hits
Jika mendengar nama syarikat Top Glove rata rata orang akan mengenali nama syarikat ini dan hampir semua orang tahu yang syarikat ini merupakan syarikat pengeluar sarung tangan perubatan yang terkenal Tahukah anda yang syarikat Top Glove
Malaysia Tangga Kedua Guru Paling Dihormati Masyarakat

Malaysia Tangga Kedua Guru Paling Dihormati Masyarakat

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR 26 Ogos Pengorbanan guru dalam mendidik anak muridnya adalah satu kenangan terindah apabila mereka berjaya dalam pelajaran masing masing Walaupun tidak dibalas dengan wang ringgit tetapi sekadar menghormati dan mengingati jasa ...
Dorm 15 Paling Cuak Pengalaman Menakutkan Di Asrama Sekolah

Dorm 15 Paling Cuak Pengalaman Menakutkan Di Asrama Sekolah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 616 hits
The ReporterSekadar perkongsian untuk bacaan suka suka Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan Risiko tanggung sendiri Gambar gambar yang digunakan...
Kisah Sedih Pelajar Teringin Ke Sekolah Tapi Tidak Mampu

Kisah Sedih Pelajar Teringin Ke Sekolah Tapi Tidak Mampu

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 1483 hits
Remaja 17 tahun tak mampu pergi sekolah tetapi masih tetap belajar dengan harapan Kisah keluarga ini mula mencuri tumpuan ramai apabila kisah kesusahan hidup mereka dikongsikan oleh Nur Asfaridah Umar Penolong Pegawai Sosio Ekonomi Yayasan ...
Kisah Misteri Kehilangan Nora Anne Quorin

Kisah Misteri Kehilangan Nora Anne Quorin

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 1152 hits
Kisah Misteri kehilangan Nora Anne Quorin Sedih dan masih banyak tanda tanya tentang misteri kehilangan Nora Anne Quorin Remaja berusia 15 tahun warganegara Ireland yang bercuti bersama keluarga di Resort The Dusun Pantai Hill Seremban yang...
Quot Seluruh Malaysia Menyangkakan Saya Bakal Berkahwin Quot Daiyan Trisha Imbau Kisah Setahun Lalu

Quot Seluruh Malaysia Menyangkakan Saya Bakal Berkahwin Quot Daiyan Trisha Imbau Kisah Setahun Lalu

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 1353 hits
Hiburan Penyanyi Daiyan Trisha berkongsi semula kisah dimana seluruh rakyat Malaysia menyangkakan dia bakal berkahwin selepas memuat naik tiga keping foto dirinya menyarungkan busana pengantin di laman Instagram pada tahun lalu Menerusi ent...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar